Majlis Presiden Ph Kecam Agensi Kerajaan Digunakan Sebagai Senjata Politik

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden  Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi  kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli  Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menerusi  satu kenyataan media, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa  terdapat siri tindakan daripada agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis  Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain memberi tekanan terhadap  Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, pegawai-pegawai malah ahli keluarga  mereka
"Pada  waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan  bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan  sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  
"Dari  segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum  dan undang-undang. Tetapi sebarang penyalahgunaan institusi atau agensi  dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh  politik langsung tidak boleh diterima," jelas kenyataan itu
Malah,  jelas Pakatan Harapan, tindakan itu dipercayai telah dilakukan terhadap  ramai Ahli Parlimen Pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan isteri, Larry  Sng, Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap Datuk Dr  Xavier Jayakumar
"Pakatan Harapan  mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi  lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan  kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini
"Pertandingan  politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan  amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan
"Pakatan  Harapan juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan  dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta juga  pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian  berkurangan," jelas kenyataan itu lagi
Justeru,  tindakan memeras perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi juga  harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan  menjejaskan pekerjaan
Kenyataan bersama  itu dikeluarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar  Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada Jumaat
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]  
   
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2021/03/majlis-presiden-ph-kecam-agensi.html