Cara Mudah Renew Insurance Roadtax Kereta Secara Online Menerusi Myeg
Salam to all readers,
| Cara Mudah Renew Insurance & Roadtax Kereta Menerusi MYEG | Nak dijadikan cerita bulan 12 haritu aku sempatlah menghabiskan cuti aku dikampung, mak aku hari-hari duk pesan jangan lupa bayar roadtax kereta bulan depan. Bulan depan mean bulan 1, 2021 la kan? Awal bulan dah pikir dah bulan ni kena jimat apa semua nak kena macam-macam benda. Kebetulan roomate aku kerja Etiqa sajalah aku tanya macam mana nak bayar, katanya kena bayar insurance dahulu baru boleh buat roadtax. Mak aku buat aku salah faham, dia suruh aku pergi bayar roadtax je tak cakap pun perihal insurance. Aku mana tahu sangat, sekarang baru belajar untuk ambil tahu memandangkan dah kereta. Kang aku tak bayar, susah pula mak aku nak bawa kereta cari barang.
Roomate aku kata nak continue insurance dengan Etiqa boleh tapi roadtax kena buat tempat lain sebab dekat tempat dia dah habis. So, dia gak cadangkan try tengok dekat MYEG boleh bandingkan harga dengan lain-lain, sekaligus buat roadtax siap terus sampai ke rumah. Ikutkan banyak dah portal kemudahan untuk kita semua bayar insurance dan roadtax kereta. Ini kali pertama juga aku guna MYEG, portal ini bagi kemudahan korang untuk renew insurance kereta, motor, renew roadtax termasuklah boleh check saman koma buat. hahaha.. Jom aku tunjuk step by step untuk renew insurance, renew roadtax termasuk penghantaran ke rumah. Entry ini kali ini panjang sikit, nak tahu kenalah baca. Jom ikuti cara mudah bayar insurance dan roadtax kereta secara online menerusi MYEG.
CARA MUDAH RENEW INSURANCE KERETA SECARA ONLINE MENERUSI MYEG
Benda utama kena buat sebelum renew roadtax, korang perlu renew insurance kereta terlebih dahulu. Kalau tak renew insurance tak dapatlah nak buat roadtax.
1) Pergi ke portal MYEG: https://www.myeg.com.my/
2) Sekiranya tiada akaun lagi, boleh sign up terlebih dahulu. Dah sign up?
3) Klik pada pautan "PERKHIDMATAN"
4) Seterusnya, klik pada pautan 'PEMBAHARUI AUTO INSURANCE (KERETA)
5) Selepas tu, dia akan pop up portal seperti gambar di bawah;
6) Jangan risau betul dah tu, teruskan dengan klik pada pautan "Compare Now" Dia akan keluar seperti gambar dibawah. Korang key in no plat kereta korang. Dia nak scan data. Dah masukkan no. plat, klik pada button "NEXT"
7) Dia akan paparkan quotation insurance yang available. Ini semua basic harga yang belum final price. So korang boleh pilih dulu. Dah siap membuat pilihan klik pada pautan "Buy Now"
8) Akan keluar paparan seperti dibawah, korang kena lengkap apa yang dia minta. Had bawah ini elemen additional yang korang nak tambah dalam insurance. Kalau taknak boleh untick semula. Dah siap tick make sure korang tekan pada pautan "UPDATE PREMIUM". Nanti akan keluar total harga sebenar korang kena bayar. Had awal-awal tadi bebanyak tu semua adalah basic sahaja. Bawah ini additional dia kalau korang nak just tick.
9) Tiba-tiba dia mention roadtax habis pula. Takpe aku teruskan juga dengan pembelian insurance kereta ini. Dah setuju just klik next sahaja
10) Korang boleh pilih samaada nak bayar guna kad kredit ataupun payment using FPX. Aku guna FPX je la senang, macam-macam bank boleh pilih. Makesure duit dalam akaun ada duitlah baru boleh bayar
11) Yeah selesai bayar insurance kereta. Jangan lupa simpan slip pembayaran dan slip insurance ini. Jangan main sign out je
Selesai bayar insurance aku continue dengan bayar roadtax. Sekarang korang pergilah mana-mana ibu pejabat secara walk in memang kena halaulah kalau tak buat appointment. Pada anak muda beli celik IT ini tolonglah mana yang patut untuk mak ayah korang semua yang tak berapa reti dengan gadget. Kadang-kadang kesian juga tengok depa tergetar-getar nak scan MySejahtera. Ini kan pula nak bayar bill, roadtax, semua online. Aku duduk KL naik public transport sahaja, mak aku duduk kampung tahu drive, so kalau aku tak renew nanti dia pula yang susah nanti. Dah renew senang, mudahkan kerja dia kesana ke mari.
Banyak pula aku bebelan aku. So selesai renew insurance jom continue dengan roadtax kereta.
CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA SECARA ONLINE MENERUSI MYEG
Harga roadtax kereta sama je setiap tahun, korang boleh tengok dekat pelekat roadtax tersebut ada dinyatakan RMXX. Korang juga boleh buat pilihan sama ada nak continue 6 bulan/ 12 bulan. Pada aku terus jerlah 12 bulan, ingat ada masa nak buka 6 bulan 6 bulan continue.
1) Langkah pertama Log in akaun di: https://www.myeg.com.my/
2) Klik pada ikon JPJ
3) Ikuti dengan klik pada gambar kotak warna kuning
4) Teruskan dengan klik gambar kuning
5) Isikan butiran yang dikehendaki, seperti nama, no kereta, contact number, alamat rumah. Korang boleh tick sama ada roadtax nak dipos ke tidak. So alang-alang buat online ini aku guna service penghantaran ke rumah. PKP ini baik duduk rumah
6) Jangan lupa klik button Agree, dan masukkan captha di bawah dengan betul. Dah check maklumat diisi dengan betul boleh buat payment.
7) Selesai buat payment jangan lupa simpan slip pembayaran. Apa-apa jadi boleh trace balik. Aku bayar 26/1/2021. MYEG dah bagi notis penghantaran akan start pada 1/2/2021 nanti. So kena tunggu next week la baru sampai ke rumah
Bila aku dah siap bayar semua, aku baru perasanlah, roadtax aku mati bukan bulan 1, tapi bulan 2. Aku bukan buat awal seminggu, rupanya awal sebulan. Betapa efisyen nya aku kan bab bayar hutang ini? Punya cuaklah kalut bayar lambat. Aku cakap dengan mak aku dah siap bayar semua lepas tu dia boleh cakap memang mak ingatkan ko awal sebulan takut tak bayar. Wahhhhhhhh habis dah gaji aku bulan ini.
K jomlah mereput bersama-sama sambil layan Netflix. Ikutkan banyak lagi korang boleh bayar roadtax, Tapi MYEG ini bagi aku senang nak follow and check balik status dan semakan semua, nanti dah boring nanti aku try yang lain pula
Thank you for reading
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2021/01/cara-mudah-renew-insurance-roadtax.html