5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari Crg Selera Satukan Kita


Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina. Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum. Menu masakan laut, tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebahagian dari rutin pemakanan warga Malaysia.

Sempena hari kemerdekaan menjelang tiba ni, jom kita cuba reseipi dari Chef Imran Audi Mohd Yap dan Firman Fauzi dari restoran Chicken Rice Guys (CRG), di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Ini bukan resipi biasa ya,tapi diwarisi dari nenek moyang mereka yang berketurunan Cina.
STIR FRIED BLACK PEPPER BEEF
BAHAN-BAHAN :
100 gm daging | dihiris nipis (bahagaian batang pinang)2 sudu makan sos tiram3 sudu makan lada hitam | serbuk kasar1 biji bawang | dipotong dadu3 ulas bawang putih | diketuk2.5 sm halia | dihiris3 biji cili api | diketukSedikit daun bawang | dipotong 2 smGaram secukup rasaGula secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, biarkan hingga naik bau wangi.’
3. Kemudian masukkan daging ke dalam kuali.
4. Masukkan pula sos tiram, serbuk lada, cili api, daun bawang dan bawang besar.
5. Tumiskan dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukp rasa
6. Apabila daging empuk, padamkan api.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 15 minit
Keistimewaan : Gabungan rasa pedas lada hitam dan sos tiram yang lazat
INFO CHEF : Untuk melembutkan daging , perapkan dengan gula, garam dan minyak masak dan biarkan untuk 2- 3 jam.
STEAM TOFU WITH BRAISED MUSHROOM AND BROCCOLI
BAHAN-BAHAN :
350 gm tofu putih | kukus selama 20 minit50 gm cendawan shitake kering | dibasuh dan rendam air semalaman50 gm brokoli1/2 biji bawang besar | dihiris4 ulas bawang putih | dihiris4 sm halia | dihiris500 ml stok ayam | atau air rebusan ayam4 sudu makan sos tiramGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit tepung jagung yang dibancuh tepung jagung | jika mahu pekatCARA MEMASAK :
1.  Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia’
3. Masukkan stok ayam, sos tiram dan air rendaman cendawan.
4. Masukkan cendawan shitake dan brokoli dan masak hingga lembut.
5. Perisakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6. Pekatkan kuah dengan menggunakan air yang dibancuh tepung jagung (opsyen )
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Tuangkan di atas tofu yang telah dikukus terlebih dahulu. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Keistimewaan :Sajian ‘vegetarian’ yang sihat dan enak
INFO CHEF : Tekstur taufu sangat halus dan lebih lembut berbeza dari tauhu . Ia mudah hancur dan tidak sesuai untuk masakan tumis bergoreng.
BRAISED GINGER CHICKEN WITH MUSHROOM
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam | dipotong lapan bahagian3 biji cendawan shitake | dihiris nipis1 biji bawang besar | dicincang500ml air masak5ulas bawang putih | dicincang3 sm halia | dihiris nipis8 sudu makan kicap pekat4 sudu makan kicap masin4 sudu makan kicap manis4 sudu makan sos tiramGaram secukup rasaGula secukup rasaSedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm2 biji bawang besar | dibelah 4CARA MEMASAK :
1. Pijarkan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia, biarkan hingga bau wangi.
3. Masukkan ayam ke dalam kuali
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap masin dan kicap masin.
5. Masukkan air masak.
6. Masukkan cendawan shitake yang telah dihiris.
7. Tutup kuali dengan penutup dan biar didih sehingga ayam masak
8. Perisakan dengan gula dan garam
9. Taburkan daun bawang dan bawang besar yang telah dipotong, kacau sebentar. Padamkan api.
10. Hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Keistimewaan :Sajian asli cina yang menyatukan 4 jenis kicap
INFO CHEF : Biarkan mereneh dalam keadaan kuali bertutup supaya cepat masuk dan lebih sebati rasanya
HOKKEIN PRAWN MEE
BAHAN-BAHAN :
500gm mi kuning | dicelur dalam air panas10gm taugeh10gm sayur kangkung2 biji telur rebus | dibelah dua10 gm dada ayam | direbus12 ekor udang saiz sederhana | direbus5gm bawang gorengBahan kuah udang:
1kg kulit udang1liter airGula secukup rasaGaram secukup rasa3 sudu makan minyak masakBahan sambal:
50gm bawang putih | dikisar halus150gm bawang besar | dikisar halus4 sm halia | dikisar halus50gm cili padi merah | dikisar halus100gm cili kering | direbus dan dikisar halusGula secukup rasaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Cara memasak sambal:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis kan bawang putih, bawang besar, halia sehingga naik bau
3. Masukkan cili padi merah dan cili kering, tumis hingga pecah minyak dan garing.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
Cara memasak kuah udang:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tuangkan kulit udang kedalam periuk
3. Tumiskan sehingga kulit udang tukar berwana merah
4. Tuangkan air kedalam periuk
5. Biarkan mendidih selama 2 jam, tudungkan
6. Letak garam dan gula secukup rasa. Padamkan api.
Cara hidangkan mi udang :
1. Celurkan mee kuning, tauge, kangkung\
2. Susun ke dalam mangkuk sekalikan dengan isi ayam, udang dan telur rebus
3. Letakkan sambal di atas mi tersebut
4. Tuangkan kuah udang yang panas
Saiz hidangan :4 orang
Waktu memasak : 2 jam
Keistimewaan :Mi udang dengan sup yang pedas dan manis
INFO CHEF : Anda boleh juga menambah pelbagai makanan laut lain seperti ketam, lala atau kepah untuk mendapatkan lebih rasa kemanisan makanan laut dalam kuah tersebut.
 AYAM STIM HAINAN
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | berat 2 ke 2.2 kg5 sm halia ketuk3 liter air | atau paras ayam boleh tenggelam5 batang daun bawang | dipotong panjangCARA MEMASAK :
1. Basuhkan ayam dengan bersih
2. Masukkan air hingga ayam boleh tenggelam
3. Masukkan halia, taburkan daun bawang
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ayam dan kecilkan api dan biarkan ia mereneh selama 30minit
6. Selepas ayam masak, angkat ayam dan rendam di dalam bekas yang berisi air dan ais selama 20 minit
7. Toskan. Sewaktu menghidang, tuang sedikit air rebusan ayam yang masih panas dan dimasak tadi.
Saiz hidangan : 10 orangng
Waktu memasak : 1 1/2 jam
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi ayam
INFO CHEF : Terdapat pelbagai versi ayam stim hainan selain merebus dan reneh anda boleh juga mengukus dengan memerap dahulu ayam dengan kicap cair, minyak bijan dan lada hitam.
RESEPI : CHEF IMRAN AUDI MOHD YAP
TERIMA KASIH ; FIRMAN PAIZI@FAUZI, CHEF DANIEL SOON, CRG CHICKEN RICE GUYS, 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/08/5-sajian-cina-kesukaan-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Esok Hari Kebangsaan Jom Cuba 5 Sajian Cina Stail Ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia

Esok Hari Kebangsaan Jom Cuba 5 Sajian Cina Stail Ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 483 hits
Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga taukeh restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah Menariknya masakannya stail ala...
Nenek Cina Juga Rakyat Malaysia Seperti Saya Permaisuri Johor

Nenek Cina Juga Rakyat Malaysia Seperti Saya Permaisuri Johor

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 387 hits
Raja Zarith Sofia memberi penghormatan kepada nenda belah ayahandanya dalam satu catatan di Facebook
Sajian Cina Dumpling Udang Ketam Kelazatan Rasa Satukan Kita

Sajian Cina Dumpling Udang Ketam Kelazatan Rasa Satukan Kita

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 178 hits
Siapa yang tak sukakan dumpling lembut dengan inti sayur dan isi udang Ni kudapan yang sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai sajian pembuka selera Min kalau makan kat restoran Cina Muslim sajian ni memang dicari Kalau umat rama...
Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

Lebih 100 000 Rakyat Malaysia Bersatu Pertahankan Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 472 hits
Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia menggesa rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen bagi mengharamkan Persekutuan Persatuan persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia Exco Armada Muzzammil Ismail berkata D...
Petisyen Pertahan Tulisan Khat Mahu Kumpul 100 000 Tandatangan Rakyat Malaysia

Petisyen Pertahan Tulisan Khat Mahu Kumpul 100 000 Tandatangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 620 hits
Sumber dari MalaysiaKiniPanas sekarang ini mengenai isu khat dan pendirian Dong Zong yang menentang tulisan khat kerana menganggap ia sebagai satu islamisasi Lalu mereka pun mengeluarkan petisyen bantahan ini pengenalan tulisan khat di seko...
Ini Yang Kita Panggil Tak Ada Otak Netizen Bengang Rakyat Malaysia Tak Peka Golongan Oku

Ini Yang Kita Panggil Tak Ada Otak Netizen Bengang Rakyat Malaysia Tak Peka Golongan Oku

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 340 hits
Semua sudah sedia maklum bahawa terdapat kemudahan awam yang disediakan khas untuk kegunaan golongan Orang Kelainan Upaya Namun malangnya banyak yang telah disalah gunakan oleh orang awam seperti lif tempat meletak kenderaan dan tandas OKU ...
Rakyat Malaysia Cipta Ubat Dari Ganja

Rakyat Malaysia Cipta Ubat Dari Ganja

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 935 hits
Rakyat Malaysia Harumkan Nama Negara Dengan Mencipta Ubat Berasaskan Daun GanjaTiga orang rakyat Malaysia berbangsa Melayu telah berjaya mencipta nama di benua Eropah setelah melakukan kajian kajian ilmiah mengenai kebaikan ganja jenis kana...
Rakyat Malaysia Pasang Kamera Dalam Tandas Pesawat United Airlines Dipenjara 2 Bulan

Rakyat Malaysia Pasang Kamera Dalam Tandas Pesawat United Airlines Dipenjara 2 Bulan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 279 hits
The ReporterMahkamah Houston menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda AS 6 000 terhadap seorang rakyat Malaysia yang didapati bersalah merakam video di dalam tandas pesawat United Airlines dalam penerbangan dari San Diego ke Houston ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru