4946 Ppim Desak Wakil Rakyat Bela Keluarga Makan Nasi Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19




KUALA LUMPUR- Nasib ibu beranak tujuh, Marsyila Zakaria, 35, yang bersahur dengan nasi berlauk garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang melakukan kunjungan mengejut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan hari ini.Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu bersama Ketua Aktivis Wanita persatuan itu, Suraya Ali melihat sendiri keadaan kediaman keluarga tersebutKatanya, lawatan itu menyusul selepas PPIM menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib wakil rakyat harus tampil bertanggungjawab.“Di mana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak
membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”“Dalam kes ini, zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350 pun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.
Pada kunjungan itu, PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak Marsyila, Mohd Al-Fallah, 13, yang menjadi mangsa buli sehingga tidak mahu bersekolah.“Kami sedang mencari Pusat Pendidikan Tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” ujarnya.Marsyila mempunyai tujuh orang anak berusia antara setahun hingga 15 dan Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua.Menurut Nadzim, PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka untuk masa jangka panjang.Sambil menyatakan penghargaan terhadap bantuan kewangan bulanan yang dihulurkan Baitulmal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau meminta Baitulmal menambah jumlah bantuan bulanan itu memandangkan kesempitan kehidupan suri rumah berkenaan.- MalaysiaGazette“Saya kagum dengan wanita (Marsyila) yang tidak meminta orang luar dan sanggup berdikari cari nafkah untuk kelaparan anak-anak, maka orang prihatin luar sana mestilah tampil bantu secara ikhlas.“Kita juga harus buat program ini menjadi program keluarga angkat membantu anak dia juga masuk sekolah jadi mangsa buli.“Ahli Parlimen disini, KJ ke siapa tu..harap letak seorang wakil di kawasan ini supaya dapat menjejaki keluarga miskin sempit sebegini. Ini pun kalau berita ini tidak didedahkan media, sudah pasti kita tak tahu,” tegasnya.Aktivis Wanita PPIM, Suraya Ali pula berkata pihaknya akan terus berkomunikasi dengan ibu anak tujuh itu dan akan bekalkan barang keperluan mengikut keperluan.“Untuk jangka masa panjang kita nak dia berdikari seperti yang dia nak dan mintalah usahawan berjaya diluar sana tampil bantu juga.“Kitaran kemiskinan perlu dihentikan segera menerusi pendidikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Artikel oleh : Malaysia Gazette PPIM DESAK WAKIL RAKYAT BELA KELUARGA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAMhttps://malaysiagazette.com/blog/2019/05/18/ppim-desak-wakil-rakyat-bela-keluarga-makan-nasi-berlaukkan-garam/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/05/4946-ppim-desak-wakil-rakyat-bela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Nasib ibu beranak tujuh marsyila Zakaria 35 yang dihimpit kemiskinan teruk sehingga terpaksa bersahur dengan nasi berlaukan garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang mengadakan kunjungan mengejut melawat keluarga malang berk...
Makan Nasi Cuma Berlaukkan Garam Akhirnya Si Ibu Nekad Tebal Muka Minta Telur Ayam Jiran Untuk Anak Anak Alas Perut

Makan Nasi Cuma Berlaukkan Garam Akhirnya Si Ibu Nekad Tebal Muka Minta Telur Ayam Jiran Untuk Anak Anak Alas Perut

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 547 hits
Hari hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu Bagi wanita berusia 35 tahun itu dia dan anak anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bul...
Setahun Malaysia Baharu Rakyat Akan Desak Pru Semula Tok Mat

Setahun Malaysia Baharu Rakyat Akan Desak Pru Semula Tok Mat

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 418 hits
Astro Awani Mohamad berkempen bagi calon PBS sempena PRK Sandakan Astro AWANI HARITS ASYRAF SANDAKAN Genap setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan UMNO dan Barisan Nasional menyifatkan tahap kualiti hidup rakyat tidak bertambah baik Ti...
Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 532 hits
Chef Selebriti terkenal Chef Wan tidak peduli dengan cakap cakap sesetengah pihak yang jelas tidak senang dengan pemerintahan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malah sebaliknya berkata tokoh itu sebenarnya wajar disanjung kerana usaha...
Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

Berlepas Ke London Malam Ini Ribuan Rakyat Malaysia Panjat Doa Buat Ainul Mardhiah

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 382 hits
Malam ini adik Ainul Mardhiah akan berlepas ke London menaiki penerbangan MAS bagi menjalani rawatan Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh bapa bayi comel yang menderita kanser mulut iaitu Ahmad Safiuddin Ahmad Razak beberapa hari yang le...
Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 766 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia Kerana negara kita kaya den...
5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari Crg Pasti Sedap Dibuat Berbuka

5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari Crg Pasti Sedap Dibuat Berbuka

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 588 hits
Min gerenti korang mesti gemar makan sajian Cina Setuju kan kalau Min kata sajian cina mendapat tempat di hati rakyat negara ini tanpa mengenal kaum Menu masakan laut tofu dan sajian kukus berasaskan resipi autentik cina telah menjadi sebah...
Sony Hentikan Penjualan Produk Untuk Rakyat Malaysia

Sony Hentikan Penjualan Produk Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 382 hits
Akhirnya Sony Malaysia terpaksa akur dengan sambutan pemasaran produk telefon pintar mereka di Malaysia Ini dapat dilihat dengan kurangnya promosi dan penawaran terbaru dari mereka seperti model flagship Sony Xperia XZ3 juga tidak dibawa ma...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jep Syukur Dapat Hadiah Bermakna Dedah Anak Disahkan Autisme

Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await