5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019


As Salam,
5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019- Semangat betul saya nak update tentang bisnes air balang bila saya dapat tahu ramai kalangan rakan dan saudara mara yang berminat menjalankan bisnes ini pada bulan Ramadan nanti.Malah ada juga yang memang sudah sedia menjual air balang ini sejak 2-3 tahun lepas.Cuma kali ini mereka mahu meneruskan bisnes air balang dengan jualan air yang lebih popular dan favourite dalam kalangan pelanggan air balang di bazaar ramadan.

Antara jenis air yang menjadi best seller sepanjang bulan ramadhan
Orait, hasil dari bacaan dan info dari website yang dipercayai ini : Tips Bisnes Air Balang- sebenarnya terdapat lebih dari 10 jenis air popular di bazaar ramadan setiap tahun, namun kali ini saya mahu kongsikan hanya 5 jenis air balang yang menjadi best seller dan pastinya yang paling laris jualannya sepanjang tahun:)
5 Resepi Air Balang Best Seller Di Bazaar Ramadan 2019Berikut saya kongsikan 5 resepi air balang yang paling popular dan menjadi kegemaran pelanggan di bazaar ramadhan.Korang boleh tengok apakah bahan rahsia dan tips penyediaan air balang supaya lebih sedap dari biasa dan disukai ramai pelanggan

1. Resepi Air Jagung Susu Lemak Krim ( sumber resepi dari SINI )

Bahan-bahan yang diperlukan:1. Air RO 3-4 Liter
2. ½ botol pati jagung double lion 495ml
3. 3 tin susu pekat dairy champ
4. 3 tin susu cair dairy champ
5. 1 sudu kecil pewarna merah. ( tips supaya warna air jagung menjadi kuning seperti jagung madu)6. 1 sudu kecil perisa jagung
7. 1 tin sweet corn ayam brand8. 1 beg ais kiub
9. 2 sudu garam halus.( tips supaya air jagung lebih lebih berlemak walau sudah diletak susu)
Cara-cara menyediakan Air Jagung Susu1. Masukkan air RO dalam balang air yang berkapasiti 30 liter
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap
3. Masukkan pati jagung
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap
5. Masukkan sweet corn ayam brand
6. Masukkan garam dan kacau
7. Masukkan ais kiub 1 beg
8. Selesai
Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya

2. Resepi Jus Mangga Susu Paling Sedap



Bahan-bahan Jus Mangga Susu Paling SedapMangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga)
Air yang telah dimasak atau mineral waterPewarna oren4 tin susu pekat 2 tin susu cair Cara-cara penyediaan jus mangga susuKupas mangga masak dan buang bijinya
Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk
Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata
Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan
Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar
Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata
Tips jus mangga:Gunakan air masak. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Rasa air mangga akan janggal kerana air paip mengandungi klorin.Masukkan perwarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik.
3. Resepi Air Asam Boi SpecialBahan-bahan ( untuk 3 orang minum, kalau nak buat untuk jualan, boleh tambah ikut anggaran satu balang ) 5 biji apple hijau 9 biji asam boy Gula Ais batu Air masak 6 biji limau kasturi 
Cara-cara Menyediakan Air Asam Boi SpecialPotong apple hijau dan buang bijinya. Blend bersama air dan gula Kemudian masukkan kedalam jug. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda


4. Air Milo SpecialUntuk 1 Jug 5-6 orang) Bahan-bahan Air Milo Special4 sudu besar Milo 2 sudu besar serbuk cocoa van houten1 sudu kecil nescafe 6 sudu besar susu cair (kalau nak lagi lemak, bubuhlah lebih) 2 sudu kecil Vanila Gula kalau nak lagi manis ketulan aisUntuk Hiasan whipping cream (dalam tin - spray) Choc rice
Cara-Cara Menyediakan Air Milo Special Satukan semua bahan –bahan tersebut, pastu tambah air panas dalam jug, tunggu sejuk seketika dan akhir masuk ketulan ais hancur. Kalau rajin setiap satu cawan dihidangkan dengan krim putar (whipping cream) dan chocolate rice diatasnya. Baru lebih berselera nak minum


5.Air Kathira Original JohorCara Mudah Buat Air Katira Original JohorBahan-bahan:1 tin susu cair2 cawan gula pasir3 keping getah anggur kering/katira12 biji badam3 ketul buah kembang semangkuk1 genggam biji selasih2 cawan cendol1/2 cawan cincau7 biji kurma kismiskacang tanah gorengsecubit garamLangkah-langkah penyediaan Air Katira:
A: Penyediaan Sirap pandanSebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu
Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut
Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar
Simpan dan ketepikan dahulu

B: Penyediaan Susu badamKisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi

C: Cara Membancuh air katiraMasukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang.Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.Hidangkan air katira sama ada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa
Alhamdulillah, 5 resepi air balang ini jika kita sediakan dengan penuh teliti dan kasih sayang, pasti semua pelanggan tidak akan jemu menikmatinya, tambah lagi jika sedang berpuasa seharian:) Paling penting utamakan kebersihan, inshaAllah, rezeki anda dalam berniaga air balang ini sentiasa terbentang luas dan diberkati.aamin

Anda mahu lihat video penyediaan air balang ini : klik gambar di bawah.


Jika anda perlukan tips lain berkaitan perniagaan air balang seperti tips marketing, tips membuat anggaran modal yang lebih menguntungkan atau tips memilih jenis air yang paling mudah untuk disediakan, anda juga boleh terus klik ke laman web ini : Bisnes Air Balang Untung Berganda-
Selamat mencuba resepi air balang yang menjadi favourite pelanggan di bazaar ramadhan:) semoga dipermudahkan urusan anda semua yang mahu mencuba bidang baru dalam dunia perniagaan yang menjanjikan 9 daripada 10 sumber rezeki dalam kehidupan kita.InshaAllah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/03/5-resepi-air-balang-best-seller-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Top 10 Best Seller Mac 2019

Top 10 Best Seller Mac 2019

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berikut merupakan 10 Ebook BestSeller Klikjer pada bulan Mac 2019 Nampaknya Ebook Bisnes Shopee dan ebook Bisnes Tudung terus mempertahankan gelaran juara dan naib juara carta selama beberapa bulan Bukan ...
Buffet Ramadan 2019 Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa Rm84 80 Seorang Je

Buffet Ramadan 2019 Restoren Rebung Chef Ismail Offer Buffet Menu Nostalgia Sajian Desa Rm84 80 Seorang Je

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 793 hits
Assalamulaikum Tahun 2019 ini Restoren Rebung Chef Ismail di Taman Botani Perdana menawarkan lebih 90 jenis makanan berbuka puasa selera Nostalgia Sajian Desa khas untuk anda sepanjang bulan Ramadan nanti Harga Buffet Iftar Restoren Rebung ...
Bufet Ramadan Aladdin The Malaysian Treasures Di Best Western I City

Bufet Ramadan Aladdin The Malaysian Treasures Di Best Western I City

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 642 hits
Jika anda ingin berbuka di hotel Best Western I City Shah Alam wajar masuk dalam perancangan lokasi berbuka anda Lebih lebih lagi jika anda ingin meraikan keluarga atau teman yang berkunjung ke Selangor atau Kuala Lumpur Best Western I City...
5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 689 hits
5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST Lebih kurang sebulan lebih lagi kita nak bertemu dengan bulan Ramadan Bulan Ramadan ini biasanya terkenal dengan bulan makan makan terutama sekali program buka p...
Menu Menu Air Asia 2019

Menu Menu Air Asia 2019

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 430 hits
Menu Menu Air Asia 2019 Kali ini rajin cik en snap gambar majalah dalam flight Air Asia Nak tidur macam tak mengantuk so cik en snap gambar gambar menu yang ada dalam flight Air Asia 2019 ini masa Trip Jogja Indonesia Februari haritu Manata...
Best Text Editor For Mac To Use In 2019

Best Text Editor For Mac To Use In 2019

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 415 hits
Whether you re a seasoned developer or even a newcomer hoping to code your very first item of software a fantastic text editor is one of the most crucial things you are going to want on your Mac That is most likely why there are a Great Dea...
Ini Resepi Air Yang Terbaik Untuk Musim Panas

Ini Resepi Air Yang Terbaik Untuk Musim Panas

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 466 hits
Musim panas Dapat air kosong sejuk pun dah nikmat kan Tapi kalau terasa nak air yang ada perisa dan manis Apa kata kita pakat buat 5 jenis air ni Bukan sahaja melegakan tekak Tapi terbaik untuk detox dan boleh kuruskan badan kalau amalkan H...
Imperial Chakri Palace Ramadan Buffet 2019

Imperial Chakri Palace Ramadan Buffet 2019

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 621 hits
Hello lovely readers We are just 41 days away before the arrival of Ramadan 2019 With this means I will be feeding you with useful information about where to buka puasa or break fast this coming Ramadan Chakri Palace the best Thai food rest...
Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 822 hits
Buffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur SentralBuffet Ramadan 2019 Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Perasan tak banyak hotel hotel buat promosi early bird untuk buffet Ramadan yang bakal menjelang tid...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah