5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik


5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik | Siapa yang tak mahu nampak stylo, bergaya dan mungkin teruja bila di puji tentang pemakaian kita kan. Tak kira yang muda mahupun yang dah berusia mesti nak tampil kemas dan in trend sebab pemakaian jugalah yang membuatkan kita disukai atau sebaliknya

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik 
Kita sedia maklum tidak semua pakaian sesuai untuk kita yang mungkin berbadan kurus atau mungkin kita berbadan gempal, rendah tapi hasrat kita tetap sama..nak nampak cantik dan kalau yang berbadan gempal tu mesti nak sorok kelebihan yang terlebih tu kan.  Jangan risau, I feel you! sebab tu la yang saya rasa bila badan dah semakin bagai ditiup-tiup walau makan tu sudah bercatu! Mana taknya..nescafe tarik buatan sendiri memang menjadi kegemaran setiap pagi dan Americano jadi pilihan bila menghadiri event..ahhh memang parah bukan

Berbalik pada pemakaian, kita jangan pilih semberono walau kita suka fesyen dan reka bentuk sesuatu pakaian itu kerana tidak semestinya ia sesuai untuk kita.  
Apa yang penting, biar kita nampak kemas walau ringkas dan kalau saya paling suka kalau menghadiri sesuatu acara tu, pemakaian saya itu bersesuaian dan mengikut tema. PENTING! Jangan lah korang kalau pergi ke event dengan pakai t-shirt tanpa kolar dan kalau ke majlis perkahwinan memakai jeans dan blaus dan ada yang pergi ke pejabat macam nak pergi ke kelab malam..ahh sakit mata tengok.  
Senarai dibawah adalah 5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik yang memang antara tabiat yang saya cuba untuk ubah supaya saya nampak lebih kemas dan sesuai dengan usia saya sendiri dan mungkin korang boleh jugak tengok dan cuba okay

5 Kesilapan Berpakaian Yang Perlu Kita Ubah Untuk Tampil Menarik 
1. Malas MencubaNi memang antara tabiat saya sejak badan semakin naik tu yang selalunya malas nak membeli tapi kalau dah membeli tu malas pulak nak mencuba dan akibatnya...alahaiii.  Antara lain kecuaian adalah membeli dengan terburu-buru dan kurang teliti dan jugak main fikir pakain tu sepadan dengan saiz badan

Macam mana nak elak? sebaiknya bawa la teman untuk bagi komen atau mungkin luangkan lebih masa untuk ke bilik persalinan.  Hentikan sifat malas mencuba dan main tangkap muat sebab nanti diri kita sendiri yang menyesal


2. Pilihan Saiz Terlalu BesarOrang berbadan besar memang suka membeli baju yang bersaiz besar untuk menutup lebihan yang terlebih tapi kena ingat bukan jenis kain sesuai bila ianya besar dan bukan semua individu sesuai memakainya.  Ianya bukan dapat menutup lebihan atau menyembunyikan lebihan pada badan tapi membuat kita nampak seakan memakai baju pinjam dan adakalanya nampak lebih besar


3.  Pilihan Saiz Terlalu KecilAdakalanya kita merasa pakaian yang kecil kita beli tu untuk menunjukkan bentuk badan tapi kekadang tu kita tidak sedar yang pakaian yang muat-muat tu membuat kita sendiri tidak selesa malahan kekdang pakaian yang ketat tu menonjolkan bahagian yang tidak sepatutnya.  Sebaiknya pilihlah pakaian yang punya sedikit ruang bagi memudahkan kita sendiri untuk bergerak


4. Terlebih AksesoriPemakaian aksesori selalunya akan membuat kita nampak lebih bergaya dan berketrampilan menarik tapi jangan terlau berlebihan kerana kita akan nampak lebih menjengkelkan.  Pilihan aksesori seharusnya tidak berlebihan dan pilih yang asas sahaja.  Selain jam tangan dan anting-anting, rantai leher yang bersesuaian dengan pakaian pun sudah memadai.  Kalau pakai baju bercorak tu usahlah memakai aksesori berlebihan kerana pasti korang tak nak nampak macam badut bukan


5. Kes Malas Ambil RisikoRamai malas ambil risiko dan tanpa fikir banyak akan memakai pakaian samada putih, hitam ataupun gelap jadi penampilan kita nampak 'selamat' tapi pada pandangan rakan, penampilan kita nampak sama saja setiap masa malah mungkin membosankan pada pandangan mereka.  Adalah lebih elok kita punya pilihan warna pakaian yang berbeza selain pakaian dengan corak.  Beranikan diri memakai pakaian yang luar dari kebiasaan jadi bila sesekali kawan nampak, kita kelihatan sangat menarik dan berseri.  Rasanya kita akan nampak lebih segar setiap kali bertemu dengan kawan mahupun orang ramai


Nota kaki : Saya bukan pakar pemakaian jauh sekali pereka fesyen tapi saya tahu kita tak perlu pakaian jenama mahal untuk nampak cantik, tak perlu pakai pakaian menjolok mata untuk mendapatkan kawan-kawan tapi kita perlu pakai pakaian yang selesa dan yang pasti untuk kita tampak cantik pada mata suami dan orang yang kita temui di sepanjang perjalanan hidup kita

Akuan : ada sebahagian dalam artikel ini saya dapat dari keratan akhbar yang menarik saya untuk menulis dari sisi pandangan saya dan isi kandungan artikel ini sepenuhnya milik saya



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.iamfuzy.com/2019/10/5-kesilapan-berpakaian-yang-perlu-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Menarik Di Dubai

Tempat Menarik Di Dubai

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 718 hits
Dubai merupakan satu negara yang terkenal dengan bangunan bangunan pencakar langit yang tinggi dan negara pengeluar minyak yang boleh dikata kan besar juga Salah satu sumber utamanya pula ialah pusat pelancongan Teknologi yang canggi dan la...
Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik Cuba Apps Ini

Tarik View Youtube Dengan Thumbnail Menarik Cuba Apps Ini

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 576 hits
Bagi mereka yang dah ada channel Youtube atau pun aktif menghasilkan video antara cabaran utama adalah menarik perhatian orang untuk klik dan menonton video anda Kadang kadang video tu sikit punya bagus tapi sayang sebab takdek view So sini...
Apple Menarik Kemaskini 13 2 Untuk Homepod Selepas Mengakibatkan Speaker Gagal Berfungsi

Apple Menarik Kemaskini 13 2 Untuk Homepod Selepas Mengakibatkan Speaker Gagal Berfungsi

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 244 hits
dan iPadOS 13 2 yang diberikan kepada iPhone serta iPad pagi ini turut diterima pada speaker pintar HomePod Setakat ini tiada masalah dilaporkan dari pengguna peranti pintar Apple ini Namun begitu masalah yang agak serius dilaporkan oleh pe...
Menarik 16 Seniman Ini Gelar Konser Serupa Festival Cuma Lewat Stories Instagram Saja

Menarik 16 Seniman Ini Gelar Konser Serupa Festival Cuma Lewat Stories Instagram Saja

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 340 hits
Mulai dari Sisir Tanah Frau sampai Iksan Skuter semua untuk pergerakan reformasidikorupsi
5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 728 hits
hi there 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah Cuti sekolah dah nak dekat ni Anda yang ada anak anak bercuti sudah ada rancangan mahu buat apa sempena cuti sekolah ini Di sini Mrs Pip senaraikan 5 idea menarik aktiviti b...
Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Online Yang Bakal Menarik Perhatian Hrd

Cara Membuat Surat Lamaran Kerja Online Yang Bakal Menarik Perhatian Hrd

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 553 hits
Cara membuat surat lamaran kerja online yang bakal menarik perhatian HRD Pastikan syarat syarat yang dibutuhkan terpenuhi
Pasangan Mata Wang Eur Usd Menarik Kembali Ke Arah Sokongan Awan

Pasangan Mata Wang Eur Usd Menarik Kembali Ke Arah Sokongan Awan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 361 hits
Pasangan mata wang EUR USD mendahului sekitar 1 1180 dan kini menarik semula ke arah kawasan 1 11 Aliran kekal yakin selagi harga berada di atas 1 1030 dan sebarang penarikan semula dianggap sebagai peluang membeli Menurut indikator awan Ic...
Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

Senarai 8 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Yang Patut Dilawati

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 743 hits
Senarai 9 Tempat Menarik Di Besut Terengganu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ini Sha luangkan masa untuk menyenaraikan tempat tempat menarik yang ada di daerah kelahiran Sha iaitu Daerah Besut Terengganu Ramai kawan kawan cakap Ter...
Pa Ma Superkids Fiesta 2019 Tawar Kelengkapan Anak Acara Menarik Di Pentas Akhir 3 Hari Lagi

Pa Ma Superkids Fiesta 2019 Tawar Kelengkapan Anak Acara Menarik Di Pentas Akhir 3 Hari Lagi

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 517 hits
Selepas kejayaan Pa Ma Baby Fiesta pada Ogos lalu Pa Ma sekali lagi mengorak langkah bagi meneruskan ekspo jualan buat kelengkapan kanak kanak serta seisi keluarga Pa Ma Superkids Fiesta 2019 yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 November ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities