Belum Boleh Dipanggil Cr7 Ronaldo Mungkin Pilih No 28
CAVANI & RONALDO menyarung jersi No.7 sepanjang Karier. - AFP
Edinson Cavani beri jersi No. 7 kepada Ronaldo
LONDON: Legenda Manchester United, Rio Ferdinand mendedahkan, Edinson Cavani sanggup memberikan jersi No. 7 kepada Cristiano Ronaldo.
Semalam, United mengesahkan pemenang Ballon d’Or lima kali itu akan kembali ke Old Trafford dalam masa terdekat selepas mencapai persetujuan dengan Juventus.
Ronaldo, 36, akan kembali ke pangkuan kelab yang ditinggalkan 12 tahun lalu untuk memenuhi impian beraksi bersama gergasi Eropah, Real Madrid.
Terkenal dengan julukan CR7 kerana dia sering memakai jersi No. 7 sepanjang beraksi bersama United dan Real, nombor berkenaan bagaimanapun kini milik bintang penyerang Uruguay, Cavani.
Ferdinand, antara watak penting yang memujuk Ronaldo untuk kembali ke pangkuan Red Devils mendedahkan, Cavani sendiri akan menawarkan No. 7 kepada bintang Portugal itu.
RONALDO menyarung jersi No.7 sepanjang berada di United sebelum ini bermula 2003 hingga 2009. - AFP Bagaimanapun, sama ada dia dibenarkan memakai jersi berkenaan atau tidak belum dapat dipastikan kerana nombor tersebut sudah didaftarkan di bawah nama Cavani mengikut peraturan Liga Perdana Inggeris.
“Memikirkan Cavani akan menjadi penyerang kedua di belakang Ronaldo, sukar untuk dipercayai.
“Cavani, saya harus katakan dia seorang yang berjiwa besar! Dia nampak siapa yang akan kembali pulang ke Manchester dan sanggup memberikan jersi No. 7.
“Pada akhirnya, masalah mungkin timbul kerana jersi berkenaan sudah didaftarkan. Mungkin Cristiano boleh guna No. 7, mungkin juga tidak…kita tunggu dan lihat,” kata Ferdinand.
Nombor 7 sudah didaftarkan di bawah nama Cavani mengikut peraturan Liga Perdana Inggeris Selepas segala spekulasi mengenai masa depan Cristiano Ronaldo terlerai apabila dia membuat keputusan untuk kembali ke Old Trafford dengan kontrak 2 tahun, kini satu lagi persoalan pula timbul.
Ia mengenai nombor jersi yang bakal disarung oleh pemenang 5 anugerah Ballon d’Or itu di United apabila nombor keramat iaitu No.7 yang dipakainya sebelum ini sudah menjadi milik penyerang dari Uruguay, Edinson Cavani.
Cavani menggunakan nombor 7 untuk jersinya sepanjang 9 tahun beraksi dalam saingan bola sepak profesional dan mungkin akan memberikannya kepada Ronaldo.
Selain nombor 7, Ronaldo pernah menyarung jersi bernombor 9 ketika musim pertama di Real Madrid tetapi di United ketika ini, nombor berkenaan menjadi milik Anthony Martial. Selain 2 nombor berkenaan, Ronaldo pernah menggunakan beberapa nombor lain dalam karier antaranya nombor 28 ketika dia mula-mula mengikat kontrak profesional pertama bersama Sporting Lisbon.
Nombor berkenaan masih lagi tidak mempunyai pemilik di United selepas beberapa nombor istimewa lain seperti 17, 10 dan 11 menjadi milik Fred, Marcus Rashford dan Mason Greenwood ketika ini.
Selain jersi bernombor 28, angka yang lebih rendah boleh dipilih oleh Ronaldo adalah 12 yang telah dikosongkan oleh Chris Smalling, manakala nombor 15 yang disarung Andreas Periera juga boleh dipilih kerana pemain itu sudah menyertai Flamengo secara pinjaman.
Ketika kesemua nombor ikonik ketika ini sudah menjadi milik pemain lain, Ronaldo mungkin akan memilih nombor 28 yang pernah disarung sebelum atau mungkin ada keputusan mengejut pemain lain yang sanggup berkorban demi bintang sensasi dunia ini. – AGENSI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2021/08/belum-boleh-dipanggil-cr7-ronaldo.html