Rakyat Malaysia Cipta Ubat Dari Ganja


Rakyat Malaysia Harumkan Nama Negara Dengan Mencipta Ubat Berasaskan Daun Ganja
Tiga orang rakyat Malaysia berbangsa Melayu telah berjaya mencipta nama di benua Eropah setelah melakukan kajian-kajian ilmiah mengenai kebaikan ganja jenis kanabis untuk faedah kesihatan manusia

Mereka telah pun memperolehi lesen daripada kerajaan United Kingdom (UK) untuk membuka syarikat dengan mencipta produk berasaskan kanabis mereka sendiri

Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK) di mana persatuan ini memantau, memberi latihan praktikal, dan khidmat nasihat kepada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam sektor industri hemp dan kanabis bagi menghasilkan produk-produk berkualiti di tahap paling maksima

Syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, sedang berdiri sama tinggi dan mampu bersaing dengan 300 syarikat besar di Eropah lain yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Mereka bertiga yang sudah lebih 15 tahun menetap di UK telah pun mendapat kerakyatan Britain, begitu berani dalam menyahut cabaran menceburi bidang industri hemp Eropah

Industri hemp merupakan salah satu industri yang sedang membangun pesat di benua Eropah serta negara-negara barat yang lain

Terdapat pelbagai kajian ilmiah telah dilakukan ke atas kanabis dan hemp bagi tujuan menghasilkan produk-produk yang selamat, berkualiti dan terjamin. 
Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara

Di samping itu, kerajaan UK juga tidak menolak makanan tambahan berunsurkan herba sebagai rawatan alternatif kepada rakyatnya kerana rakyat mempunyai hak untuk teruskan hidup mereka dengan apa jua rawatan

Mohd Roslan Abdullah (4 dari kiri) dan Abdul Halim Pauzi (kanan) bersama rakan rakan sewaktu Conference Of Cannabies Companies. CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ satu-satunya syarikat dari Southeast Asia yang terlibat dalam projek industri Hemp & CBD di Eropah.
Kanabis juga dapat disalurkan di farmasi-farmasi tempatan di negara ini dengan kerjasama yang erat di bawah pemantauan persatuan CTA UK kerana kebanyakan rakyat di sana lebih terbuka mengamalkan perubatan berasaskan herba.
Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa

Badan-badan kerajaan tempatan dan persatuan CTA UK itu sendiri perlu memastikan penjual-penjual mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan meraka memandangkan kanabis merupakan tanaman dalam kawalan. 
Pernah Di Serbu Pihak Polis UK Di Tuduh Menjual Ganja Secara Haram
Menurut anak Malaysia itu sendiri, salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan pada awal penubuhan syarikat CBD Minyak Malaysia - Malaya Hemp™ adalah ketika mereka diserbu oleh pihak polis tempatan kerana telah disangkakan menjual kanabis tidak berdaftar, namun begitu, setelah berjaya mengemukakan beberapa dokumen bahawa mereka merupakan sebuah syarikat berlesen, akhirnya pihak polis tempatan memohon maaf atas kesilapan tersebut

2 orang anggota polis UK yang memeriksa kediaman mereka kerana di percayai menjual ganja secara haram.
Bagi anak-anak muda ini, pengalaman itu merupakan satu pengalaman baru buat mereka di sebuah negara yang mengamalkan sistem undang-undang yang telus dan ketat dan berdasarkan pengalaman tersebut, mereka percaya banyak lagi cabaran-cabaran yang akan ditempuhi di masa hadapan.
Idea Menghasilkan Ubat Berasaskan Ganja Tercetus Dari Kematian Isteri
Idea mencipta minyak CBD ini tercetus daripada pengalaman salah seorang pengasas iaitu Mohd Roslan Abdullah yang berasa sedih di atas pemergian isterinya akibat masalah jantung dan tidak sempat diselamatkan menggunakan rawatan alternatif seperti kanabis.
Mohd Roslan Abdullah (kiri) bersama Abdul Halim Pauzi
Selain itu, pengalaman pengasas lain iaitu Nurul Ain sendiri yang sebelum ini sering mengalami sakit tulang belakang akibat kesan daripada bersalin ceaser anak keduanya pada 2 tahun lepas turut menjadi pendorong kepada tercetusnya idea minyak CBD

Nurul Ain yang mengamalkan minyak CBD mendapati sakit belakang yang dialaminya beransur pulih secara semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. 
Oleh yang demikian, mereka bertiga tekad untuk membuat kajian lebih lanjut mengenai khasiat kanabis terhadap kesihatan manusia memandangkan ramai rakyat di negara ini menggunakan minyak CBD sebagai makanan tambahan kesihatan untuk diamalkan tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa. 
8 Penyakit Kronik Yang Mampu Di Rawat Oleh Daun Ganja
CBD Oils Yang Berasaskan Daun Ganja Mampu Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Minyak CBD (Cannabidiol) daripada Cannabis Sativa yang dihasilkan secara sah ini bermanfaat pada sistem tubuh badan manusia kerana ianya mampu membunuh pertumbuhan sel-sel kanser, anti-radang, melambatkan pertumbuhan bakteria serta melindungi sistem saraf.

Di samping itu, minyak CBD itu juga dapat dikatakan dapat membantu menangani masalah insomnia, epilepsi, alzheimer, autism, strok, HIV dan lain-lain penyakit kronik.
Minyak CBD yang sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, C dan E dan antioksidan seperti klorofil dan lesitin di samping mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. 
Asid lemak tidak tepu ini membantu untuk menurunkan tahap kolesterol serta gula dalam darah dan dengan itu menguatkan sistem kardiovaskular. Oleh kerana penggunaan produk-produk berasaskan herba yang sangat tinggi serta menggalakkan. 
Selain dari minyak CBD, syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ turut menghasilkan pelbagai produk kosmetik, seperti syampu, sabun, krim dan lain-lain

Semua produk di bawah syarikat mereka adalah berasaskan kanabis dan hemp yang semakin hangat digunakan oleh negara-negara barat pada ketika ini. 
Memandangkan produk-produk berasaskan kanabis ini mendapat pemintaan yang tinggi dalam industri kecantikan, ia juga sangat membantu menangani masalah kulit seperti ekzema, psoriasis, keradangan dan mencegah kegatalan serta berhasil menjadikan kulit semakin lembap, sihat, cerah dan anjal bila disapu pada struktur kulit. 
Pada masa yang sama, syarikat itu juga telah berjaya membawa masuk beberapa produk tempatan dari Malaysia untuk dipasarkan ke pasaran Eropah. 
Minyak CBD telah berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna tempatan di UK dan negara-negara seluruh Eropah yang lain

Meraih Keuntungan RM260K Sebulan
Hasil jualan minyak CBD sahaja telah menghasilkan keuntungan syarikat menjangkau kira-kira 50 ribu pounds (RM260,000) sebulan. Justeru itu juga, tujuan anak-anak muda ini menamakan syarikat ini sebagai Syarikat CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ adalah untuk mengharumkan dan menaikkan nama Malaysia itu sendiri di mata dunia khususnya di Eropah

Graf peningkatan hasil keuntungan jualan langsung perubatan marijuana setiap tahun di Amerika Syarikat.
Di Malaysia, kanabis dan hemp disenaraikan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaannya.
Menurut portal kerajaan, MyHealth, kanabis adalah antara dadah yang sering disalahgunakan di Malaysia dan menyumbang sebanyak 16% populasi penyalahgunaan dadah dalam negara

Nur Ain Sahbudin bersama produk CBD Oils mereka.
8 Penyakit Kronik Yang Mampu Di Rawat Oleh Daun GanjaSumber :
https://says.com/my/seismik/tiga-anak-melayu-malaysia-mengharumkan-nama-cipta-produk-berasaskan-kanabis-di-eropah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kongsikanaje.blogspot.com/2019/06/rakyat-malaysia-cipta-ubat-dari-ganja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Rempuh 6 Pemotong Rumput Thailand Rupanya Tiada Lesen Memandu Sah

Rakyat Malaysia Rempuh 6 Pemotong Rumput Thailand Rupanya Tiada Lesen Memandu Sah

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 410 hits
Rakyat Malaysia Rempuh 6 Pemotong Rumput Thailand Rupanya Tiada Lesen Memandu Sah Baru baru ini viral sebuah melibatkan pemandu kereta dari Malaysia Insiden tersebut telah melibatkan 5 warga Thailand itu maut di tempat kejadian Setelah kes ...
Agong Titah Rakyat Malaysia Kekalkan Nama Baik Imej Negara

Agong Titah Rakyat Malaysia Kekalkan Nama Baik Imej Negara

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 287 hits
BANDAR SERI BEGAWAN 18 Ogos Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berada hendaklah terus mengekalkan nama baik dan imej negara dengan mengamalkan etik...
Sekumpulan Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Mengerjakan Haji Dihantar Pulang Malam Tadi

Sekumpulan Rakyat Malaysia Tidak Dibenarkan Mengerjakan Haji Dihantar Pulang Malam Tadi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 489 hits
Semalam Ohmedia dapat berita tentang sekumpulan 26 rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah setelah tiba dengan penerbangan komersil dari KLIA Mereka tiba di Jeddah untuk mengerjakan haji pada musim ini Walaubagaimanapun sekumpulan rakyat M...
Petisyen Pertahan Tulisan Khat Mahu Kumpul 100 000 Tandatangan Rakyat Malaysia

Petisyen Pertahan Tulisan Khat Mahu Kumpul 100 000 Tandatangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 620 hits
Sumber dari MalaysiaKiniPanas sekarang ini mengenai isu khat dan pendirian Dong Zong yang menentang tulisan khat kerana menganggap ia sebagai satu islamisasi Lalu mereka pun mengeluarkan petisyen bantahan ini pengenalan tulisan khat di seko...
Kos Perubatan Di Malaysia Perlukah Rakyat Bayar

Kos Perubatan Di Malaysia Perlukah Rakyat Bayar

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 305 hits
Dr Aman Ramdzan dan Dr Mohd Ihsanuddin Abas 40 peratus pendapatan untuk OOP lebih had maksima ditetapkan WHOKERAJAAN Malaysia sangat komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik sejak dari kemerdekaan negara 62 tahun yang lalu Ia...
China Selar Rakyat Malaysia Sokong Protes Hong Kong

China Selar Rakyat Malaysia Sokong Protes Hong Kong

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 158 hits
China selar rakyat Malaysia sokong protes Hong Kong Dikemas kini 43 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 Aug 2019 11 19PM
Pelajar Malaysia Cipta Rekod Pendaki Termuda Asia Tenggara Takluk Puncak Tertinggi Di Eropah

Pelajar Malaysia Cipta Rekod Pendaki Termuda Asia Tenggara Takluk Puncak Tertinggi Di Eropah

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 272 hits
Hari ni tular nama Sara Sofea di dinding media sosial apabila pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor mangangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa apabila berjaya menakluk puncak tertinggi benua Eropah Gunung Elbru...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday