5 Cara Bagaimana Huawei Smart Life Dapat Meningkatkan Lagi Produktiviti Harian Anda
Pada era yang semakin canggih kini, hampir kesemua proses dalam kehidupan seharian kita melibatkan teknologi. Hal ini adalah kerana masing-masing mencari jalan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluan dalam menjalani kehidupan yang lebih selesa dan cepat dengan bantuan teknologi terkini. Dan jika sebelum ini, teknologi telefon pintar merupakan salah satu inovasi yang mengembangkan dunia teknologi, mungkin selepas ini akan wujud satu ekosistem bagi peranti-peranti pintar untuk bergabung dan menyokong sesama sendiri bagi meningkatkan lagi sistem komunikasi antara semua pihak.
HUAWEI, antara jenama pengeluar telefon pintar yang terkenal, kini sudahpun hadir dengan ekosistem untuk peranti-peranti pintar mereka tersendiri. Dengan adanya ekosistem tersendiri ini, ia sedikit sebanyak akan memudahkan komunikasi antara para pengguna sekaligus meningkatkan lagi produktiviti harian kita. Antara peranti-peranti yang telah dilancarkan dibawah ekosistem HUAWEI adalah komputer riba, telefon pintar, fon telinga, dan juga jam tangan pintar.
Proses Pemindahan Fail Yang Sangat Mudah Melalui Fungsi “One Tap to Share”
Sekarang, kebanyakkan telefon pintar memerlukan sambungan wayar apabila pemindahan fail daripada peranti ke komputer riba. Namun ia berbeza sekiranya anda memiliki telefon pintar dan komputer riba daripada HUAWEI. Hal ini adalah kerana, peranti terkini HUAWEI, iaitu telefon pintar siri HUAWEI Mate 30 dan HUAWEI MateBook 13 mempunyai fungsi “One Tap to Share”.
HUAWEI MateBook 13 ini juga mempunyai fungsi kolaborasi Multi-Screen yang membolehkan anda untuk boleh memindahkan fail tanpa sebarang sambungan wayar. Malah, proses pemindahan fail adalah lebih mudah kerana apabila HUAWEI Mate 30 Pro anda telah disambungkan pada komputer riba, skrin pada telefon pintar anda akan dipaparkan pada skrin HUAWEI MateBook 13 secara automatik. Jadi, anda hanya perlu memindahkannya dengan cara “drag and drop” sahaja. Komputer riba MateBook 13 ini juga dilengkapi dengan mod Eye Comfort yang membolehkan anda untuk melaraskan keseimbangan warna putih dengan tona warna lain bagi menjaga kesihatan mata anda.
Mampu Mempelajari Persekitaran WiFi Untuk Memberikan Sambungan Internet Yang Baik
Kecanggihan peranti peranti pintar ini tidak bermakna sekiranya ia tidak mempunyai sambungan internet yang berkelajuan tinggi. Oleh itu, penghala HUAWEI Q2 Pro dapat membantu anda untuk terus mendapatkan sambungan internet yang baik. Ia merupakan penghala individu yang berupaya untuk mempelajari dan menyesuaikan diri dengan persekitaran WiFi yang berpotensi untuk berubah setiap hari.
Penghala ini juga akan mengecam rutin yang anda sering lakukan apabila melayari internet bagi membantu anda menyelesaikan tugasan harian dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membuat perayauan internet dari luar negara kerana dengan membawa HUAWEI Q2 Pro ini, ia membantu anda untuk sentiasa disambungkan kepada internet.
Membantu Anda Untuk Sentiasa Kekal Sihat Dengan Memberi Notifikasi Kesihatan
Manakala bagi HUAWEI Watch GT 2 pula, ia dilengkapi dengan pelbagai fungsi lain yang dapat memantau prestasi kesihatan seperti rutin tidur dan juga tekanan darah. Jam tangan pintar ini juga dapat membantu anda untuk mengurangkan stress dengan memberikan beberapa cadangan untuk mengawal penafasan seperti memberi notifikasi untuk anda melakukan senaman.
HUAWEI Watch GT2 hadir dengan muka skrin bulan dengan skrin 1.39-inci AMOLED, menerima janaan cip Kirin A1, ketahanan bateri yang lama iaitu sehingga dua minggu, dan turut menyertakan sokongan GPS untuk memudahkan pemantauan aktiviti kecergasan.
Komunikasi Yang Lebih Mudah, Jelas Dan Pantas
Bukan itu sahaja, ekosistem HUAWEI ini juga turut dilengkapi dengan HUAWEI Freebuds 3. Ia merupakan sebuah fon telinga yang boleh melaraskan audio dengan sendiri setelah mengecam kekuatan bunyi di persekitaran. Ia juga dapat memberikan penyelarasan audio yang seimbang dan baik pada kedua dua telinga anda. Melalui aksesori daripada HUAWEI ini juga, ia menyokong untuk penggunaan hands-free serta dapat membuat pengecaman kata-kata dan arahan untuk mengakses aplikasi pembantu pintar mereka.
Jadi, sekiranya terdapat panggilan masuk ketika anda sedang bersenam, anda boleh menjawab terus panggilan tersebut dengan menggunakan HUAWEI Freebuds 3 ini. samaada dengan cara menggunakan aplikasi pembantu pintar atau mengawalnya menggunakan telefon pintar HUAWEI Mate 30 Pro anda.
Produktiviti Harian Semakin Meningkat Melalui HUAWEI Smart Life
Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa dengan melancarkan peranti dan aksesori yang pelbagai di bawah satu jenama, ia secara tidak langsung telah mewujudkan satu ekosistem yang menyeluruh. Begitulah yang telah dilakukan oleh HUAWEI. Dengan menggunakan ekosistem HUAWEI ini, ia sangat membantu anda dalam memudahkan lagi kehidupan seharian anda kerana kesemua peranti pintar yang anda gunakan mempunyai fungsi yang berkaitan antara satu sama lain. Hal ini sekaligus menjadikan kehidupan seharian anda menjadi lebih produktif melalui HUAWEI Smart Life.
Harga jualan untuk telefon pintar siri HUAWEI Mate 30 adalah bermula pada RM2799, manakala jam tangan HUAWEI Watch GT 2 adalah pada harga RM799 dan fon telinga nirwayar HUAWEI Freebuds 3 pula dijual pada harga RM729. Kesemua peranti pintar ini boleh didapati melalui laman rasmi HUAWEI atau pengedar pengedar rasmi mereka. Jadi, bagi anda yang berminat, bolehlah mendapatkan peranti pintar daripada HUAWEI ini dan kumpulkan kesemua peranti mereka bagi mewujudkan satu ekosistem HUAWEI yang lengkap yang dapat memudahkan sekaligus meningkatkan lagi produktiviti harian anda.
Layari : Laman Rasmi HUAWEI Untuk Maklumat Lanjut
Layari : Facebook Rasmi HUAWEI Untuk Maklumat Lanjut
Penafian: Advertorial Daripada HUAWEI Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/11/5-cara-bagaimana-huawei-smart-life.html