Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini




Kecuali dirinya sendiri, tidak ada sesiapa yang lain yang betul-betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim.


Tun Siti Hasmah Mohd Ali, pegawai-pegawai Tun Mahathir atau pimpinan Bersatu, semuanya pun tidak tahu apa perancangan sebenar Tun Mahathir mengenai perkara itu.


Cuma tidak pasti sama ada Tun Daim Zainuddin tahu apa-apa atau diberitahu sesuatu oleh Tun Mahathir mengenainya.


Yang kita tahu, di sebalik Tun Mahathir selalu mengatakan beliau akan menunaikan janji peralihan kuasa itu kepada Anwar, kerap pula terpacul daripada mulutnya, “mungkin saya jadi Perdana Menteri kurang dua tahun dan mungkin juga lebih dua tahun.”


Lantaran itu, teka-teki dan spekulasi terus bertebaran tentang peralihan kuasa yang sepatutnya dilakukan dalam tempoh dua tahun itu.


Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir seperti cuba mengukuhkan lagi kedudukannya melalui tindakan beberapa pemimpin UMNO menyertai Bersatu dan sekumpulan Ahli Parlimen BN membuat akuan bersumpah menyokong kepimpinannya.


Semua ini dilihat oleh banyak pihak sebagai percubaannya tidak mahu menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang dijanjikan, meskipun luahan kata-katanya seperti akur dengan persetujuan peralihan kuasa itu.


Logiknya ialah jika dengan Bersatu ada 13 kerusi Parlimen pun beliau boleh dipersetujui sebagai Perdana Menteri, apa perlunya lagi menambah kekuatan dengan membawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu?


Jadi, apa sebenarnya yang ada dalam perkiraan dan pemikiran Tun Mahathir?


Apa pun, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas dan berpegang kepada janji peralihan kuasa itu dan tiada sifat “telunjuk lurus kelingking berkait”, sekurang-kurangnya dua perkara ini perlu dilakukannya bagi meredakan keadaan.


Tidak dinafikan isu ini sekarang bukan saja sudah meretakkan hubungan antara PKR dengan Bersatu, malah telah wujud sama puak-puak tertentu yang menyokong Tun Mahathir dan condong kepada Anwar dalam Pakatan Harapan sendiri.


Untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk dan membahayakan masa depan Pakatan Harapan sendiri, dua perkara yang harus dilakukan oleh Tun Mahathir itu ialah:-


Pertama, beliau perlu segera mengeluarkan kenyataan yang menegaskan keakurannya tanpa berbelah bagi kepada peralihan kuasa yang sudah dipersetujui dengan Anwar itu.


Kenyataan kali ini mesti dilihat muktamad dan tiada lagi perkataan “mungkin” seperti yang selalu disebutnya sebelum ini.


Kedua, Tun Mahathir harus memberi suatu jawatan penting dalam kerajaan kepada Anwar yang memberi gambaran Presiden PKR itu adalah bakal penggantinya sebagai Perdana Menteri dalam tempoh setahun setengah daripada sekarang.


Dalam keadaan sekarang, Tun Mahathir dan Anwar tidak boleh dilihat terpisah, sebaliknya mesti selalu akrab dan bersama.


Keadaan mereka yang terpisah hanya menyebabkan “hantu raya” ada peluang menusuk jarum menghasut dan memberi pelbagai gambaran yang tidak baik tentang hubungan kedua-duanya.


Agak-agak, sediakah Tun Mahathir melakukan dua perkara itu? (ShahbudinHusin 25/12/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/spekulasi-hubungan-tun-mahathir-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir

Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 518 hits
Malaikat Pun Boleh Buat Silap Tun Mahathir We are not perfected people Although most of us are angels but even angels sometimes make mistakes Ini peribahasa English Boleh diterjemah juga sebagai Walau sealim mana kamu pasti ada silap juga V...
Anwar Dr Mahathir Terus Bergeser Pengundi Tidak Yakin Ph Boleh Tewas Pru

Anwar Dr Mahathir Terus Bergeser Pengundi Tidak Yakin Ph Boleh Tewas Pru

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 369 hits
Diterbitkan pada 28 December 2018Oleh Syed Jaymal ZahiidDatuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di ceramah besar ketika presiden PKR bertanding dalam pilihan raya kecil di Port Dickson 8 Oktober 2018 Foto oleh Azneal Isha...
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 600 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

Hubungan Mahathir Anwar Adalah Satu Cabaran Yang Perlu Diurus Pakatan Kata Dap

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 388 hits
Hubungan Mahathir Anwar adalah satu cabaran yang perlu diurus Pakatan kata DAP Dikemas kini 6 minit yang lalu middot Diterbi
Mengejutkan Pensyarah Pecah Rahsia Dedah Persaingan Anwar Dr Mahathir Boleh Bawa Binasa

Mengejutkan Pensyarah Pecah Rahsia Dedah Persaingan Anwar Dr Mahathir Boleh Bawa Binasa

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 494 hits
Mengejutkan Pensyarah Pecah Rahsia Dedah Persaingan Anwar Dr Mahathir Boleh Bawa Binasa
Anwar Akan Rasa Selesa Bila Ambil Tugas Pm Daripada Saya Tun Mahathir

Anwar Akan Rasa Selesa Bila Ambil Tugas Pm Daripada Saya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 596 hits
dan Astro Awani Disember 31 2018 20 07 MYTTun Mahathir tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir M...
Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

Tidak Ada Mudah Bagi Siapapun Ganti Tun Anwar Perlu Sokongan Bersatu Sepertimana Mahathir Perlukan Anwar

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 456 hits
Siang malam bertahun lamanya menghentam Najib Kiri Dan kanan bukan hentaman kosong Dan fitnah Sebaliknya Hari InI APABILA Ada puluhan Dan mungkin ke ratusan tuduhan Dan pendakwaan nyata hentaman dulu berasas Bukan setakat najib pemimpin UMN...
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 382 hits
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa TindakanPada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

170 000 Tan Bantuan Kemanusiaan Sedia Dibawa Masuk Ke Gaza Pbb

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Ember Bath House By Studio Traces

Selangor Aims To House 70pc Of Nation S Aerospace Aviation Operations Drone Hub In Pipeline