Lepas Bersalin Jadi Pelupa Teruk Jangan Risau Ia Hanya Sementara Kata Doktor Pakar Perunding O G


Masalah cepat lupa adalah yang kerap diadu oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak.
Adakah ia perkara yang normal? Rata-rata ibu mengakui selepas melahirkan anak mereka mengalami simptom mudah lupa.
Ada yang membuat persepsi kemungkinan salah satu urat terputus semasa proses melahirkan anak membuatkan mereka mudah lupa. Benarkah?
Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin, wanita selepas bersalin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan mental yang meletakkan ibu berisiko mengalami gangguan emosi dan mental yang teruk.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi “Fasa selepas bersalin dikaitkan dengan peningkatan risiko kemerosotan kognitif, terutamanya ingatan yang lemah atau cepat lupa, kealpaan dan kesukaran menumpukan perhatian.
Perubahan tahap hormon seperti paras estrogen, progesteron, dan glukokortikoid secara mendadak sebaik sahaja melahirkan menyumbang kepada kemerosotan fungsi kognitif semasa tempoh berpantang. Namun begitu, ianya bersifat sementara,” demikian jelas Dr Maiza.
Jika menurut penjelasan Dr Maiza, simptom pelupa itu disebabkan perubahan hormon dan bersifat sementara sahaja, jadi ibu tak perlu terlalu risau memikirkannya.
Jangan Abaikan Masalah Cepat Lupa Mungkin juga disebabkan terlalu fokus memikirkan penjagaan bayi baharu lahir dan keletihan akibat kurang tidur membuatkan ibu cepat lupa banyak hal lain.
Justeru itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki supaya ibu boleh mengurangkan masalah cepat lupa.
1. Tidur berkualiti
Kurang tidur kerana menguruskan bayi boleh membuatkan ibu lagi cepat lupa banyak perkara. Cuba bergilir dengan suami dalam bab menguruskan si comel supaya ibu boleh berehat dan tidur dengan cukup (walaupun sebenarnya tak boleh cukup pun).
2. Mengambil makanan sihat
Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk otak supaya membantu menguatkan daya ingatan ibu. Sumber makanan tersebut seperti ikan salmon, telur, tauhu, teh hijau, blueberry, brokoli dan lain-lain lagi yang berkhasiat.
3. Rancang aktiviti harian yang penting
Selepas bergelar ibu, anda akan mempunyai rutin baru menguruskan si kecil selain rumah tangga dan kerjaya (jika bekerja). Untuk memastikan semua itu tidak menjadi bebanan dan sukar memberi tumpuan, buatlah senarai keutamaan tugas-tugas harian supaya memudahkan pengurusan rutin ibu.

4. Belajar menerima perubahan baru selepas bergelar ibu
Kehadiran bayi benar-benar mengubah kehidupan seorang ibu dan ayah serta ahli keluarga lain. Ibu kena belajar menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu yang pastinya berbeza dengan situasi sebelum mengandung dan melahirkan anak dulu.
Adakalanya perubahan ini akan membuatkan sesetengah ibu berasa keliru, murung dan kehilangan fokus. Bertenang dan terima dengan reda tanggungjawab baru tanpa rasa sedih atau marah.
Dengan adanya persekitaran yang positif ibu pasti dapat melalui cabaran baru dengan gembira.
Nabila Huda Kongsi Makin Pelupa Baru-baru ini aktress dan pengacara terkenal Nabila Huda turut berkongsi masalah pelupa yang dialaminya menjadi semakin teruk.

Walaupun bukan baharu melahirkan anak tetapi pelakon berbakat besar yang mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagram Story bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh mengganggu karier lakonannya.

 
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat..cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni…saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku..tolong saya”
Selepas berkongsi masalahnya di Insta Story, ramai pengikut Abil berkongsi tip pemakanan untuk membantu menguatkan kembali ingatan.
Abil kemudiannya berkongsi tip-tip berguna yang diberikan pengikutnya supaya peminat-peminat lain turut boleh membuat amalan tersebut juga.

Menurut Abil, selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta minum segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya.
Tak salah kalau ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami masalah cepat lupa macam Abil boleh juga amalkan makan makanan sunnah tersebut di samping berusaha berdoa mohon kepada Allah supaya sentiasa permudah urusan seharian sebagai ibu.
Sumber: IG Story kupu_kupu dan Dr Maiza Tusimin

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
The post “Lepas Bersalin Jadi Pelupa Teruk” Jangan Risau Ia Hanya Sementara Kata Doktor Pakar Perunding O&G appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lepas-bersalin-jadi-pelupa-teruk-jangan-risau-ia-hanya-sementara-kata-doktor-pakar-perunding-og/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sotong Berkemungkinan Besar Makhluk Dari Angkasa Lepas Jatuh Di Bumi Ratusan Juta Tahun Dahulu Kata Pakar

Sotong Berkemungkinan Besar Makhluk Dari Angkasa Lepas Jatuh Di Bumi Ratusan Juta Tahun Dahulu Kata Pakar

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 194 hits
Bentuk sotong memang nampak pelik Makhluk ini kelihatan seperti ketulan jeli berlendir dengan dua mata dan tentakel yang menonjol Mungkin kerana rupa sotong seperti itu ada yang mengesyaki ia adalah makhluk asing Dipetik dari laman berit
Dia Hanya Kata Saya Tak Tahu Apa Apa Bayi 3 Bulan Maut Digigit Ibu

Dia Hanya Kata Saya Tak Tahu Apa Apa Bayi 3 Bulan Maut Digigit Ibu

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 169 hits
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai digigit oleh ibu kandungnya sendiri Kejadian yang berlaku di Bima Indonesia ini sangat menyedihkan apatah lagi ibu kandung melakukan tindakan itu tanpa sed...
Janna Nick Lepas Jatuh Kerusi Kali Ni Bergolek Di Lantai Pulak Netizen Kata Over

Janna Nick Lepas Jatuh Kerusi Kali Ni Bergolek Di Lantai Pulak Netizen Kata Over

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 198 hits
Rancangan I Can See Your Voice Malaysia ini sudah pun memasuki musim baru Kali ini pengacara sudah bertukar kepada Izzue Islam dan Ain Edruce Malah kerusi barisan penyiasat juga sudah pun beralih kepada selebriti lain Sebelum ini satu episo...
Hanya Pru Segera Boleh Selamatkan Umno Kata Penganalisis

Hanya Pru Segera Boleh Selamatkan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 315 hits
freemalaysiatoday com July 1 2022 8 00 AMSemakin dilengahkan PRU15 semakin tipis peluang untuk Umno menang menurut seorang penganalisis PETALING JAYA Krisis dalaman Umno tidak akan menjejaskan peluang parti terbesar Melayu itu untuk mentadb...
Bila Bunga Besar Jangan Sesekali Tinggi Suara Uzair Kongsi Detik Elisya Bersalin

Bila Bunga Besar Jangan Sesekali Tinggi Suara Uzair Kongsi Detik Elisya Bersalin

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 224 hits
Selepas kelahiran cahaya mata sulung pada 18 Jun lalu suami kepada pelakon Elisya Sandha Uzair Haqimy menitipkan ucapan yang cukup istimewa buat anak perempuannya Bunga Elhaq Kata kata yang cukup mendalam maksudnya itu didedikasikan oleh ba...
Kenaikan Tarif Elektrik Tak Dapat Dielak Pertimbang Subsidi Bersasar Kata Pakar Ekonomi

Kenaikan Tarif Elektrik Tak Dapat Dielak Pertimbang Subsidi Bersasar Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 175 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan kata ahli ek...
Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

Laaa Teruk Betoi Menteri Pas Kata Seorang Orang Umno Memang Betoi Pun

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 309 hits
BOB KELANANGLAAA teruk betul la pemimpin UMNO kata menteri PAS adalah tidak membantu langsung masalah negara malah melabel menteri2 PAS sebagai menteri cap ayam WALAUN xmarah ker olamak2 PAS dihina sedemikian apa nak kisah sangat asalkan da...
Risau Peminat Lari Buat Masa Ini Saya Tangguh Kahwin Nak Fokus Kerja Dulu Kata Ewal

Risau Peminat Lari Buat Masa Ini Saya Tangguh Kahwin Nak Fokus Kerja Dulu Kata Ewal

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 219 hits
Penyanyi kumpulan Kristal Ewal Ismail 30 belum mempunyai tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya Nur Syuhada Baharuddin atau Adda kerana mahu mendahulukan urusan kerja Ewal atau nama sebenarnya Ikhwan Hafiz Ismai
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner