5 Menteri Terbaik Kerajaan Perpaduan
YBM FADHLINA FROM WORST TO BEST
Kenapa saya sentiasa membuat pernilaian gaya kerja Menteri? Bagi saya ia sgt penting utk para Menteri bekerja bersungguh sungguh membantu PMX yg dilihat bergerak terlalu laju kehadapan dari Menteri2 beliau.
Namun jika seorang nakhoda yg hebat ia tidak dpt membawa kapal ke destinasi dituju jika tanpa kelasi yg hebat. Begitulah seorang Perdana Menteri tidak akn berjaya dlm visi dan misinya jika para Menteri tidak bijak, tidak mempunyai visi dan hala tuju.
Selepas suku pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan saya telah membuat pernilaian kpd prestasi utama KPI Menteri. Pada ketika itu saya memilih Menteri Terbaik ‘ Athony Loke’ diikuti Fadhlina, Hannah Yeoh, Salahuddin Ayob dan Dr Zaliha.
Selepas 60 hari saya membuat pernilaian semula. Siapa 5 Menteri Terbaik Kerajaan Perpaduan. Pernilaian saya berdasarkan prestasi semasa kementerian dan jabatan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif.
Kemudian berdasarkan penilaian persepsi awam dan terpenting sejauh mana keberkesanan team Media Kementerian tersebut. Tanpa team media yg baik buatlah apa sahaja, Menteri tetap dianggap gagal kerana seorang Menteri mereka adalah permain politik.
Bicara mengenai politik ia perlukan persepsi dan jika gagal menguasainya segala usaha seorang Menteri dianggap gagal. 3 hb Januari 2022 di meja bulat di Bukit Gasing saya bersama DS Anwar Ibrahim dan beberapa individu selama hampir 3 jam saya membicarakan mengenai penting medsos.
Bersaksikan Ybm Fahmi Fadhil ketika itu, PMX bersetuju setiap wakil2 rakyat PKR mesti mempunyai akaun di semua rangkain laman media sosial yg ada. Ini kerana pemimpin PKR ketika itu tidak menitik beratkan pentingnya mempunyai akan di laman media sosial.
Siapa top 5 Menteri terbaik pilihan saya kali ini…
1. YBM FADHLINA SIDEK
Fadhlina adalah Menteri terbaik Kerajaan Perpaduan. Selangkah anak tangga dari sebelumnya. Saya anggap dirinya from worst to best. Saya masih ingat sidang akhbar pertama beliau yg saya rasa mengapa Menteri Pendidikan begitu. Tapi itu Fadhlina yg dulu… Fadhlina skg beliau paling cemerlang selepas 150 hari.
Ramai kalangan guru berkata mereka tidak pernah melihat seorang Menteri yg sepantas Fadhlina melakukan kerja selain sgt prihatin dgn rungutan guru2 dan masalah murid.
Antara yg langkah paling popular dilakukan ialah 7 langkah meringankan beban guru.
1. Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru. Sebagai contoh, pertandingan keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi SPBT terbaik, dan yang seumpamanya.
2. Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
3. Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel kepada guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi petang bagi mengelakkan kesesakan dalam sistem.
4. Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru yang sedang berkhidmat seperti pesara kerajaan, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pendidikan Tinggi (IPT) tetapi perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan….banyak lagi dilakukan olehnya.
Sewaktu bertemu Fadhlina di satu majlis makan2, beliau ada bertanya kpd saya…betul ke dia pilihan kedua terbaik. Saya beritahu ia pemilihan yg jujur kerana saya tidak perlu sesiapa mempengaruhi atau berkepentingan utk membuat pernilaian.
Saya beritahu Fadhlina ucapan tahniah juga kpd team medianya. Tanpa team medianya Fadhlina tidak akan dpt dinilai dgn baik terutama di zaman dunia medsos.
2. YBM DR ZALIHA
Dr Zaliha juga seperti Fadhilina from worst to best. Pada awalnya Menteri Kesihatan wanita pertama ini dikecam kerana tuala wanita tetapi kini beliau telah membuat byk perkara yg mengembirakan kakitangan KKM.
Dulu saya letakkan beliau di tangga kelima tetapi jujur beliau sgt perform dan tidak dpt menolak utk meletakkan dirinya sebagai Menteri kedua terbaik.
Saya kagum dlm tempoh 100 hari sahaja sebagai Menteri Kesihatan Dr Zaliha telah berjaya menyelesaian masalah 10 ribu Dr kontrak dgn serapkan mereka kpd lantikan tetap.
Selain dari itu Dr Zaliha mengambil langkah proaktif dgn menyegerakan proses lantikan graduan perubatan secara pelantikan kontrak tanpa melalui proses temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dlm menangani masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam dan swasta.
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan wad jangka pendek atau ‘short stay ward’ bagi hospital yg mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan. Tahniah Dr Zaliha dan pandangan peribadi, saya meletakkan anda sebagai Menteri kedua terbaik kali ini.
3. YBM DR ZAMBRY KADIR
Saya melihat beliau berjaya menjalankan amanah sebagai Menteri Luar dgn sgt baik. Bukan mudah menguruskan rangka lawatan yg baik dan efektif apatah dgn seorang Perdana Menteri yg sgt agresif.
Tanya saya Dr Zambry ini jika diletakkan di Kementerian Pelancongan dia mampu melakukan dgn jauh lebih baik dari Menteri Pelancongan yg ada skg. Saya sgt teruja melihat gaya kerja… he performed well sb itu saya letakkan beliau Menteri ke 3 terbaik di dlm Kerajaan Perpaduan.
4. ANTHONY LOKE
Sejak Kerajaan Perpaduan ini ditubuhkan Athony Loke adalah Menteri yg perform sejak awal hingga skg. Terbaru beliau mengambil pendekatan proaktif dgn memastikan tiket kapal terbang sempena Hari Gawai dan Hari Keamaatan yg hampir tiba dgn harga maksimum RM 300.
Saya tidak perlu menulis panjang lebar mengenai Menteri ini kerana Anthony Loke ada sahaja dilakukan utk memastikan Kementeriannya efektif memberikan khidmat yg baik utk rakyat.
5. YBM STEVEN SIM
Saya menilai beliau bukan kerana gaya kerja di Kementeriannya kerana beliau hanyalah seorang Timbalan Menteri. Sebagi Timbalan Menteri tidak byk yg boleh dilakukan tetapi pernilaian saya berdasarkan kerjanya sebagai wakil rakyat.
Beliau adalah wakil rakyat yg cukup prihatin dgn nasib rakyat terutama di kalangan org2 Melayu yg susah. Ramai kawan2 dan rakan media juga memuji sikap Yb Steven Sim yg byk membantu rakyat yg berada dlm kesusahan. Beliau adalah Ebit Liew versi org politik.
Team media beliau juga sgt baik utk mempromosikan kerja2 amal dilakukan. Tahniah Steven Sim disebabkan beliau ramai org Melayu mula membuka mata terhadap pimpinan DAP yg tidak selama hari ini tidak pernah putus2 dijadikan kambing hitam dlm menghidupkan api perkauman.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/05/5-menteri-terbaik-kerajaan-perpaduan.html