Selami 1001 Kisah Sejarah Negeri Selangor


Semarakkan Semangat Partriotisme, dan Selosori Nilai dan Tinggalan Sejarah di Destinasi-destinasi di Negeri Selangor



Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos ini, Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri Selangor yang kaya dengan 1001 kisah sejarah seperti senarai yang berikut yang boleh anda jejaki pada suatu masa kelak bagi menyemarakkan semangat patriotisme anda!



1.    Pekan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor Pekan Kuala Kubu Bharu telah ditadbir oleh Residen British yang terawal seperti Presiden Frank Athelstane Swettenham. Di sini juga telah didirikan sebuah kubu pertahanan Raja Mahadi dalam Perang Saudara yang terjadi pada tahun 1867-1874. Pekan ini juga pernah ditimpa bencana bah yang teruk yang mengikut legenda adalah disebabkan tindakan seorang Pegawai Inggeris, Cecil Ranking yang telah membunuh buaya putih yang dianggap sebagai penjaga penduduk Kuala Kubu yang lama.Terdapat beberapa destinasi di sini, antaranya Galeri Sejarah Kuala Kubu Bharu di mana anda boleh mendalami kisah sejarah Pekan ini. Bangunan-bangunan lama yang dibina dari zaman pemerintahan British seperti Balai Polis, Pejabat Pos dan juga Menara Jam juga masih berdiri teguh di sini. Pihak Berkuasa Tempatan sedang dalam usaha untuk memetakan Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) untuk lebih dikenali di persada antarabangsa.
 


2.    Bandar Diraja Klang Klang, yang merupakan bandar yang tertua di Malaysia juga mempunyai nilai sejarah tersendiri. Klang telah dipilih menjadi ibu kota Negeri Selangor selepas kemangkatan Sultan Muhammad sebelum dipindahkan sekali lagi ke Kuala Lumpur. Selain daripada menjadi Bandar Diraja yang menempatkan Istana Sultan Selangor, Klang juga adalah bandar yang dulu pernah menjadi kawasan pertempuran buat Perang Saudara yang berlaku antara Raja Mahadi dan Raja Sulaiman.

Bandar ini juga mempunyai banyak bangunan yang dibina pada zaman British antaranya Chennai Silk Palace Klang, Church of Our Lady Lordes dan Gedung Raja Abdullah. Bangunan-bangunan ini kemudian telah dijadikan sebagai lokasi singgahan dalam Program Royal Klang Town Heritage Walk Tour untuk para pengunjung lawati kawasan bersejarah disekitar bandar ini.Terdapat tempat ikonik lain yang boleh dilawati di Bandar Diraja Klang seperti Jambatan Kota yang dibina pada tahun 1957 dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang menempatkan koleksi peribadi Kesultanan Melayu Selangor.





3.    BandarKajang Kajang adal ah sebuah mukim yang terdapat di Daerah Hulu Langat, Negeri Selangor. Bandar Kajang yang telah berusia lebih 200 tahun ini dahulunya merupakan kawasan melombong bijih timah yang dimulakan oleh masyarakat Mendaling, Rawa, Minangkabau dan sedikit orang Kampar dari Sumatera yang telah berhijrah ke Daerah ini. Kajang juga mempunyai bangunan-bangunan tinggalan dari zaman lalu seperti Kuil Shen Sze She Yar yang sudah berusia lebih 120 tahun. Bangunan-bangunan bersejarah di Kajang juga termasuk Pejabat Pos Lama, Masjid Jamek Kajang dan juga kedai biskut yang rata-rata bangunan ini semua dibin lebih 100 tahun yang lalu. Kajang juga menawarkan Program Jejak Warisan yang tersendiri khusus untuk peminats ejarah dan pengunjung untuk menerokai peristiwa dan tinggalan sejarah di Kajang. Selain itu, disini juga terdapat Bangunan Tan Boon Chia dimana ia merupakan sebuah bangunan yang dahulunya merupakan kediaman buat pemilik lombong sebelum menjadi Ibu Pejabat bagi tentera Jepun. Kajang juga mempunyai Pusat Warisan Kajang yang menempatkan 300 koleksi artifak, alatan dan juga dokumen sejarah khususnya yang berkaitan dengan Bandar Kajang.
 


4.    Pekan Lama Kuala Selangor Pekan Lama Kuala Selangor mula diduduki oleh orang laut yang menyara hidup dengan menangkap ikan pada kurun ke-17 Masihi. Penduduk awal yang kebanyakannya terdiri dari kaum Bugis ini juga dikatakan diketuai oleh seorang wanita Bugis yang kaya dengan sifat kasih sayang. Terdapat teluk yang dinamakan Teluk Penyamun kerana ianya merupakan lokasi yang sering menjadi tempat kegiatan menyamun. Jeram, sebuah mukim di Kuala Selangor juga dikatakan menjadi tempat Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 menabalkan Putera Baginda; Paduka Seri Cina. Untuk merungkai sejarah Pekan Lama Kuala Selangor, anda boleh lawati Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor untuk mendalami lebih lanjut kisah sejarah Pekan ini. Bukit Malawati juga antara lokasi yang boleh dikunjungi untuk menjejaki semula tinggalan sejarah seperti Batu Hampar, Perigi Beracun dan Meriam Penggawa yang setiap satunya mempunyai kisah unik yang tersendiri.

 


5.  Pekan Jugra Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya mula dibuka pada abad ke-18oleh orang Bugis yang datang dari Johor untuk kegiatan berdagang dengan Negeri Melaka. Jugra juga pernah menjadi kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor selepas perpindahan dari Kuala Selangor pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Selangor ke-4,Sultan Abdul Samad. Jugra terletak dilokasi yang strategik dan selamat sebagai kawasan penempatan, perniagaan dan perdagangan.Jugra juga telah menjadi tumpuan pedagang untuk berlabuh dan mengangkut hasil bijih timah, Dikatakan juga Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke sini untuk tujuan menyabung ayam di Bukit Jugra. Jugra juga mempunyai tinggalan sejarah dari zaman kesultanan Sultan Abdul Samad seperti Istana Long Puteri dan Istana Jugra yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Abdul Samad daripada tahun 1859 hingga 1898. Muzium Insitu Jugra yang dahulu merupakan sebuah Balai Polis, mahkamah dan juga lokap, adalah tempat yang terbaik untuk selami sejarah Jugra dengan lebih lanjut. Jangan lupa untuk singgah ke Istana Bandar Jugra dan Masjid Alaeddin semasa anda berkunjung ke Pekan ini.



Setiap destinasi Negeri Selangor yang tertera mempunyai pelbagai peristiwa sejarah yang mampu memberi pengajaran buat masyarakat masa kini. Kisah sejarah ini juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa sayang akan tanah air. Namun, di mana sahaja anda berada, terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memakai topeng muka, menggunakan pembersih tangan dan mempraktikkan penjarakan sosial.


Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri ini dan pastikan anda mengikuti kemas- kini dari pihak Tourism Selangor melalui media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Baca juga : Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://norminieza.blogspot.com/2021/09/selami-1001-kisah-sejarah-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Lokasi Sejarah Di Negeri Selangor Yang Mungkin Korang Belum Teroka

5 Lokasi Sejarah Di Negeri Selangor Yang Mungkin Korang Belum Teroka

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 328 hits
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 64 Tourism Selangor menampilkan destinasi di Negeri Selangor yang kaya dengan 1001 kisah sejarah seperti senarai di bawah yang mungkin boleh korang teroka bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta...
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 618 hits
Pelan Pemulihan Negara Negeri Selangor l Assalamualaikum Semalam ada rasa happy sikit lah bila tengok graf harian kes Covid 19 KKM di negeri Selangor Kes dah turun kepada 2 1k saja berbanding sebelum ni hampir 6k kes sehari Harap teruslah m...
10 Bakeri Sekitar Negeri Selangor Yang Pasti Menepati Selera Anda

10 Bakeri Sekitar Negeri Selangor Yang Pasti Menepati Selera Anda

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 264 hits
Dapatkan Pelbagai Menu Roti Yang Lazat Dihantar secara Terus ke Lokasi Anda Walau di ambang pandemik Covid 19 masih terdapat banyak permintaan untuk makanan yang lazat dan menyelerakan bagi dijadikan santapan dirumah Untuk kali ini Tourism ...
Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan Pitch Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

Tourism Selangor Umum 40 Kumpulan Finalis Untuk Pertandingan Pitch Pelan Pemulihan Pelancongan Domestik Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 445 hits
40 Kumpulan Finalis Rebut Peluang untuk Membawa Pulang Geran Projek Bernilai RM 150 000 Tourism Selangor menerusi Jabatan Pembangunan Industri baru baru ini telah mengumumkan senarai 40 kumpulan finalis bagi Pertandingan Pitch Pelan Pemulih...
Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

Tampilkan Bakat Dan Kreativiti Anda Di 7 Pusat Kraftangan Terbaik Di Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 506 hits
Kurang 4 bulan berbaki sehingga kita memasuki tahun 2022 tetapi masih belum terlambat untuk andamencubahobi baharu yang mampu mengasah bakat terpendam anda Untuk kali ini Tourism Selangor akan berkongsi 7 lokasi di sekitar Negeri Selangor u...
Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

Selangor Batal Nyahwarta Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 373 hits
Kontroversi nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara selesai hari ini apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang memutuskan beberapa ketetapan Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari terdapat 3 keputu...
Jkkp Selangor Keluar Notis Henti Kerja Susulan Pekerja Maut Jatuh Dari Ketinggian 15 Meter

Jkkp Selangor Keluar Notis Henti Kerja Susulan Pekerja Maut Jatuh Dari Ketinggian 15 Meter

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 165 hits
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor telah mengeluarkan satu notis larangan serta merta bagi menghentikan semua aktiviti pengubahsuaian dan menaik taraf salah satu bahagian di sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Jalan K...
Rentas Daerah Dibenarkan Di Kl Putrajaya Dan Selangor

Rentas Daerah Dibenarkan Di Kl Putrajaya Dan Selangor

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 195 hits
Rentas daerah dibenarkan di KL Putrajaya dan Selangor bermula Jumaat ini PUTRAJAYA Lembah Klang terdiri daripada Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara bermula pada Jumaat ini Perdana Menteri Dat...
Selangor To Re Gazette Kuala Langat Forest Reserve Development Plan Is Off

Selangor To Re Gazette Kuala Langat Forest Reserve Development Plan Is Off

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 249 hits
Following widespread criticism the Selangor government has changed its mind and will no longer seek to develop the Kuala Langat forest reserve In a statement following today s state executive council meeting Menteri Besar Amirudin Shari sai...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025