Betul Ke Minyak Zaitun Syria Dan Palestin Sesuai Untuk Memasak
Bila bercakap tentang kesihatan, kakak sangat menitik beratkan soal kandungan makanan tersebut dari awal pembikinan sehinggalah apa khasiat makanan tersebut untuk badan kakak. Al maklum lah. Dah jadi ibu ni macam-macam perkara kena ambil tahu dan salah satunya minyak yang kakak gunakan untuk memasak.
Untuk tujuan menggoreng sayur, membakar protein dan dalam penyediaan salad – Kakak menggunakan minyak zaitun untuk memastikan hanya lemak baik yang masuk dalam badan dan membentuk sel-sel sihat untuk badan anak-anak.
APA FUNGSI MINYAK ZAITUN UNTUK KESIHATAN TUBUH BADAN ?
Kalau korang nak tau, minyak zaitun merupakan lemak perahan buah zaitun ( Olea Europaea ) yang mana pokok zaitun tersebut merupakan tanaman tradisional di sekitar Mediterranean. Disebabkan minyak zaitun mengandungi khasiat baik dan sangat membantu merawat masalah-masalah kesihatan ; Ia banyak digunakan dalam bidang perubatan, kosmetik dan kecantikan, pembuatan sabun dan juga bahan penting untuk memasak.
Dikutip dari buku berjudul ‘Sains dalam Al-Quran’ oleh Dr. Nadiah Thayyarah ada mencatat sabda Rasulullah tentang buah zaitun yang berbunyi :
"Makanlah buah zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak, karena ia tumbuh dari pohon yang diberkahi." ( HR. Ahmad dan Tirmidzi ).
Pokok zaitun yang mempunyai ketinggian lebih kurang 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap biasanya boleh dijumpai di negara-negara Timur Tengah seperti Syria, Palestin, Mesir, Mekah, Madinah, Medeterranean, Spanyol, Turki dan Morocco. Buah zaitun bukan setakat imempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tetapi ia juga merupakan pohon yang diberkati berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nuur ayat 35.
“Dinyalakan ( dengan minyak ) dari sebuah pohon yang diberkahi, (yaitu) zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timurnya dan tidak pula disebelah baratnya, hampir-hampir minyaknya saja menerangi walaupun tidak disentuh api.” ( An-Nuur : 35 )
Ya !! Setiap hari, badan kita memerlukan lemak untuk membentuk dinding sel dalam tubuh badan kita dan ia juga memainkan peranan penting untuk memastikan sel dalam badan mampu menyerap zat-zat makanan yang baik, menyokong kelikatan dalam darah, menyembuhkan luka dan juga membantu tubuh menerima vitamin A, D, E dan K dengan sempurna.
Tapi bukan LEMAK JAHAT yang kakak maksudkan tau. Seeloknya biarlah badan kita menerima UNSATURATES FATS ( Lemak Tidak Tepu ) supaya mudah dicernakan dan dapat membantu meningkatkan sistem imun dalam badan. Buat pengetahuan korang, minyak zaitun sangat istimewa kerana ia mengandungi antioksidan yang dapat mencegah dari oksidasi yang menjurus kepada pelbagai jenis penyakit. Dari pembacaan kakak dan juga melalui beberapa rujukan, minyak zaitun terbahagi kepada beberapa kelas iaitu :
Extra Virgin Olive Oil ( EVOO )
Berwarna sedikit kehijauan melambangkan EVOO mengandungi nutrisi yang sangat tinggi. Kebiasaannya ia diperbuat dengan teknik cold press dari buah zaitun yang terbaik. Tidak sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng makanan, ia hanya sesuai dijadikan dressing makanan seperti sapuan diatas pizza, steak dan juga salad.
Virgin Olive Oil ( VOO )
Dikatakan hanya sesuai untuk dijadikan dressing makanan ataupun untuk dimakan terus, VOO merupakan minyak zaitun yang mengandungi keseluruhan zat buah zaitun untuk kesihatan tubuh badan. Kurang sesuai untuk dijadikan minyak masak sebaliknya tukang masak boleh gunakan VOO sebagai dressing makanan.
Percik percik kat makanan gittew—
Light Olive Oil
Diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dengan kualiti rendah, ia masih sangat sesuai digunakan untuk memasak. Mampu memberi aroma Mediterranean untuk setiap masakan – Ia tetap bagus untuk mereka yang sangat mementingkan kesihatan melalui pemakanan yang diambil.
Extra Light Olive Oil
Sesuai lah kalau korang memang seorang yang sangat suka kan makanan yang dimasak menggunakan kaedah deep fry. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk memasak apa sahaja pada suhu sekitar 220 degrees. Berbanding minyak zaitun lain, Extra Light Olive Oil ni lebih sihat dan dapat mengurangkan kolesterol jahat dalam badan.
Classico Olive Oil
Berwarna sedikit kekuningan dan sangat sesuai untuk kakak yang tengah diet ni. Hee~ Clasicco biasanya digunakan untuk menggoreng, menumins dan memanggang sehingga suhu 200 degrees, ia juga selalu digunakan sebagai dressing makanan. Rasa yang natural dan lembut, ia bukan sahaja sesuai untuk memasak tapi boleh je nak makan terus.
Hanya yang membezakan jenis-jenis tersebut adalah bagaimana ia diproses dan apa kandungan yang terkandung dalam jenis minyak zaitun tersebut.
Kalau tanya kakak berapa kerapnya kakak menggunakan minyak zaitun sebagai bahan masakan, YA !! Hampir setiap hari setiap kali kakak menumis sayur dan juga menyediakan menu untuk diet. Badan nak pakai lama, kan ? Bukan sahaja mementingkan kecantikan luaran tetapi penjagaan kesihatan dalaman juga memainkan peranan penting.
Memilih minyak zaitun yang terbaik dan sesuai untuk kegunaan harian, sudah tentunya Berkat Madinah banyak membantu kakak. Ada plebagai jenis minyak zaitun yang sesuai untuk kegunaan harian. Dari nak makan terus ataupun nak gunakan untuk menggoreng – ADA !! Kalau malas nak singgah kedai fizikal, Berkat Madinah juga menyediakan pasar online untuk pembeli membuat pembelian.
Mudah kan ?
Untuk penghantaran segera sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur boleh terus ke - delivery.madinah.com.my
Dan !!
Penghantaran ke seluruh Malaysia - shop.madinah.com.my
Berkat Madinah Arabic Food Supplier17 & 18 - L1, Jalan Ampang Putra 6,Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang,Selangor Darul Ehsan
011-1111 3442
Berkat Madinah Shah AlamBerkat Madinah, Seksyen U12:No. 46, Jln Pegaga C U12/C,Desa Alam, Seksyen U12,40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Berkat Madinah KajangGround Floor, Unit No. PA-S-17,PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan.
SHOPEE BERKAT MADINAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2021/03/betul-ke-minyak-zaitun-syria-dan.html