5 Tahun Untuk Tun M Jadi Pm Terlalu Panjang Kami Tidak Boleh Tunggu Otai Reformis


Kasthuri Jeevendran
Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media khas mengenai sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL 
KUALA LUMPUR – Nampak gaya impian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 bukan satu fasa peralihan kuasa mudah seperti yang disangka.

Sebaliknya, sudah ada gerakan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Bersatu dan PKR sendiri bagi memastikan transisi untuk mengangkat Anwar sebagai perdana menteri tidak sesekali berlaku.

Pandangan itu dilontarkan Otai Reformis 1998 mengaitkan dengan senario politik ketika ini berikutan pelbagai spekulasi, kenyataan media oleh menteri dan tidak kurang usul dalam perhimpunan mesyuarat agung parti yang seolah-olah mahu menidakkan peralihan kuasa tersebut.

Menurut Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr Idris Ahmad, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengagalkan pelan tersebut demi agenda tersirat serta kepentingan tertentu.
Seorang ahli reformis memegang placard placard tanda sokongan penuh terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media khas di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL “Kita akan tentang secara habis-habisan jika ada pihak yang cuba menimbulkan keadaan tidak ‘seronok’ seperti ini. Sudah tentu kita ada perancangan seandainya pelan transisi untuk mengangkat Anwar Ibrahim ini tidak berlaku selepas tempoh dua tahun.

“Ada juga usul mengatakan seharusnya membiarkan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghabiskan satu penggal, tetapi tempoh lima itu sangat panjang dan kami tidak boleh tunggu selama itu.

“Benar persoalan yang ditimbulkan oleh anda (media), mengapa Otai Reformism mau bercakap tentang perkara ini, kami tidak akan bercakap jika tidak ada ‘kumpulan-kumpulan’ ini dengan terbuka bercakap dalam media dan perhimpunan agung.

“Sekiranya ada salah silap, kami akan bertindak sebagai ‘semak dan imbang’ untuk memastikan prinsip serta agenda reformasi itu terpesong dari landasan, kami akan buat terguran tanpa teragak-agak,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad bercakap pada sidang media khas mengenai sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINALDr Idris yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok turut menempelek tindakan Timbalan Pengerusi PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang secara terbuka mempertikaikan pelantikan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) melalui media.

“Adalah tidak wajar sama sekali untuk secara terbuka mempertikai pelantikan dengan menggunakan saluran seperti media, apa sebenarnya niat di sebalik bertindak sedemikian?

“Ini secara tidak langsung sudah menimbulkan persepsi serta gambaran negatif terhadap parti kita sendiri di mata rakyat, adakah ini satu keperluan? Otai Reformis 1998 akan terus pertahan Anwar Ibrahim bukan sahaja sebagai pemimpin utama PKR tetapi juga proses transisi peralihan kuasa,” tegasnya.

Ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini, terdapat usul dikemukakan para perwakilan agar Dr. Mahathir terus memegang jawatan Perdana Menteri selama satu penggal yang turut mendapat sokongan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Selain daripada itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata, tempoh Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.–MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/5-tahun-untuk-tun-m-jadi-pm-terlalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lima Tahun Buat Dr M Sangat Lama Otai Reformis

Lima Tahun Buat Dr M Sangat Lama Otai Reformis

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 222 hits
Diterbitkan Hari ini 12 39 tengahariOtai Reformasi menentang habis habisan usul dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hujung minggu lalu yang mahukan Dr Mahathir Mohamad diberikan sepenggal menjadi perdana menteri Sebaliknya kata kumpulan...
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 510 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Lencun2019 Tiada Perjanjian Tun M Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

Lencun2019 Tiada Perjanjian Tun M Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 455 hits
KUANTAN 1 Jan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah Sebalikny...
Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

Jangan Tunggu Lama2 Nanti Sambut Tahun Baru 2019 Gambar Pasangan Selebriti Ini Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 523 hits
Bagi sambutan malam tahun baru 2019 diantara pasangan selebriti yang mencuri perhatian ramai adalah Zahirah MacWilson bersama Aiman Hakim Ridza Kisah cinta mereka menjadi berita hangat yang diperkatakan ramai apatah lagi keduanya merupakan ...
Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 541 hits
Kecuali dirinya sendiri tidak ada sesiapa yang lain yang betul betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim Tun Siti Hasmah Mohd Ali pegawai pegawai Tun ...
Tun Mahathir Masih Ada Kecenderungan Mahu Jadi Pm Lebih Daripada Dua Tahun

Tun Mahathir Masih Ada Kecenderungan Mahu Jadi Pm Lebih Daripada Dua Tahun

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 372 hits
Sebelum ini ayat yang biasa kita dengar daripada Tun Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasanya kepada Anwar Ibrahim ialah ia akan dilakukan dalam tempoh dua tahun selepas beliau memegang jawatan itu Berkali kali tempoh dua tahun itulah ...
Imam Baca Surat Terlalu Panjang Bolehkah Makmum Meninggalkan Jamaah

Imam Baca Surat Terlalu Panjang Bolehkah Makmum Meninggalkan Jamaah

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 140 hits
Shalat Jamaah memang menjadi salah satu anjuran yang sangat penting untuk dilakukan bagi seorang muslim walaupun hukumnya sunnah muakkad menurut jumhur ulama namun keutamaannya sangat besar Namun terkadang keinginan untuk melakukan shalat j...
Banyak Mudaratnya Bila Susu Jadi Makanan Utama Kanak Kanak 2 Tahun Ke Atas Minum Berlebihan Boleh Bebankan Ginjal

Banyak Mudaratnya Bila Susu Jadi Makanan Utama Kanak Kanak 2 Tahun Ke Atas Minum Berlebihan Boleh Bebankan Ginjal

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 432 hits
Keperluan susu bagi kanak kanak 2 tahun ke atas seharusnya diteliti oleh ibu ayah Pengambilan susu dalam kuantiti yang banyak dan berlebihan boleh bebankan ginjal mereka Susu asalnya adalah keperluan utama bayi selepas dilahirkan Bagi bayi ...
Kita Bagi Royalti Pada T Ganu Bila Ada Duit Kata Tun M Boleh Percaya Ke

Kita Bagi Royalti Pada T Ganu Bila Ada Duit Kata Tun M Boleh Percaya Ke

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 445 hits
MARANG Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan pimpinannya telah membuat keputusan untuk membayar baki royalti minyak kepada Terengganu Bagaimanapun katanya ia akan disalurkan kemudian apabila kerajaan Pakatan Harapan m...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp