5 Cara Mudah Hilangkan Kutu Beras Boleh Cuba
Biasa tak korang alami masalah kutu beras atau bubuk yang suka sangat duduk dalam tempat penyimpanan beras
Kalau ada tu, biasanya korang guna tips, cara atau petua apa untuk hilangkan kutu beras? Agak-agak sama tak dengan sis? Nak tahu, sila baca sampai habis ya!
Sejak zaman bujang, sewaktu tinggal menyewa bersama kengkawan sis memang ikut petua yang emak sis guna untuk mengatasi masalah kutu beras nie. Memang menjadi!!
Cuma, time kecik-kecik dulu, bila nampak mak letak ‘menda-menda’ tu dalam beras, timbul jugalah rasa keraguan tu. Rasa nak tergelak pun ada… Mak nie macam-macam laa… Huhhuu…
Sekali, bila dah besor panjang… baru tau.. baru percaya yang petua hilangkan kutu beras yang biasa mak gunakan dulu tu boleh digunakan. Sudahnya sampai dah beranak pinak pun sis masih mempraktikan cara buang kutu beras ataupun bubuk tu.
Bagi yang belum tahu cara hilangkan kutu beras, boleh cuba petua ataupun tips nih ya. Mana tahu, kot-kot serasi pulak dengan korang.
5 Cara Hilangkan Kutu Beras:
1. Jemur Beras
Letakkan beras dalam dulang atau bekas yang terbuka penutupnya dan jemurlah di bawah cahaya matahari yang panas terik
Secara tak langsung, setelah beberapa jam kutu beras tadi akan mati atau ‘cabut lari’ akibat kepanasan.
2. Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan semulajadi macam kulit kayu manis pun digunakan untuk hilangkan kutu beras. Memadai kalau korang masukkan kulit kayu manis ke dalam tempat penyimpan beras.
Bau kulit kayu manis yang menyengat akan menghalau kutu beras dengan cepat
3. Cili Kering
Petua hilangkan kutu beras dengan menggunakan cili kerap sis gunakan, selain meletakkan kulit kayu manis tu.Cara nie pun mudah, korang potong dua beberapa tangkai cili kering
Lepas tu masukkan ke dalam bekas simpanan beras korang tu. Kutu beras nie tak suka bau cili kering yang ‘pijor’, so dorang akan lari atau tak berani nak menghampiri!
Wahh… gitew!
4. Daun Pandan
Guna daun pandan pun boleh tahu untuk halau kutu beras nie. Tapi, korang kena keringkan dulu daun pandan. Simpul-simpul atau potong dua. Bila dah kering barulah masukkan ke dalam tempat penyimpanan beras. Nanti korang boleh tengok, kutu-kutu tu cabut lari!!
5. Daun Limau Purut
Bahan semulajadi menggunakan daun limau purut pun boleh korang untuk menghalau kutu beras tau. Maybe aroma daun limau purut yang semacam tu membuatkan kutu beras tak betah untuk terus bertahan dalam tempat simpanan beras tu. Semuanya nak cabut lari!!
Caranya pun mudah, korang hanya perlu masukkan beberapa helai daun limau purut yang telah dicuci bersih ke dalam tempat simpanan beras.
Haaa… itulah 5 cara hilangkan kutu beras yang biasa emak sis gunakan dahulu dan sis pun terikut sama sampai ke hari ini.
Selamat mencuba lah ya!
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat cerita bab kutu beras nih!
Sampai jumpa lagi. Tata!!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Kredit Foto: Google
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2021/02/5-cara-mudah-hilangkan-kutu-beras-boleh.html