5 Herba Itali Sering Digunakan Untuk Memasak


 Assalamualaikum semua. Salam PKP dan PKPB. Sebagai seorang isteri dan ibu, pastinya otak kita sering bekerja memikirkan menu hendak dimasak untuk anak-anak dan suami. Kadang-kadang naik buntu juga kan.
Ada masa masakan kampung iaitu menu Malaysia yang sinonim dengan tekak melayu tapi sesekali ingin juga masak menu barat kira ala-ala western. Tapi sebelum hendak masak masakan barat pastinya kita akan buat carian resepi serta ingin tahu herba atau rempah yang digunakan untuk masakan barat.
Kali ini Nora ingin kongsikan dengan korang herba Itali yang sering digunakan untuk masakan barat. Yelah setiap herba menghasilkan bau dan rasa yang berbeza jadi kita patut tahu kegunaan setiap herba Itali dalam masakan kita.
5 Herba Itali Patut Dikenali Sebelum Digunakan Untuk Memasak
1. Oregano

Oregano

Oregano juga dikenali sebagai ‘wild marjoram’, oregano merupakan salah satu bahan penting dalam kebanyakan hidangan Itali seperti piza, sos dan kaserol. Berbanding herba lain yang lebih baik digunakan segar, oregano pula memberi lebih rasa jika menggunakan dalam bentuk dikeringkan.
Walaupun oregano segar sedikit kuat, ia adalah tambahan yang disukai untuk hidangan sayur-sayuran segar, terutama bersama dengan tomato, zucchini dan labu musim sejuk masyarakat luar negara. Daging lembu, dan ayam juga sesuai dimasukkan dengan oregano, seperti zaitun dan keju feta. Roti dan pastri juga menjadi lebih menarik dengan sebilangan oregano segar yang dicampurkan di dalam hidangan. Namun di Malaysia kebanyakannya lebih gemar menggunakan oregano yang dikeringkan kerana aromanya sudap cukup memadai.
Kebaikan oregano adalah mengandungi kandungan omega-3 yang tinggi, di samping zat besi, mangan dan antioksidan lain menjadikan ia salah satu herba yang memberi kesan positif kepada kesihatan tubuh. Minyak pati oregano pula digunakan sebagai antioksidan.
2. Basil

Basil

Basil sering digunakan dalam hidangan yang mengandungi tomato, lemon atau bawang putih. Masakan yang sesuai dimasukkan daun basil adalah seperti salad, sup, berkeju, atau piza.
Baca juga : Resepi Lamb Chop Dan Sos Black Pepper Homemade
Mungkin cara paling sedap untuk menggunakan Basil adalah di atas pasta. Dalam sos tomato, basil adalah ramuan yang sangat diperlukan. Sos sederhana yang boleh dibuat hanya dalam beberapa minit, dan sangat menyerlahkan rasa wangi dan sedap.
Basil segar lebih baik berbanding yang dikeringkan. Masakan yang ditambah daun basil memberi lebih kesegaran kepada masakan tersebut.
Daun basil juga bagus di tanam di dalam rumah kerana dari segi kesihatan ia mengandungi sifat anti-bakteria.
3. Rosemary

Rosemary

Rosemary adalah herba malar hijau yang berasal dari Mediterranean. Ia digunakan sebagai bahan kulinari untuk membuat minyak wangi, dan untuk manfaat kesihatan.
Rosemary memberikan rasa ‘lada’ dan sedikit berkayu. Ia sesuai dimasukkan ke dalam hidangan kambing, sayur panggang, sup dan stew.
Baca juga : Ayam Bakar Ala Kenny Rogers
Namun, hati-hati dengan kuantiti yang digunakan, kerana herba ini walaupun menggunakan sedikit sahaja, sudah cukup untuk memberikan rasa yang kuat. Penggunaan rosemary yang berlebihan boleh menjejaskan rasa pada masakan.
Masukkan rosemary ke dalam stok atau stew, atau taburkannya ke dalam perapan ayam gril untuk aroma dan rasa yang lebih menyelerakan. Salah satu herba Itali untuk masakan yang digemari dikalangan masyarakat kita.
4. Parsley

Parsley

Parsley adalah ramuan popular yang sering digunakan dalam masakan Amerika, Eropah, dan Timur Tengah.
Bukan sekadar sebagai hiasan hidangan, tetapi juga memberi rasa yang berbeza pada hidangan. Ia sesuai digunakan dalam hidangan makanan laut, sos sayur, hidangan pasta dengan sos atau sup.
Cincang halus sebatang parsli, masukkan ke dalam telur dan digoreng hancur. Boleh beri rasa berbeza dan mudah pula!
5. Thyme

Thyme

Thyme begitu serasi jika ditambah pada saat akhir masakan berasaskan telur, sayur-sayuran dan juga produk berasaskan kacang soya. Ia juga wangi. Thyme turut dimasukkan ke dalam bouquet garni (macam sup bunjut tu) untuk memperisakan stok, sup, dan stew.
Thyme adalah dari tumbuhan malar hijau aromatik dalam keluarga pudina Lamiaceae. Thymes adalah sama degan genre oregano Origanum. Kegunaan adalah untuk kulinari, perubatan, dan hiasan, dan spesies yang paling sering ditanam dan digunakan untuk tujuan masakan adalah Thyme.
Dari segi kebaikannya pula, thyme sudah lama digunakan dalam perubatan untuk membantu mengatasi masalah pernafasan dan dada seperti batuk, bronchitis dan dada rasa sesak.
Semoga apa yang Nora kongsikan ini dapat membantu korang dalam menggunakan herba Itali untuk masakan. Yelah Nora sendiri kadang-kadang keliru nak gunakan herba apa untuk Cabonara, bolognese mahupun lambgrill. Kadang tu asal apa yang ada. Rupanya semua herba memberikan rasa dan aroma yang bebeza.


Sumber : Carian google








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ummizarra.com/2021/03/5-herba-itali-sering-digunakan-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut Biar Dia Biasa Dengan Dapur Banyak Kelebihannya

Memasak Tak Jadikan Anak Lelaki Lembut Biar Dia Biasa Dengan Dapur Banyak Kelebihannya

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 489 hits
Ilmu memasak seharusnya diperlu diterapkan kepada anak anak sejak kecil agar anak mahir untuk berada di dapur Baik anak perempuan mahupun anak lelaki kesemuanya harus dibiasakan sejak kecil lagi Bagi superdaddy menyedari akan kelebihan mema...
Senarai Pemain Sri Pahang Fc Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

Senarai Pemain Sri Pahang Fc Dan Jersi Yang Akan Digunakan Untuk Musim 2021

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 814 hits
Semalam 4 Mac 2021 secara rasminya pengenalan bagi barisan pemain bagi pasukan bola sepak Sri Pahang FC dan juga pelancaran jersi yang akan digunakan dalam kancah Liga Super untuk musim 2021 Jika dulu Pahang FA kini Sri Pahang FC katanya se...
Betul Ke Minyak Zaitun Syria Dan Palestin Sesuai Untuk Memasak

Betul Ke Minyak Zaitun Syria Dan Palestin Sesuai Untuk Memasak

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 444 hits
Bila bercakap tentang kesihatan kakak sangat menitik beratkan soal kandungan makanan tersebut dari awal pembikinan sehinggalah apa khasiat makanan tersebut untuk badan kakak Al maklum lah Dah jadi ibu ni macam macam perkara kena ambil tahu ...
Memasak Untuk Keluarga Lebih Bernilai Daripada Permata

Memasak Untuk Keluarga Lebih Bernilai Daripada Permata

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 362 hits
Waktu Perintah Kawalan Pergerakan merupakan waktu terbaik untuk berbakti kepada keluarga Anda pasti mempunyai banyak peluang untuk memasak buat keluarga tersayang di rumah Maka tidak perlulah keluar semata mata untuk makan bersama sama Masa...
Hiburan Jarang Muat Naik Video Memasak Seperti Kebiasaan Fasha Sandha Jawab Persoalan Peminat Di Instagram

Hiburan Jarang Muat Naik Video Memasak Seperti Kebiasaan Fasha Sandha Jawab Persoalan Peminat Di Instagram

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 313 hits
Setiap tindak tanduk serta aktiviti yang dilakukan selebriti pasti akan mendapat perhatian pengikut dan peminat dan ianya turut dialami oleh pelakon Fasha Sandha ketika ini Sumber Instagram Fasha Sandha Ini berikutan dia kini sudah jarang b...
Tefal Induction Cooker Mudah Memasak Dimana Sahaja Gadget Rumah

Tefal Induction Cooker Mudah Memasak Dimana Sahaja Gadget Rumah

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 432 hits
Steamboat Grill sekarang di rumah je guna induction cooker Puas juju baca review sana sini tau kisah induction cooker mana yang terbaik Rata rata aku bacalah ramai beli brand Tefal ada juga brand lain itu pun bergantung kepada bajet masing ...
Majlis Presiden Ph Kecam Agensi Kerajaan Digunakan Sebagai Senjata Politik

Majlis Presiden Ph Kecam Agensi Kerajaan Digunakan Sebagai Senjata Politik

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras kerasnya penyalahgunaan agensi agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional Menerusi ...
Dron Digunakan Untuk Menghantar Vaksin Covid 19 Di Ghana

Dron Digunakan Untuk Menghantar Vaksin Covid 19 Di Ghana

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 232 hits
Potensi dron sebenarnya lebih menyerlah dalam penghantaran barangan berbanding teksi terbang Maka tidak mengejutkan antara syarikat yang paling aktif membangunkan dron tersendiri adalah Amazon dan DHL Dengan dron bungkusan dapat dihantar de...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri