5 Lokasi Sejarah Di Negeri Selangor Yang Mungkin Korang Belum Teroka


Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64, Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri Selangor yang kaya dengan 1001 kisah sejarah seperti senarai di bawah yang mungkin boleh korang teroka bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintai sejarah tempatan.




Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

Pekan Kuala Kubu Bharu telah ditadbir oleh Residen British yang terawal seperti Presiden Frank Athelstane Swettenham. Di sini juga telah didirikan sebuah kubu pertahanan Raja Mahadi dalam Perang Saudara yang terjadi pada tahun 1867-1874. Pekan ini juga pernah ditimpa bencana bah yang teruk yang mengikut legenda adalah disebabkan tindakan seorang Pegawai Inggeris, Cecil Ranking yang telah membunuh buaya putih yang dianggap sebagai penjaga penduduk Kuala Kubu yang lama. Terdapat beberapa destinasi di sini, antaranya Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu di mana anda boleh mendalami kisah sejarah Pekan ini.


Bangunan-bangunan lama yang dibina dari zaman pemerintahan British seperti Balai Polis, Pejabat Pos dan juga Menara Jam juga masih berdiri teguh di sini. Pihak Berkuasa Tempatan sedang dalam usaha untuk memetakan Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.




Bandar Diraja Klang


Klang, yang merupakan bandar yang tertua di Malaysia juga mempunyai nilai sejarah tersendiri. Klang telah dipilih menjadi ibu kota Negeri Selangor selepas kemangkatan Sultan Muhammad sebelum dipindahkan sekali lagi ke Kuala Lumpur. Selain daripada menjadi Bandar Diraja yang menempatkan Istana Sultan Selangor, Klang juga adalah bandar yang dulu pernah menjadi kawasan pertempuran buat Perang Saudara yang berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Sulaiman.


Bandar ini juga mempunyai banyak bangunan yang dibina pada zaman British antaranya Chennai Silk Palace Klang, Church of Our Lady Lordes dan Gedung Raja Abdullah. Bangunan-bangunan ini kemudian telah dijadikan sebagai lokasi singgahan dalam Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour untuk para pengunjung lawati kawasan bersejarah di sekitar bandar ini. Terdapat tempat ikonik lain yang boleh dilawati di Bandar Diraja Klang seperti Jambatan Kota yang dibina pada tahun 1957 dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang menempatkan koleksi peribadi Kesultanan Melayu Selangor.



Bandar Kajang


Kajang adalah sebuah mukim yang terdapat di Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Bandar Kajang yang telah berusia lebih 200 tahun ini dahulunya merupakan kawasan melombong bijih timah yang dimulakan oleh masyarakat Mendaling, Rawa, Minangkabau dan sedikit orang Kampar dari Sumatera yang telah berhijrah ke Daerah ini. Kajang juga mempunyai bangunan-bangunan tinggalan dari zaman lalu seperti Kuil Shen Sze She Yar yang sudah berusia lebih 120 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah di Kajang juga termasuk Pejabat Pos Lama, Masjid Jamek Kajang dan juga kedai biskut yang rata-rata bangunan ini semua dibina lebih 100 tahun yang lalu. Kajang juga menawarkan Program Jejak Warisan yang tersendiri khusus untuk peminat sejarah dan pengunjung untuk menerokai peristiwa dan tinggalan sejarah di Kajang.


Selain itu, di sini juga terdapat Bangunan Tan Boon Chia dimana ia merupakan sebuah bangunan yang dahulunya merupakan kediaman buat pemilik lombong sebelum menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun. Kajang juga mempunyai Pusat Warisan Kajang yang menempatkan 300 koleksi artifak, alatan dan juga dokumen sejarah khususnya yang berkaitan dengan Bandar Kajang.



Pekan Lama Kuala Selangor


Pekan Lama Kuala Selangor mula diduduki oleh orang laut yang menyara hidup dengan menangkap ikan pada kurun ke-17 Masihi. Penduduk awal yang kebanyakannya terdiri dari kaum Bugis ini juga dikatakan diketuai oleh seorang wanita Bugis yang kaya dengan sifat kasih sayang. Terdapat teluk yang dinamakan Teluk Penyamun kerana ianya merupakan lokasi yang sering menjadi tempat kegiatan menyamun. Jeram, sebuah mukim di Kuala Selangor juga dikatakan menjadi tempat Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 menabalkan Putera Baginda; Paduka Seri Cina. Untuk merungkai sejarah Pekan Lama Kuala Selangor, anda boleh lawati Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor untuk mendalami lebih lanjut kisah sejarah Pekan ini.


Bukit Malawati juga antara lokasi yang boleh dikunjungi untuk menjejaki semula tinggalan sejarah seperti Batu Hampar, Perigi Beracun dan Meriam Penggawa yang setiap satunya mempunyai kisah unik yang tersendiri.



Pekan Jugra

Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya mula dibuka pada abad ke-18 oleh orang Bugis yang datang dari Johor untuk kegiatan berdagang dengan Negeri Melaka. Jugra juga pernah menjadi kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas perpindahan dari Kuala Selangor pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad. Jugra terletak di lokasi yang strategik dan selamat sebagai kawasan penempatan, perniagaan dan perdagangan. Jugra juga telah menjadi tumpuan pedagang untuk berlabuh dan mengangkut hasil bijih timah, Dikatakan juga Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke sini untuk tujuan menyabung ayam di Bukit Jugra.


Jugra juga mempunyai tinggalan sejarah dari zaman kesultanan Sultan Abdul Samad seperti Istana Long Puteri dan Istana Jugra yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Abdul Samad daripada tahun 1859 hingga 1898. Muzium Insitu Jugra yang dahulu merupakan sebuah Balai Polis, mahkamah dan juga lokap, adalah tempat yang terbaik untuk selami sejarah Jugra dengan lebih lanjut. Jangan lupa untuk singgah ke Istana Bandar Jugra dan Masjid Alaeddin semasa anda berkunjung ke Pekan ini.


Setiap destinasi Negeri Selangor mempunyai pelbagai peristiwa sejarah yang mampu memberi pengajaran buat masyarakat masa kini. Kisah sejarah ini juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa sayang akan tanah air. Namun, di mana sahaja korang berada, terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memakai topeng muka, menggunakan pembersih tangan dan mempraktikkan penjarakan sosial.



Tak salah rasanya teroka tempat bersejarah tempatan sebelum ke luar negara. Kan ?
Next nak negeri mana plak ? Hee~






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.atiehilmi.com/2021/09/5-lokasi-sejarah-di-negeri-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selami 1001 Kisah Sejarah Negeri Selangor

Selami 1001 Kisah Sejarah Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 672 hits
Semarakkan Semangat Partriotisme dan Selosori Nilai dan Tinggalan Sejarah di Destinasi destinasi di Negeri Selangor Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 64 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos ini Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri ...
12 Fungsi Menarik Google Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

12 Fungsi Menarik Google Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 291 hits
Google sudah tidak asing lagi dengan kita semua sejak dahulu lagi Ianya bukan sahaja sebagai ejen carian tetapi Google juga mempunyai pelbagai fungsi menarik yang boleh digunakan Ada pelbagai fungsi Google yang mungkin tidak ketahui oleh or...
16 Rekod Dunia Guinness Yang Dipegang Oleh Malaysia Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

16 Rekod Dunia Guinness Yang Dipegang Oleh Malaysia Yang Mungkin Anda Belum Ketahui

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 556 hits
16 Rekod Dunia Paling Cool Dan Pelik Milik Malaysia Malaysia sememangnya sebuah negara yang penuh dengan bakat tetapi banyak masa bahawa bakat itu nampaknya sedikit dihargai Oleh itu untuk menunjukkan sedikit penghargaan terhadap pencapaian...
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 616 hits
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor l Assalamualaikum Semalam ada rasa happy sikit lah bila tengok graf harian kes Covid 19 KKM di negeri Selangor Kes dah turun kepada 2 1k saja berbanding sebelum ni hampir 6k kes sehari Harap teruslah m...
Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 506 hits
Kurang 4 bulan berbaki sehingga kita memasuki tahun 2022 tetapi masih belum terlambat untuk andamencubahobi baharu yang mampu mengasah bakat terpendam anda Untuk kali ini Tourism Selangor akan berkongsi 7 lokasi di sekitar Negeri Selangor u...
Belum Boleh Dipanggil Cr7 Ronaldo Mungkin Pilih No 28

Belum Boleh Dipanggil Cr7 Ronaldo Mungkin Pilih No 28

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 366 hits
CAVANI RONALDO menyarung jersi No 7 sepanjang Karier AFP Edinson Cavani beri jersi No 7 kepada Ronaldo LONDON Legenda Manchester United Rio Ferdinand mendedahkan Edinson Cavani sanggup memberikan jersi No 7 kepada Cristiano Ronaldo Semalam ...
Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 236 hits
August 24 2021 Meskipun calon Perdana Menteri Malaysia ke 9 selesai mengangkat sumpah Dato Seri Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian dalam memastikan kerajaan yang stabil dicapai Dalam tempoh tidak sampai 24 jam belia...
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan Pitch Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan Pitch Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 445 hits
40 Kumpulan Finalis Rebut Peluang untuk Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 150 000 Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan Pitch Pelan Pemulih...
14 000 Individu Di Negeri Sembilan Daftar Dengan Pick Belum Divaksin

14 000 Individu Di Negeri Sembilan Daftar Dengan Pick Belum Divaksin

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 173 hits
AGENDA DAILY Program pemberian vaksin secara walk in diperluas ke seluruh negara Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun yakin negeri itu akan mencapai imuniti kelompok apabila 14 000 lagi individu selesai divaksin selewat ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat