5 Fakta Menarik Tentang Jin




Allah swt memberikan kelebihan tertentu kepada jin dan syaitan sebagai ujian kepada kita umat manusia.  Bahkan kita tahu bahawa datok manusia pun, Adam dan Hawa telah diperdayakan oleh Iblis, apatah lagi kita manusia biasa. Jadi kita perlu berhati-hati terhadap syaitan.

 

Allah swt dari awal lagi telah memberi amaran bahawa; “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya menjadi penduduk neraka.” - [Al-Fathir:6].

 

Nabi SAW pun dalam kehidupan seharian mengajar kita sunnah-sunnah yang mana terang-terangan supaya kita memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan ini.


 

Menurut Syeikh Badruddin bin Abdullah as-Syibly dalam kitabnya berjudul ‘Ajaib wa Gharaib al-Jin, mengungkapkan fakta-fakta tentang bangsa Jin.
Berikut ini 5 fakta tentang jin yang dikatakan oleh Syeikh Badruddin:

 


1. Bilakah jin diciptakan?

Syeikh Badruddin mengutip pendapat tokoh salaf, diantaranya Abdullah bin Amr bin al-Ash, dia mengatakan Allah menciptakan jin 2000 tahun sebelum menciptakan Adam dan keturunannya. Jin didaulat tinggal dan mengurus bumi, sedangkan para malaikat, menghuni langit dengan kualiti iman dan amal saleh yang jauh di atas bangsa Jin.

 




2. Jin dapat melihat manusia

Jika manusia tercipta dari pati tanah, bangsa jin tercipta dari api neraka. Menurut Qadi Abd al-Jabbar, argumentasi atas fakta ini sangat tekstual. Ini merujuk antara lain surah al-Hijr ayat ke-27 dan surah ar-Rahman ayat ke-15.

 

Oleh sebab itulah, fizikal jin sangat halus dan transperansi, tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Mereka melihat manusia, tetapi manusia tidak dapat mengindera mereka secara umum.

 

3. Jin mampu berubah wujud

Jin mempunyai kemampuan menjelma dan mengubah dirinya dalam bentuk makhluk nyata, seperti binatang atau bahkan manusia.

 

Ini seperti yang pernah terjadi ketika jin dengan jenis syaitan menjelma menjadi Suraqah bin Malik bin Ja’syam lalu mendatangi kafir Quraisy, ketika mereka tengah bermusyawarah untuk terjun dalam Perang Badar. Peristiwa tersebut terakam dalam Alquran surah al-Anfal ayat ke-48.

 



“Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan: "Tidak ada seorang manusiapun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini, dan sesungguhnya saya ini adalah pelindungmu". Tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling melihat (berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata: "Sesungguhnya saya berlepas diri daripada kamu, sesungguhnya saya dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat; sesungguhnya saya takut kepada Allah, dan Allah sangat keras siksa-Nya.”

 

4. Aktiviti jin hampir sama dengan manusia

Aktiviti jin, pada dasarnya serupa dengan manusia. Mereka makan, minum, tidur, dan beranak-pinak. Kendati para ulama tidak satu pendapat, mengenai apa jenis makanan mereka. Ada yang mengatakan di antara makanan jin adalah segala hal yang tidak disembelih dengan asma Allah.




Ada pula yang mengatakan makanan kegemaran jin adalah tulang belulang. Berbeza dengan manusia, dan tuntunan yang diajarkan Rasulullah SAW, bangsa jin makan dan minum menggunakan tangan kiri. Sementara kita, umat Islam diajarkan menggunakan tangan kanan untuk kedua aktiviti tersebut.

 

Persamaan tersebut bukan hanya soal keperluan biologis sehari-hari, tetapi soal aspek ritual, pada dasarnya bangsa jin juga mendapat perintah yang sama iaitu beribadah kepada Allah SWT, seperti manusia. Mereka juga mendapat perintah dan larangan. (QS al-Jin [72]: 1-2).

 

5. Jin takut kepada manusia 
Imam Mujahid bin Jabir pernah berpesan ketika seseorang melihat bangsa jin (syaitan, memedi, makhluk halus, dan lain-lain), janganlah lari tunggang-langgang yang membuat diri sendiri trauma tetapi hadapilah dengan berani, dia akan pergi sendiri,” pesannya. [Pelbagai sumber, 
republika.co.id]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2021/08/5-fakta-menarik-tentang-jin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Oppa Jadi Buruan Netizen China Ini 4 Fakta Tentang Welson Sim Yang Patut Kamu Tahu

Oppa Jadi Buruan Netizen China Ini 4 Fakta Tentang Welson Sim Yang Patut Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 382 hits
Tutup separuh wajah dengan mask pun orang boleh agak betapa tampannya oppa dari Malaysia ini Kalau kamu nak tahu individu tersebut ialah Welson Sim iaitu atlet perenang Malaysia
5 Fakta Menarik Seputar Masjid Agung Demak Yang Nggak Banyak Orang Tahu

5 Fakta Menarik Seputar Masjid Agung Demak Yang Nggak Banyak Orang Tahu

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 295 hits
Masjid Agung Demak ini punya sejarah yang panjang dalam penyebaran agama islam di Indonesia
Hanif Bin Idrus Positif Covid 19 Segala Anda Perlu Tahu Tentang Prosedur Covid 19

Hanif Bin Idrus Positif Covid 19 Segala Anda Perlu Tahu Tentang Prosedur Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 304 hits
Tempoh hari saya ada membuat SWB TEST RTK dan melalui penilaian pertama saya didapati positif Sebenarnya badan ini mula tak selesa iaitu batuk batuk dan bila batuk kepala pening Dada ni rasa macam dihimpit atau berat dan sendi sendi satu ba...
Sebab Apa Sarawak Report Tak Mahu Cerita Tentang Ini

Sebab Apa Sarawak Report Tak Mahu Cerita Tentang Ini

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 132 hits
Greensill David Cameron made 10m before company s collapse David Cameron made about 10m from Greensill Capital before the finance company collapsed documents obtained by BBC Panorama suggest The documents indicate the former prime minister ...
Cerita Kartun Tentang Sd

Cerita Kartun Tentang Sd

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 248 hits
SD TARIK SOKONGAN KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL Macam Cerita Kartun Mula mula Zahid Hamidi hantar SD 8 orang Ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Kerajaan PN kepada YDP Agong melalui Speaker Dewan Rakyat Ingatkan Zahid dapat meng...
Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

Belajar Tentang Kekuatan Hati Daripada Kisah Nabi Musa

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 740 hits
Apabila disebut tentang Nabi Musa pasti kita akan mula membayangkan situasi laut terbelah dan bala tentera Firaun mengejar rombongan Nabi Musa daripada belakang Atau kisah tentang tongkat yang bertukar menjadi ular Namun di sebalik kisah te...
Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

Hiburan Allah Terlalu Sayangkan Ibu Netizen Sebak Lihat Shuib Beritahu Anak Tentang Pemergian Siti Sarah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 287 hits
Setelah sehari pemergian Siti Sarah Raissuddin Shuib Sepahtu terus mengingati arwah isterinya itu dengan memuat naik pelbagai video ingatan di laman media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMalah lelaki itu turut berkongsi momen dia memb...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Uitm Ijn Gave Assurance On Surgery Course S Diversity Say Foreign Advisers

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


888 888 Pg 27 July 24 Slot888 Top 73 By Laurence 888 Gaojing888 Vip

4 Jul 2024 100 Top 20 By Adam Funny18 Win

Minat Sejak Sekolah Namun Tak Berpeluang Ke Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana

Aktiviti Majlis Sambutan Hari Raya Pptmn Ppim 11 05 2024

Hari Ibu 2024 Contoh Ucapan Hari Ibu Hadis Berkenaan Ibu

Teks Bacaan Surah Al Mulk Pdf Dan Kelebihan Baca Surah Al Mulk