4u2c Biodata Ahli Lagu Famous Tarikh Konsert 2025


Bagi peminat genre rap Melayu, pastinya anda teruja dengan kemunculan semula kumpulan 4U2C yang akan berlaku pada September 2025 ini. 
Kumpulan rap ini, merupakan antara kumpulan muzik yang menjadi pelopor utama genre rap di Malaysia pada hujung tahun 90-an.
Berikut kami kongsikan dengan anda, serba sedikit maklumat berkenaan kumpulan rap ini. Baca artikel ini untuk ketahui lebih lagi tentang mereka. 
Biodata Ahli Kumpulan 4U2C 4U2C merupakan sebuah kumpulan pop rap Malaysia yang mencipta fenomena dalam industri muzik tempatan pada era 1990-an.  Ditubuhkan pada tahun 1992, kumpulan ini terdiri daripada tujuh ahli asal yang terkenal dengan gaya muzik rap dan tarian yang bertenaga, menjadikan mereka pelopor genre rap di Malaysia. 
Populariti mereka melonjak dengan lagu-lagu seperti “Fiona” dan gaya unik mereka yang menggantung cakera padat (CD) sebagai rantai di dada, menjadikan mereka ikon budaya remaja pada masa itu.
Maklumat peribadi mengenai kumpulan 4U2C seperti tarikh lahir, pasangan, dan sebagainya agak terhad. Namun pada asalnya kumpulan ini dianggotai oleh tujuh individu berbakat, iaitu:
Dato Mizal Zaini (AC Mizal) Nor Azam bin Mohamed (Azam) Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe) Mohd Fazril Harun (Adik) Razlan Ramdan (Lan) Mohd Suffian Muda (Yanz) Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin) Selepas beberapa tahun, beberapa ahli keluar, dan kumpulan ini menyaksikan kemasukan ahli baharu seperti Adiex, Aren, Charlie dan One II (Nirwan Irwan), yang telah meninggal dunia pada tahun 2019.
Sejarah Penubuhan & Trademark CD Untuk pengetahuan anda kumpulan rap 4U2C ini diasaskan oleh tiga orang ahli kumpulan ini sendiri iaitu, Dato Mizal Zaini (AC Mizal) bersama Azam dan Joe. Minat mereka dengan muzik rap menemukan mereka dengan penerbit Man Senoi dan isterinya, Ramziah Mohamed Noor.
Pertemuan tersebut menjadi titik permulaan bagi kumpulan rap ini, di mana mereka telah mengundang empat ahli baru iaitu Adik, Lan, Yanz, dan Rin untuk melengkapkan formasi kumpulan. Kejayaan kumpulan ini terus meningkat naik dengan keluarnya album pertama mereka pada Ogos 1992, yang telah terjual sebanyak 70, 000 unit.
Kemasyuran mereka dan elemen ikonik yang menjadi trademark kumpulan ini iaitu perbuatan menggantungkan CD besar di dada sebagai rantai telah menjadi simbol budaya pop pada era 1990-an. Fenomena ini telah menyumbang kepada imej unik mereka dan kekal dikenang sehingga kini.
Pada penghujung tahun 1995, kumpulan ini menghadapi pergolakan dalaman apabila ibu bapa beberapa ahli mendakwa pihak pengurusan tidak membayar gaji yang setimpal, menyebabkan perpecahan kumpulan rap ini pada tahun  1996.
Namun, buat peminat kumpulan rap ini, anda tidak perlu risau kerana baru-baru ini, Dato AC Mizal dan ahli yang lain telah mengumumkan kemunculan semula kumpulan ini dengan konsert WE 4U2C Live in Concert pada 15 September 2025 yang menjanjikan nostalgia dan tiga single baharu.
Baca juga: KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025
Senarai Album Untuk pengetahuan anda kumpulan rap 4U2C ini telah  menghasilkan beberapa album sepanjang kerjaya mereka, antaranya ialah:
4U2C (1992): Album sulung yang melambungkan nama mereka, menampilkan lagu “Fiona”, “Darling I Love U”, “Kami Rappers”, dan “Video Game”. Album ini terjual 70,000 unit menjelang 1993. Love 2CU (1993): Album mini yang mengandungi tiga lagu lama yang diadun semula dan tiga lagu baru, termasuk “1 Syawal” bersempena Aidilfitri. 2BD#1 (1994): Album kedua yang menampilkan lagu seperti “2BD#1” dan “Simfoni”, mengukuhkan kedudukan mereka dalam genre pop rap. Kembalilah Fiona (1996): Album terakhir selepas beberapa ahli asal keluar, menandakan fasa akhir kumpulan sebelum pembubaran. Mereka juga menghasilkan satu EP, menjadikan jumlah keseluruhan empat album studio dan satu EP dalam tempoh aktif mereka dari 1992 hingga 1996.
Lagu Famous 4U2C Antara lagu-lagu terkenal 4U2C yang mendapat sambutan hangat termasuk:
1 Syawal: Lagu dari album mini “Love 2CU” yang bersempena dengan Aidilfitri. Fiona: Lagu ikonik yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe, dianggap sebagai lagu trademark kumpulan ini. Lagu ini menjadi fenomena pada era 1990-an dan kekal popular sehingga kini. Darling I Love U: Lagu dari album sulung yang turut mendapat perhatian peminat. Kami Rappers: Memperkenalkan identiti rap mereka kepada pendengar. Video Game: Menggambarkan kegilaan remaja terhadap permainan arked pada masa itu. 2BD#1: Lagu dari album kedua yang menegaskan dominasi mereka dalam genre rap di Malaysia Konsert WE 4U2C Untuk peminat kumpulan rap ini, tahukah anda bahawa, kumpulan rap ini akan mengadakan kemunculan dalam konsert WE 4U2C Live in Concert yang akan berlansung pada 15 September 2025 di Idea Live Arena, 3 Damansara Mall, Petaling Jaya.
Konsert yang akan dijalankan ini, akan menampilkan ahli asal kumpulan rap ini. Dengan membawa tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bertujuan untuk menghidupkan semula kenangan era 90-an, ketika kumpulan ini menjadi pelopor genre rap di Malaysia.
Berikut merupakan harga tiket dan susunan tempat bagi konsert yang bakal berlansung pada bulan september akan datang. Tiket ini boleh mula dibeli pada 30 Jun 2025
Isu Man Senoi “Hak Cipta” Selepas beberapa hari kumpulan 4U2C mengumumkan kemunculan semula mereka pada 15 September ini, Man Senoi dan isterinya Mama Rap yang merupakan komposer utama 25 buah lagu kumpulan ini telah mendakwa mereka tidak dihubungi langsung berkenaan penganjuran konsert tersebut.
Man Senoi (Othman Masri), 72, dan Mama Rap (Ramziah Mohamed Noor), 62, menyatakan bahawa mereka sepatutnya dihubungi oleh pihak penganjur, memandangkan peranan mereka sebagai penerbit dan pemilik hak cipta, menyebabkan lagu-lagu tersebut tidak boleh dimainkan tanpa keizinan mereka.
Namun, AC Mizal dan Yanz menjelaskan bahawa semua urusan telah diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab, dan konsert akan tetap diteruskan tanpa gangguan. Mereka menegaskan fokus mereka adalah untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat.
Man Senoi & Mama Rap



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/4u2c/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=4u2c

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 176 hits
RASMIMinaz mempersembahkan dengan anjuran bersama Inteam Records dan Aplikasi Khair Jualan tiket SESI KEDUA Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun 14hb Jun 2025 hari Sabtu ini jam 12 Tengahari Layari laman rasmi Kasihkekasih com untuk pembel...
Ihtifal Ilmi 2025 Tarikh Acara Syarat Penyertaan

Ihtifal Ilmi 2025 Tarikh Acara Syarat Penyertaan

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 108 hits
Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Menengah Agama Malaysia merupakan sebuah pertandingan yang menghimpunkan pelajar pelajar terbaik dari sekolah sekolah menengah agama seluruh negara Program ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malay...
Konsert Spider Unplugged Bakal Menyengat Di Megastar Arena Kuala Lumpur 25 Okt 2025

Konsert Spider Unplugged Bakal Menyengat Di Megastar Arena Kuala Lumpur 25 Okt 2025

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 132 hits
Assalammualaikum semua Peminat Kumpulan Spider pasti tersenyum gembira kan Sebab mereka berjaya di pujuk untuk mengadakan konsert Terus menggamit nostalgia Lagu Spider yang Ruby suka sangat dengar sampai sekarang adalah Cinta Dewa Dewi Alad...
Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 191 hits
Konsert We 4U2C Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 s Flava Assalamualaikum semua Ha masih ingat dengan Kumpulan 4U2C Suatu masa dulu kumpulan 4U2C ni famous dengan lagu Fiona tau dan salah seorang ahlinya adalah Datuk AC Miz...
Belum Move On Dari Kru Kini 4u2c Pula Umum Konsert Bakal Bawa Tema Bringin Back Da 90s Flava

Belum Move On Dari Kru Kini 4u2c Pula Umum Konsert Bakal Bawa Tema Bringin Back Da 90s Flava

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 83 hits
Fenomena nostalgia boyband 90 an nampaknya belum menunjukkan tanda tanda reda Selepas kejayaan Gen KRU mencetuskan kegilaan ramai kini giliran 4U2C pula umum bakal mengadakan konsert sekaligus menguatkan lagi gelombang comeback era kegemila...
Latihan Pusat Kalam Jamaaie Daerah Kuala Selangor 2025

Latihan Pusat Kalam Jamaaie Daerah Kuala Selangor 2025

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 149 hits
SalamAlhamdulilah di beri kesempatan untuk terus berbakti Terima kasih Ya Allah 17 19 Jun 2025 SK Tambak Jawa Semoga team KJ Daerah KuSel beroleh kejayaan untuk pertandingan peringkat negeri Selangor 2025 nanti Insha Allah
Jamal Berharap Semua Pihak Hormati Keputusan Sri Pahang Fc Tidak Tanding Liga Malaysia Musim 2025 2026

Jamal Berharap Semua Pihak Hormati Keputusan Sri Pahang Fc Tidak Tanding Liga Malaysia Musim 2025 2026

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 107 hits
PETALING JAYA Legenda bola sepak Pahang Datuk Jamal Nasir berharap semua pihak dapat menghormati keputusan Sri Pahang FC untuk tidak lagi bertanding dalam Liga Malaysia pada musim 2025 2026 Pemain Pahang pada era 70an itu percaya pihak peng...
Kadar Tarif Elektrik Baru Mulai 1 Julai 2025

Kadar Tarif Elektrik Baru Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 108 hits
TERKINI Tarif Elektrik Baru bermula 1 Julai 2025 Suruhanjaya Tenaga telah mengumumkan jadual tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa bermula 1 Julai 2025 sehingga 31 Disember 2027 Menurut Suruhanjaya Tenaga 23 6 juta pengguna domestik...
Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535

Isyarat Dagangan Untuk Eur Usd Untuk 19 22 Jun 2025 Jual Di Bawah 1 1535

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 154 hits
EUR USD didagangkan sekitar 1 1474 di bawah SMA 21 bulan di bawah tekanan menurun menunjukkan pemulihan sedikit tetapi menunjukkan penurunan yang lebih rendah dalam jangka pendek Tinjauan kekal negatif untuk euro kerana kenaikan harga minya...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Paper Bowl Dengan Logo Sendiri Tingkatkan Profesionalisme Perniagaan Anda

Bentuk Jati Diri Dari Kecil Nurul Izzah Cadang Pengakap Bermula Seawal Darjah Satu

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Police Probe Mysterious Explosions In Perak District

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Momen Yang Tidak Akan Terhilang