Tun Mahathir Masih Ada Kecenderungan Mahu Jadi Pm Lebih Daripada Dua Tahun




Sebelum ini, ayat yang biasa kita dengar daripada Tun Mahathir Mohamad berhubung peralihan kuasanya kepada Anwar Ibrahim ialah ia akan dilakukan dalam tempoh dua tahun selepas beliau memegang jawatan itu.


Berkali-kali tempoh dua tahun itulah yang disebut oleh Tun Mahathir sebagai jangka masa yang sesuai untuk beliau menerajui negara buat sementara waktu sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.


“Saya berjanji saya tidak akan kekal lama sebagai Perdana Menteri. Mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang,” demikian antara yang pernah disebut Tun Mahathir.


Tetapi, kalau bertekad hanya mahu jadi Perdana Menteri selama dua tahun, kenapa masih ada perkataan “mungkin” yang  Tun Mahathir gunakan?


Apakah maksudnya?


Kemudian, di suatu ketika yang lain beliau berkata, jika Anwar setuju memberi laluan, dapatlah beliau menjadi Perdana Menteri selama dua setengah tahun.


“Dua tahun atau.....tak tahulah, kalau dia (Anwar) beri izin, dapatlah dua tahun setengah,” katanya sambil melirik kepada Anwar yang ketika duduk di sebelahnya.


Sekali lagi, kenapa masih ada ayat tergantung “atau” dan cuba meminta ihsan daripada Anwar untuk menjadikannya Perdana Menteri selama dua tahun setengah?


Bukankah jangka masa dua tahun itu disebut dan dipilih sendiri oleh Tun Mahathir?


Bagaimanapun, ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini, kenyataan Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa ternampak sangat jelas.


Katanya, beliau tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri melebihi tempoh dua tahun berikutan faktor usia dan kesihatannya.


“Itu yang mereka minta (lebih lama menjadi Perdana Menteri), saya kena jaga kesihatan saya sama. Saya dah tua,” kata Pengerusi Bersatu itu lagi.


Namun semalam  pada 2 Januari 2019, dalam satu interbiu dengan akhbar Cina, ada kontradiksi dalam kenyataan yang disebut oleh Tun Mahathir berhubung peralihan kuasa itu.


Sementara beliau menyatakan akan tetap menepati janji untuk menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, sambungannya agak pelik iaitu, “Mungkin lebih sikit, tapi saya sudah janji. Saya akan tunaikan janji,” katanya lagi.


Setelah menyebut hanya akan menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, mengapa masih ada sambungan ayat yang berbunyi, “mungkin lebih sikit...” lagi?


Selain itu, Tun Mahathir juga memberitahu, Anwar tidak pernah memaklumkan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.


Apakah dengan tidak pernah memaklumkan mahu menjadi Perdana Menteri lebih awal daripada dua tahun, bermakna Tun Mahathir tidak boleh menyerahkan jawatan itu lebih awal kepada Anwar?


Daripada sekian banyak lafaz kata daripada mulut Tun Mahathir berkaitan peralihan kuasa, meskipun selalu mengatakan beliau akan tetap berpegang kepada janji, beliau juga kerap menggunakan perkataan “mungkin” atau perkataan-perkatan lain yang bermaksud kabur di penghujung kata-katanya.


Kenapakah begitu?


Tidakkah penggunaan perkataan “mungkin” dan lain-lain perkataan itu, bahkan sesekali meminta izin daripada Anwar untuk lanjutan masa itu menunjukkan Tun Mahathir sebenarnya mahu lebih lama iaitu melebihi dua tahun menjadi Perdana Menteri?


Tidak bolehkah Tun Mahathir bercakap dengan ayat yang jelas dan terang mengenai penyerahan kuasa kepada Anwar itu, bukan dalam bahasa yang kabur serta boleh ditafsir macam-macam atau tanpa perlu ada perkataan “mungkin” dan lain-lainnya?


Dalam usia sudah mencecah 93 tahun dan 95 tahun pada dua tahun akan datang, apa lagi yang Tun Mahathir mahukan dalam hidupnya?


Tidak puaskah lagi dapat jadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, dengan ketika bersama UMNO dahulu sudah selama 22 tahun lamanya? (ShahbudinHusin 03/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/tun-mahathir-masih-ada-kecenderungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 515 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Lencun2019 Tiada Perjanjian Tun M Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

Lencun2019 Tiada Perjanjian Tun M Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 458 hits
KUANTAN 1 Jan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH Datuk Saifuddin Abdullah Sebalikny...
Tiada Perjanjian Dr Mahathir Sebagai Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

Tiada Perjanjian Dr Mahathir Sebagai Pm Hanya Dua Tahun Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 405 hits
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini berkata tempoh Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH Sebaliknya kata Menteri Luar itu PH cuma membuat...
Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 555 hits
Kecuali dirinya sendiri tidak ada sesiapa yang lain yang betul betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim Tun Siti Hasmah Mohd Ali pegawai pegawai Tun ...
Uncle 70 Tahun Hisap Rokok Masih Hidup Lagi Tapi Cuba Teka Siapa Yang Meninggal

Uncle 70 Tahun Hisap Rokok Masih Hidup Lagi Tapi Cuba Teka Siapa Yang Meninggal

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 575 hits
Uncle 70 tahun hisap rokok masih hidup lagi tapi cuba teka siapa yang meninggal Kerap kali kita mendengar atau membaca kenyataan kebanggaan sesetengah perokok yang mengatakan mereka kebal dari segi kesihatan biarpun sudah lama merokok Atok ...
Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 397 hits
Baru menikah dengan Karin 26 Donwori 30 sudah ketahuan selingkuh sana sini Anehnya semua selingkuhannya adalah STW alias perempuan setengah tua Rupanya perempuan yang sudah matang dan berpengalaman lebih menggoda Donwori ketimbang perawan k...
Tiga Tahun Ke Atas Anak Masih Hisap Jari Kena Hentikan Cepat Ini Kesannya Kalau Terlambat

Tiga Tahun Ke Atas Anak Masih Hisap Jari Kena Hentikan Cepat Ini Kesannya Kalau Terlambat

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 819 hits
Hisap jari sebenarnya tabiat biasa di kalangan anak anak Namun dah tidak jadi biasa apabila anak semakin meningkat usia tetapi masih menghisap jari Menurut pakar kanak kanak anak menghisap jari kerana mahu menenangkan diri atau mendapat per...
Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil

Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 377 hits
Dr Mahathir Pecah Rahsia Dedah Malaysia Mungkin Teruskan Ecrl Pada Skala Lebih Kecil
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer