Makan Nasi Cuma Berlaukkan Garam Akhirnya Si Ibu Nekad Tebal Muka Minta Telur Ayam Jiran Untuk Anak Anak Alas Perut





Hari-hari yang dilalui Marsyila Zakaria bersama tujuh anaknya sepanjang Ramadan ini tiada beza dengan hari yang lain sejak hampir setahun lalu.

Bagi wanita berusia 35 tahun itu, dia dan anak-anak tiada lagi perasaan teruja untuk menyambut bulan mulia ini apatah lagi Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Sejak suami ditahan di Pusat Pemulihan pada Ogos tahun lalu selama dua tahun, mereka pernah berkongsi nasi berlaukkan garam selama tiga hari kerana tiada wang membeli makanan.

Namun kerana tidak sanggup lagi melihat nasib anak-anak, Marsyila menebal muka mengetuk pintu rumah jiran untuk meminta telur yang digorengnya hancur-hancur bagi menukar selera mereka.

Bagi dirinya, biar seorang ibu tidak makan namun jangan sampai anak-anak kebuluran.



Marsyila memberitahu dia hanya bekerja mencuci pakaian di rumahnya yang dihantar orang ramai dengan bayaran RM5 sebakul. Katanya baju itu dicuci menggunakan tangan dan sabun basuh sendiri.

Sekiranya tidak menerima baju hari tersebut, dia akan keluar dengan berjalan kaki sejauh 1 kilometer untuk mencari rumah-rumah yang ingin dibersihkan.

Jelasnya, bayaran yang dikenakan hanya RM30 untuk membersih rumah dan pakaian sekali.

Tambahnya sayu, sekiranya masih tiada lagi rezeki untuk hari itu, dia akan mencari restoran untuk meminta kerja mencuci pinggan dengan bayaran RM10.

Sepanjang dia keluar mencari kerja, anak-anak yang masih kecil akan dijaga abang mereka yang berusia 13 tahun dan kini sudah dua bulan tidak pergi ke sekolah.




“Saya bukan jenis meminta dan saya bersyukur kerana kadang-kadang ada jiran yang hulur bantuan.

“Saya akan mencari kerja dahulu dengan kudrat yang ada namun pernah sampai satu ketika memang kami terputus bekalan makanan.

“Saya beri anak-anak makan nasi berlaukkan garam selama tiga hari dan pernah jadikan garam sebagai sup sehingga saya tidak sanggup lagi dan pergi ketuk rumah jiran untuk minta telur yang goreng hancur-hancur untuk digaul dengan nasi dan sedikit garam untuk ubah selera mereka,” katanya sambil mengalir air mata.

Marsyila yang ditemui MalaysiaGazette di PPR Tun Razak Bandar Tasik Selatan di sini hari ini, mempunyai anak berusia antara setahun hingga 15 tahun.

Anak sulungnya tinggal di Asrama Asnaf Darul Takwa Sungai Besi di sini.

Kisah wanita itu menggambarkan antara keperitan hidup masyarakat di ibu kota yang tidak menyangka akan berdepan ujian getir kerana sebelum ini suaminya yang menyara keluarga dengan membuat kerja-kerja pendawaian elektrik dengan pendapatan mencecah RM2,000.




Ini kerana, anak ketiga dan keempatnya dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Tetapi anak ketiganya meninggal dunia enam tahun lalu.

Keluarga ini turut mendapat bantuan barangan asas daripada Baitumal bernilai RM300 seperti beras, susu pekat, minyak dan tepung, selain bantuan ubatan untuk anak OKU sebanyak RM350 daripada Jabatan Jabatan Kebajikan Malaysia.

Marsyila berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menyediakan makan dan minum yang sedap dan mewah, namun cukuplah untuk mengisi perut anak-anak.

Katanya, makanan seperti ayam sudah lama tidak dibeli kerana harganya yang mahal kecuali pemberian jiran-jiran.

“Alhamdulillah, anak-anak saya jenis faham dan tidak meminta makan yang sedap. Pernah susu anak habis, saya bancuh susu pekat untuk diberikan kepada meraka.



“Sebenarnya, kos perbelanjaan saya mencecah RM1,500 sebulan kerana lima anak masih minum susu dan memakai lampin pakai buang serta kos anak OKU yang tinggi.

“Dia tidak boleh lapar dan jika tidak, dia akan mengamuk,” katanya sayu.

Marsyila turut berkongsi kisah sedih tiga hari sebelum Ramadan lalu apabila pengsan ketika keluar mencari rezeki untuk anak-anak.

Ketika itu, katanya dia keluar agak lewat pukul 9 malam kerana sudah seharian mencari rumah untuk dibersihkan namun pulang hampa.

“Lepas anak-anak diberi makan, saya keluar lagi pada waktu malam. Namun dalam perjalanan saya pengsan dan hanya sedar sudah berada di hospital. Terus saya lari keluar kerana ingatkan anak-anak di rumah.


“Sampai di rumah, anak-anak menangis bila nampak saya, terutamanya yang bongsu kerana akan menyusu badan sebelum tidur malam,” katanya yang mengalami tekanan darah rendah ketika itu.

Marsyila terharu meskipun hidup dalam serba kekurangan dan kepayahan, masih ada orang yang bersimpati dengan dia dan anak-anaknya.

Menurut beliau, kelengkapan di rumahnya seperti sofa dan televisyen terpakai adalah pemberian orang ramai.

Sementara itu, atas dasar simpati, Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpr dan Pertubuhan Kebajikan pembangunan Insahniah Muafakat Penduduk telah hadir melawat Marsyila dan anak-anak serta memberi bantuan pakaian.

Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga ini, boleh menghubungi talian 011-60684586 atau menghulur wang di nombor akaun Bank Islam – 14256020003529 atas nama Marsyila Zakaria.


Artikel dari  – MalaysiaGazette



© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/05/makan-nasi-cuma-berlaukkan-garam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4946 Ppim Desak Wakil Rakyat Bela Keluarga Makan Nasi Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

4946 Ppim Desak Wakil Rakyat Bela Keluarga Makan Nasi Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR Nasib ibu beranak tujuh Marsyila Zakaria 35 yang bersahur dengan nasi berlauk garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang melakukan kunjungan mengejut di Projek Perumahan Rakyat Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan hari ini Ket...
Ibu 7 Anak Kongsi Nasi Berlauk Air Garam Sentuh Hati Aliff Syukri Hajat Bagi Bantuan Raya

Ibu 7 Anak Kongsi Nasi Berlauk Air Garam Sentuh Hati Aliff Syukri Hajat Bagi Bantuan Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 413 hits
Beberapa hari lepas tular mengenai seorang wanita beserta tujuh orang anak yang hanya cukup cukup makan dan mengharapkan ihsan jiran untuk menampung hidupnya sekeluarga Menerusi laporan dari Malaysia Gazette wanita yang dikenali sebagai Mar...
Setiap Hari Nak Roti Biskut Lepas Ibu Ini Buat Beberapa Cara Anak Dah Tak Susah Makan

Setiap Hari Nak Roti Biskut Lepas Ibu Ini Buat Beberapa Cara Anak Dah Tak Susah Makan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 581 hits
Kebanyakan ibu rata ratanya mengalami masalah anak tak berselera makan ataupun susah nak makan Mereka memang akan lupa pasal makan terutamanya kalau tengah main Kalau anak makan pun mesti makan makanan yang kurang khasiat seperti keropok co...
Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 390 hits
Bila tiba bulan Ramadan ramai individu mengambil kesempatan untuk berniaga bagi menjana pendapatan sampingan yang perlu dibelanjakan menjelang Aidilfitri nanti Lauk Jualan Bazar Terpaksa Bagi Jiran Anak Sebak Lihat Kesedihan Ibu
Makan Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah Kepala Batas

Makan Nasi Lemak Sotong Goreng Tepung Di Abe Nasi Lemak Ayam Berempah Kepala Batas

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1383 hits
Abe Nasi Lemak Ayam Berempahboleh layan pemandangan sunset yang cantikAbe Nasi Lemak Ayam Berempah ni terletak di Guar Kepayang Kepala Batas Pulau Pinang Kedai ni ada ke dalam sikit Bukan tepi jalan ek Korang kena masuk melalui satu lorong ...
Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

Ibu Bapa Terkejut Doktor Bedah Perut Anak Sedangkan Anak Sakit Hidung

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 489 hits
Seorang budak lelaki Mohammed Danish berusia tujuh tahun mengalami saat getir apabila perutnya dibedah sedangkan masalah sebenarnya adalah pada hidung Doktor yang melakukan pembedahan hernia sepatutnya membuang polip pada hidung budak lelak...
Anak Umur 6 Tahun Bawa Ibu Pergi Makan Malam Sebulan Sekali Dengan Menggunakan Duit Poketnya Sendiri

Anak Umur 6 Tahun Bawa Ibu Pergi Makan Malam Sebulan Sekali Dengan Menggunakan Duit Poketnya Sendiri

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 369 hits
Lyle Drummonds mungkin hanya seorang kanak kanak lelaki berusia 6 tahun tetapi tindakannya matang seperti orang lelaki dewasa Sebulan sekali Lyle akan membawa ibunya pergi makan malam dan turut membayar bil dengan menggunakan duit poketnya ...
Tiada Talak Antara Anak Ayah Ibu Aliff Aziz Akhirnya Meluahkan Perasaan

Tiada Talak Antara Anak Ayah Ibu Aliff Aziz Akhirnya Meluahkan Perasaan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 6041 hits
Ibu kepada pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz Siti Hafiza Sheikh Mohamad akan tetap menyayangi cucunya Mohamad Ayden Adrean 2 Kata Siti Hafiza dia akan sentiasa mendoakan cucunya itu biarpun sudah tidak akan bertemu lagi pada masa ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon