Tefal Induction Cooker Mudah Memasak Dimana Sahaja Gadget Rumah
Steamboat & Grill sekarang di rumah je guna induction cooker !
Puas juju baca review sana, sini tau kisah induction cooker mana yang terbaik. Rata-rata aku bacalah ramai beli brand Tefal, ada juga brand lain itu pun bergantung kepada bajet masing-masing dan keupayaan produk berkenaan.
Jadi tanpa membuang masa, tergerak hati nak baca review pembeli-pembeli sebelum ini yang pernah beli. Agak memberansangkan! Maka aku pilih jenama Tefal Induction Cooker.
Nak tahu kenapa aku pilih jenama ini?
Sebabnya ia ada warranty 2 tahun dan aku tengok mat salleh luar negara pun suka guna jenama Tefal Induction Cooker melalui pinterest dan instagram boleh klik👉 SINI
Macam-macam jenis resipi mereka masak guna induction cooker ni tau sebab jenis mudah alih dan dimana-mana sahaja kita boleh memasak.
Order semalam, hari ini sampai. Cepat sungguh! Ini setahun yang lepas, aku masih simpan gambar sebab kalau okey aku memang niat nak kongsi di blog.
Tujuan utama aku beli set induction cooker banyak sebab:Gas dapur habis - senang ada second opinion, tengah memasak gas dapur habis boleh sambung masak atas induction cooker. On elektrik selesai masalah.Steamboat & Grill dalam rumah mahupun di homestay - kalau buat family day, mahupun keluarga kecil nak steamboat dan grill senang dah boleh makan ala-ala steamboat di meja makan terus. Tak payah berasak di tempat awam. Jimat ruang - tak perlu buat dapur khas untuk portable induction cooker. Asalkan ada plug elektrik, situ juga boleh memasak. Walaupun bersila tau! Best!
Kelebihan induction cooker selama setahun guna sejak Mac 2020 - Mac 2021:Cepat panas - beza sangat dengan masak atas gas. Induction sangat cepat panas. Sebab itu hasil masakan sekata.Kuah atau minyak masakan kurang merecik - masakan kurang merecik ke luar atau dinding. Juju perasan setiap kali goreng ikan atau ayam guna suhu medium minyak kurang merecik keluar, begitu juga masakan seperti sambal atau lain.Butang senang difahami - nak mengoreng tekan butang (frying), nak buat sup atau masakan berkuah tekan butang (soup) dan butang lain-lain pun senang. Aras suhu - boleh laras suhu mengikut kesukaan, kalau nak perlahan tekan butang (-), nak suhu kuat tekan butang (+).Anak kecil boleh belajar memasak - ya anak juju 9 tahun, boleh memasak di atas meja makan mengikut ketinggian dia. Tolong kacau bahan pun kira anak kecil boleh memasak juga kan hahaha. Selamat - sebab tak ada api gas, jadi memang tak nampak api dapur. Kebarangkalian nak terbakar tu rendah induction cooker hanya akan berfungsi bila ada periuk induction khas diatasnya. Mudah di simpan - juju simpan di bawah dapur rumah je, nipis dan tak banyak guna ruang. Bila-bila nak capai pun mudah sebab tak berat.Boleh bawa ke mana sahaja - katalah jiran tetangga nak buat piknik depan rumah, nak masak di luar, nak panaskan lauk, nak apa sahaja acara induction cooker sangat memudahkan kita. Child lock - kalau ada anak bawah umur, gadget ini ada fungsi child lock. Boleh baca macam mana nak lock di buku keterangan produk. Memasak dengan penuh gaya - ya, dah la cantik lepas tu menyuntik semangat kekeluargaan tau untuk anjur macam-macam aktiviti di masa akan datang. Heart of family food equipment.
Kelebihan lain, produk ni ada warranty 2 tahun. Yes!
Dah lama wishlist sejak 3 tahun lepas. Dulu masa mula keluar kemain mahal RM500 ke RM600 lebih satu ni.
Sekarang? Dah murah sikit tau asbab dari rezeki bersabar. Juju tak suka kejar up to date gadget dapur sebab tau mahal ooo.
Juju kejar penjimatan, kesabaran, baca survey sampai pening, baca pro & cons sesuatu brand dan paling penting ada guarantee dan kualiti wpun dah terlepas beberapa tahun. Baru beli. Happy gila!
Ada satu brand tu hampir dah nak beli sekali baca customer dulu cakap tak ada fungsi child lock. Yang ini ada.
Periuk atas tu foc. Bukan kualiti cikai, berat dan utuh periuk tu. Free weh! Terus unboxing, ini dia #TefalInductionHob.
Perasaan tu macam kalah dapat gelang mas tau tak, iyerrrr syukur sgt kumpul hasil titik peluh.
Elegan betul dimata juju haha
Hero-hero juju dah tak sabar nak steamboat. Sebenarnya macam-macam boleh buat dengan ada Tefal induction hob ni tau.
Boleh feeling makan kt restoren steamboat, stir fry, stew, dan banyak lagi wehuuu. Kini tong gas habis bukan masalah. Rezeki #PKP 🏻
Mari scroll dan lihat produk ini secara dekat.
Tak baca buku keterangan produk pun korang boleh faham macam mana nak guna sekali pandang betul tak? Juju baca yang penting je dalam buku tu
Tadaaaa, semangat nak steamboat you ols, kemain suami borong habis barang-barang steamboat hahaha.
Letak kat meja makan je, posing cantik pula tu. Syok
Nak tengok juju unboxing klik Youtube sini ↘️Dari 5 bintang, juju beri 5 bintang plus ++ hehe, iyer sebab dah setahun guna puas hati. Itu yang juju rasa yakin nak kongsi. Kalau tak dapat rupa macam diatas, tengok induction yang terkini pun banyak dah ada stok. Boleh beli sebab Tefal di yakini ramai.
Ni link rasmi juju beli klik👉 - SINI
Selamat memasak dengan penuh gaya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2021/03/tefal-induction-cooker-mudah-memasak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29