Setahun Malaysia Baharu Rakyat Akan Desak Pru Semula Tok Mat


Harits Asyraf Hasnan, Astro Awani Mohamad (dua, kiri) berkempen bagi calon PBS sempena PRK Sandakan. Astro AWANI/HARITS ASYRAF 

SANDAKAN: Genap setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyifatkan tahap kualiti hidup rakyat tidak bertambah baik.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jika keadaan itu berterusan, rakyat akan mendesak supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa kurang dua tahun.

“Ya, saya jangkakan begitu (PRU dalam tempoh dua tahun) kerana rakyat bertambah tidak selesa dan rakyat hidup tertekan.

“Jika keadaan ini terus menerus berlaku, rakyat akan mendesak Kerajaan untuk mengadakan pilihan raya semula. Saya jangkakan begitu,” katanya kepada media selepas menghadiri ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan di sini pada Rabu.

 Beliau yang turut dikenali sebagai Tok Mat berkata rakyat kini telah mula sedar bahawa mereka amat tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan baik persekutuan mahupun kerajaan negeri yang tidak mempunyai sebarang perubahan drastik dalam dasar-dasar awam.

Malah, Tok Mat yang kini menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO turut menyifatkan segala apa yang dilakukan kerajaan hanya perubahan kosmetik atau luaran kesinambungan daripada apa yang dilakukan BN sebelum ini.

“Yang ada cuma perubahan kosmetik atau cuma menukar nama-nama dasar kerajaan BN dahulu yang pernah satu ketika mereka sebut ia merupakan (dasar) yang menzalimi rakyat seperti AES dan BR1M dan kini semuanya diteruskan.

“Tetapi ada pula dasar-dasar lain yang tidak dijanjikan dalam manifesto PRU14, mereka beria-ia nak adakan seperti hendak menandatangani perjanjian antarabangsa ICERD, deklarasi Rom yang mana ini tidak ada dalam perjanjian atau dalam aku janji mereka dalam pilihan raya.

“Mengapa mereka (Pakatan Harapan) menghabiskan masa rakyat membantah dan bermacam-macam lagi tetapi mereka langsung tidak melihat manifesto yang telah mereka janjikan kepada rakyat,” jelasnya.

Ditanya, apakah hala tuju UMNO dan BN genap setahun kekalahan pada PRU14 lalu, jawab Mohamad, dua teras menjadi keutamaan ketika ini.

“Pertama adalah kita sedang memperkasakan dan bangkit semula parti dan yang kedua adalah menyusun strategi untuk mengahadapi PRU15.

“Ini sedang kita reka bentuk dan sedang kita bina. Kita memulihkan dalaman parti dan salah satu hasrat kita di Sabah adalah memberi autonomi penuh kepada UMNO Sabah selain pindaan perlembagaan yang lain-lain,” katanya.

Justeru, jelasnya pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibuat pada November nanti akan turut membuka pintu keahlian seluas-luasnya.

Tok Mat berkata, kerjasama dengan parti-parti politik seperti Pas, STAR, SAPP, PBS dan lain-lain parti pembangkang lain menjadi antara strategi untuk mereka merampas kembali tampuk pentadbiran Kerajaan pada PRU15 nanti.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/setahun-malaysia-baharu-rakyat-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setahun Malaysia Baharu Menggilap Idealisme Reformasi

Setahun Malaysia Baharu Menggilap Idealisme Reformasi

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 338 hits
DALAM masa setahun Malaysia Baharu sebetulnya ada banyak kejayaan yang dicapai oleh kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh parti Pakatan Harapan Namun ada juga beberapa ketika muncul hal yang meresahkan masyarakat dan tidak kurang peristiw...
Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 393 hits
PUTRAJAYA Genap setahun Malaysia Baharu hari ini kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39 01 peratus Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza Rm5 Regular Pizza Rm15

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 555 hits
Kempen United We Win Dengan Mobile Legends Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 Regular Pizza RM15 Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends unt...
Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia

Hubungan Mat Sabu Dan Syiah Iran Akan Bawa Malapetaka Besar Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 678 hits
Malaysia berdepan selatan ekonomi oleh Amerika sekiranya Menteri Pertahanan Mat Sabu mahu meneruskan hasrat untuk mengadakan kerjasama ketenteraan dengan Iran Sebagai menteri kabinet Mat Sabu sepatutnya lebih sensitif dengan perkembangan te...
Pembinaan Malaysia Baharu Harus Berlandaskan Dialog Bukan Permusuhan

Pembinaan Malaysia Baharu Harus Berlandaskan Dialog Bukan Permusuhan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 326 hits
Pada 8 Mei 2019 S Thayaparan di laman portal Malaysiakini yang mempersoalkan hasrat DAP mahu bertemu Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri bagi menjelaskan tentang salah faham yang timbul berhubung DAP dan Islam DAP sebagai sebuah parti yang meno...
Malaysia Akan Jadi Harimau Asia Semula Kata Guan Eng

Malaysia Akan Jadi Harimau Asia Semula Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 269 hits
Malaysia akan jadi Harimau Asia semula kata Guan Eng Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 8 16PM
Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

Mfc Malaysian Food Culture Menggabungkan Makanan Kesukaan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 723 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Satu restoran yang Maha pergi kali ini adalah sebuah restoran yang menggabungkan makanan kesukaan semua rakyat Malaysia Kerana negara kita kaya den...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat