Konsert We 4u2c Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin Back Da 90 S Flava


Konsert We 4U2C Ubati Rindu Peminat Dengan Tema Bringin’ Back Da 90’s Flava | Assalamualaikum semua.... Ha, masih ingat dengan Kumpulan 4U2C?? Suatu masa dulu kumpulan 4U2C ni famous dengan lagu Fiona tau dan salah seorang ahlinya adalah Datuk AC Mizal. Ya, sudah lama kumpulan ini menyepi dan kini 4U2C akan membuat comeback dengan mengadakan Konsert We 4U2C untuk ubati rindu peminatnya



Latar Belakang 4U2C
Mungkin ada di antara pembaca blog sis yang tidak mengenali Kumpulan 4U2C ni terutamanya golongan Gen-Z. Untuk pengetahuan korang, Kumpulan 4U2C ni mula ditubuhkan pada tahun 1992 iaitu ketika gelombang hip-hop mula memasuki arus perdana Malaysia. 

Debut album mereka bertajuk 4U2C (1993) mencuri perhatian pendengar tempatan, dengan lagu ikonik Fiona menjadi ‘signature’ mereka. Selain itu, mereka juga tuirut menghasilkan lagu-lagu seperti 2BD#1, Video Game, Kami Rappers, dan Bergema Takbir Di Pagi Raya

Kumpulan ini dicatat sebagai peneraju era hip-hop Malaysia awal sehingga berjaya memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular 1993


We 4U2C Live In Concert
Selepas sekian lama menyepi dari pentas utama, kumpulan rap legenda, 4U2C, mengumumkan bakal mengadakan konsert eksklusif yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya, Selangor pada 15 September 2025 akan datang


Hampir tiga dekad tidak membuat persembahan di pentas besar, konsert yang diberi nama WE 4U2C adalah platform terbaik buat kumpulan ini kembali membuat 'comeback' bagi mengubati kerinduan peminat

Kumpulan yang pernah mencipta fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia pada tahun 90-an dahulu kini kembali dengan tenaga baharu sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan keunikan persembahan mereka secara langsung

Mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava, konsert ini bakal menggamit memori indah gaya dekad 90-an sewaktu nama 4U2C sedang meningkat naik


Sidang Media Konsert We 4U2C
Semasa sidang media Konsert We 4U2C, salah seorang anggota kumpulan 4U2C iaitu Datuk AC Mizal ada berkongsi bahawa konsert yang dianjurkan kali ini tercetus hasil daripada idea isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan menganggap tawaran daripada pihak Juss Event Sdn. Bhd. tiba tepat pada masanya. 

“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri,”
 “Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat,”
 “Saya dan ahli kumpulan lain janji akan memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir pada malam konsert itu nanti,” ~ Datuk AC Mizal, anggota Kumpulan 4U2C ~

Bukan mahu mencipta sejarah, sebaliknya objektif kumpulan ini adalah untuk menjadi trendsetter buat penyanyi mahupun kumpulan muzik lain. Menurut Datuk AC Mizal, Malaysia mempunyai ramai penyanyi berbakat dan berkualiti, jadi konsert 4U2C ini akan menjadi momen untuk membuktikan perkara tersebut

 “Kami bukan nak cipta sejarah baharu, sebaliknya objektif kami adalah untuk jadi trendsetter dengan kembalikan sejarah dahulu.Inilah peluang untuk kami comeback, bukan untuk terus berada dalam pasaran cuma nak tunjuk yang kami boleh jadi trendsetter,”
“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari, jadi untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama,”
 “Kita nak tunjuk dalam Malaysia ini sebenarnya memang ada artis yang berkualiti dan bukan sekadar menyanyi semata-mata namun boleh menghiburkan,”~ Datuk AC Mizal, anggota Kumpulan 4U2C ~


Pelancaran 3 Buah Single Baharu
Sementara itu, AC memberitahu kumpulan 4U2C juga akan melancarkan tiga buah single baharu untuk tahun ini. Malah, AC berkata, lagu-lagu yang dikeluarkan akan menampilkan sisi baharu kumpulan itu yang seiring dengan peredaran zaman
“Memang kita akan lancarkan tiga lagu baharu iaitu satu genre balada manakala lagi dua lagu yang rancak mengikut peredaran muzik masa kini,”
 “Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” ~ Datuk AC Mizal, anggota Kumpulan 4U2C ~

Bukan sekadar sebuah persembahan muzik, konsert We 4U2C ini juga dilihat sebagai satu penghargaan kepada legasi yang ditinggalkan mereka dalam landskap muzik di Malaysia. Selain AC, 4U2C mempunyai enam ahli lain iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam. Dengan gubahan yang lebih segar, visual moden dan penceritaan perjalanan seni mereka , konsert ini dijangka menjadi satu lagi fenomena yang bakal tercipta


Kerjasama Dengan Nama-Nama Besar
Sementara itu, komposer terkenal iaitu Aubrey Suwito bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengarah muzik bagi konsert WE 4U2C dengan dibantu barisan pemuzik profesional dan berpengalaman dalam industri. Aubrey memulakan perjalanan muziknya pada usia 6 tahun dan telah banyak bekerjasama dengan ramai artis ternama, hasilnya dia berjaya meraih pelbagai anugerah dan pengiktirafan dalam industri muzik


Konsert WE 4U2C yang dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. ini mendapat kepercayaan serta tajaan daripada syarikat Millennium Group. Manakala syarikat Giant Malaysia merupakan rakan kongsi bagi pengaktifan runcit serta Uncle Jack sebagai rakan rasmi bagi makanan dan minuman. 
Selain itu, konsert ini turut menerima sokongan daripada stesen radio Era, Sinar, Gegar dan Mix sebagai rakan radio rasmi, manakala Astro Gempak sebagai rakan kongsi media digital rasmi bagi membantu mempromosikan acara ini kepada khalayak

Harga Jualan Tiket Konsert WE 4U2C 
Harga tiket WE 4U2C ini bermula daripada RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona) bagi tingkat bawah

Manakala harga tiket bagi tingkat atas pula, RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite). Tiket tersebut akan mula dijual pada 30 Jun ini, melalui platform Ticket Empire dan Fantopia


Peminat digalakkan untuk mendapatkan tiket awal kerana permintaan konsert ini dijangka mendapat sambutan yang sangat tinggi

Untuk pembayaran pula, selain pembayaran melalui perbankan dalam talian, peminat juga boleh membeli tiket dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’,  menerusi Atome, Pay Later by Grab dan Shopee Pay Later


Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Juss , manakala bagi perkembangan semasa mengenai konsert boleh lawati media sosial Juss.Events di aplikasi Instagram, Facebook dan TikTok

Manakala untuk perkembangan bagi kumpulan 4U2C boleh lawati media sosial kumpulan ini di Instagram dan TikTok

 #WE4U2C #BringinBackDa90sFlava 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2025/06/konsert-we-4u2c-ubati-rindu-peminat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Move On Dari Kru Kini 4u2c Pula Umum Konsert Bakal Bawa Tema Bringin Back Da 90s Flava

Belum Move On Dari Kru Kini 4u2c Pula Umum Konsert Bakal Bawa Tema Bringin Back Da 90s Flava

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 127 hits
Fenomena nostalgia boyband 90 an nampaknya belum menunjukkan tanda tanda reda Selepas kejayaan Gen KRU mencetuskan kegilaan ramai kini giliran 4U2C pula umum bakal mengadakan konsert sekaligus menguatkan lagi gelombang comeback era kegemila...
Ac Mizal Beri Tempoh 24 Jam Kepada Ajai Berhubung Kenyataan Konsert 4u2c

Ac Mizal Beri Tempoh 24 Jam Kepada Ajai Berhubung Kenyataan Konsert 4u2c

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 153 hits
Datuk AC Mizal meminta komposer Ajai membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam susulan kenyataan berhubung status kebenaran lagu dalam konsert 4U2C AC menjelaskan bahawa pihak penganjur telah memperoleh permit rasmi daripada MACP dan meny...
Peminat Kena Scam Rugi Hampir Rm3 Ribu Untuk Tiket Konsert Blackpink

Peminat Kena Scam Rugi Hampir Rm3 Ribu Untuk Tiket Konsert Blackpink

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 163 hits
Reunion mereka setelah sekian lama peminat pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk jumpa BLACKPINK kan Artikel Berkaitan Begitu juga dengan seorang Blink dari Hong Kong yang sanggup berbelanja sehingga 850 ribu KRW untuk tiket konsert...
Sekali Lagi Peminat Hampa Tiket Konsert Inteam Sold Out Dalam Masa Sejam Je

Sekali Lagi Peminat Hampa Tiket Konsert Inteam Sold Out Dalam Masa Sejam Je

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 121 hits
Sekali lagi peminat kumpulan nasyid Inteam hampa selepas tiket konsert Kasih Kekasih Inteam 25 tahun dengan tarikh serta lokasi baharu habis terjual dalam masa satu jam saja Memang dinanti nantikan peminat kebanyakannya menunggu awal untuk ...
Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 195 hits
Belum pun pentas dibuka kumpulan nasyid popular Inteam sudah mencipta rekod tersendiri apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun yang dijadual berlangsung pada 28 September 2025 habis dijual dalam masa satu jam sahaja Perkara itu ...
Elite Kembali Menggegar Pentas Peminat Nantikan Konsert Solo

Elite Kembali Menggegar Pentas Peminat Nantikan Konsert Solo

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 110 hits
KUALA LUMPUR Kumpulan pop wanita ikonik tanah air Elite kembali menghangatkan pentas selepas sekian lama menyepi apabila tampil memukau selama empat malam berturut turut di pentas Konsert Genkru baru baru ini Persembahan bertenaga dan penuh...
Boikot Takyah Beli Peminat Kecewa Lihat Merch Untuk Konsert Jelajah Blackpink

Boikot Takyah Beli Peminat Kecewa Lihat Merch Untuk Konsert Jelajah Blackpink

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 151 hits
Tak dinafikan BLACKPINK antara kumpulan yang paling banyak menyumbang kepada YG Entertainment Artikel Berkaitan Terbaru agensi telah mengeluarkan koleksi barangan eksklusif yang akan dijual ketika konsert jelajah BLACKPINK DEADLINE bermula ...
4u2c Biodata Ahli Lagu Famous Tarikh Konsert 2025

4u2c Biodata Ahli Lagu Famous Tarikh Konsert 2025

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 188 hits
Bagi peminat genre rap Melayu pastinya anda teruja dengan kemunculan semula kumpulan 4U2C yang akan berlaku pada September 2025 ini Kumpulan rap ini merupakan antara kumpulan muzik yang menjadi pelopor utama genre rap di Malaysia pada hujun...
Hiburan Tak Pastilah 4u2c Boleh Teruskan Konsert Atau Tak Ikut Peraturan Tidak Boleh Sebab Master Adalah Man Senoi Ajai

Hiburan Tak Pastilah 4u2c Boleh Teruskan Konsert Atau Tak Ikut Peraturan Tidak Boleh Sebab Master Adalah Man Senoi Ajai

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 151 hits
Melalui laporan portal hiburan kumpulan Exist mengatakan kemelut yang melibatkan kumpulan rap 4U2C dan komposer Man Senoi serta Mama Rap mengenai penganjuran konsert WE 4U2C Live in Concert boleh diselesaikan cara baik Menurut salah seorang...
Moga Jadi Penyambung Legasi Anak Sharifah Khasif Muncul Johan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Is Ai In The Newsroom A Tool Threat Or A Transformation

La T Te D Or Restaurant At One Madison By Rockwell Group

I Said Yes To Iodine Treatment

Major Judiciary Reveal Fizzles Questions Remain

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Starbucks Di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah

Why My Me Time Starts When The Whole House Is Finally Asleep

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Asian Pop Stars 2025 Bakal Cipta Fenomena Lahirkan Bintang Bertaraf Dunia

Sasar Sejuta Peserta Harian Metro 17 07 2025

Netizen Teruja Syed Saddiq Tempah Songkok Video