4932 Pelekat Kebal Penarik Kereta Metro 15 5 19




BERSELINDUNG di sebalik logo tertentu, sindiket penarik kereta di seluruh negara dikesan menggunakan pelekat kebal bagi melindungi kereta daripada diserahkan kepada bank untuk mengaut keuntungan peribadi, termasuk menjualnya di pasaran gelap.Berharga RM3,000 setiap satu, pelekat berkenaan dipercayai mewakili kawasan tertentu, turut menggunakan lambang jata negara serta logo kementerian bagi mengaburi mata kumpulan penarik kereta lain daripada menarik kenderaan yang dikatakan mempunyai tunggakan bayaran.Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perkara itu dikesan sejak beberapa tahun lalu dan pihaknya menerima 800 aduan pelbagai kes membabitkan penarik kereta, isu tuntutan insurans, saman serta kehilangan kenderaan selepas diserahkan kepada Ejen Pemilikan Sementara (EPS) untuk dihantar ke bank.“Kita dapati, sindiket ini juga menjalankan perniagaan kereta piang dengan menjual kereta yang ditarik kepada orang awam. Mana-mana pemilik kenderaan yang mempunyai pelekat tertentu ini akan mendapat perlindungan dengan kereta yang digunakan tidak akan ditarik.“Mereka juga mengutip yuran bulanan daripada pemilik asal kereta. Pelekat itu juga diguna pakai untuk menjalankan perniagaan cagar dan gadai kenderaan yang masih menjadi milik bank dengan kadar faedah 20 peratus.“Dengan menggunakan pelekat kebal ini, bayaran ansuran sebuah kenderaan mewah berharga RM2,500 tidak perlu dibayar, sebaliknya hanya perlu bayar RM500 kepada pemilik pelekat. Ini sudah tentu merugikan bank,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.Nadzim berkata, satu lagi elemen yang ada pada sindiket ini ialah mereka bersekongkol dengan kongsi gelap berdasarkan logo yang digunakan pada pelekat terbabit, selain pembabitan orang dalam agensi berwajib bagi membolehkan sesebuah kereta digunakan tanpa rasa takut.Katanya, pemilik akan menjadi mangsa dan berdepan saman serta risiko kenderaan digunakan untuk melakukan jenayah, malah siasatan PPIM mendapati, kereta yang ditarik tidak disimpan di stor bank sebaliknya dilarikan untuk tujuan lain atau dijual.Sementara itu, seorang mangsa, Wan Perang Wan Mat Noor, 37, berkata, kereta miliknya ditarik lebih setahun lalu ketika membawa keluarga berhampiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri 2 di Jalan Duta.Berselang seminggu, dia yang membuat laporan polis terkejut selepas mendapati kereta itu tiada di dalam stor simpanan dan pihak bank juga tidak mengetahui kumpulan penarik mana yang membawa kenderaan itu pada hari kejadian.“Memang kereta saya ada tunggakan enam bulan. Selepas ditarik, saya jelaskan RM4,000 kepada bank dan dimaklumkan kereta tiada.“Tidak lama kemudian, kereta itu dikesan berada di Johor dan Terengganu. saya bimbang ia digunakan secara salah dan saya yang akan menjadi mangsa,” katanya.
Artikel oleh : MetroPELEKAT KEBAL PENARIK KERETAhttps://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/455860/pelekat-kebal-penarik-kereta


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/05/4932-pelekat-kebal-penarik-kereta-metro.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4933 Pimm Dedah Sindiket Kereta Piang Guna Logo Kpdnhep Pelekat Kebal Malaysia Gazette 15 5 19

4933 Pimm Dedah Sindiket Kereta Piang Guna Logo Kpdnhep Pelekat Kebal Malaysia Gazette 15 5 19

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Satu sindiket menyalahguna logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dipercayai bergiat aktif menjadikan pemilik kenderaan yang ditarik sebagai mangsa Ia bukanlah satu perkara baru sebaliknya sindiket itu...
Penarik Kereta Lakukan Pemerasan Tiga Lelaki Diburu Polis

Penarik Kereta Lakukan Pemerasan Tiga Lelaki Diburu Polis

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 387 hits
Sebuah video viral semalam di laman Facebook memaparkan tindakan seorang lelaki penarik kereta ditenangkan oleh anggota polis BACA Namun tiga orang penarik kereta itu dipercayai cuba melakukan pemerasan terhadap seorang wanita kerana didakw...
Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

Viral Wanita Sembur Racun Serangga Kepada Penarik Kereta Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 723 hits
Baru baru ini viral video seorang wanita yang menjerit meminta tolong kononnya mendakwa diragut sambil menyembur racun serangga ke arah beberapa orang lelaki yang ditugaskan untuk menarik keretanya di Langkawi Melaui video yang tular kereta...
Tolong Tolong Peragut Tak Bayar Kereta Honda City S 5 Bulan Pemilik Sembur Racun Serangga Pada Penarik Kereta

Tolong Tolong Peragut Tak Bayar Kereta Honda City S 5 Bulan Pemilik Sembur Racun Serangga Pada Penarik Kereta

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 592 hits
Viral di media sosial ketika ini video seorang pemilik kereta Honda City S enggan menyerahkan keretanya itu kepada penarik kereta yang ditugaskan untuk berbuat demikian Difahamkan pemilik kereta tersebut gagal membuat bayaran bulanan selama...
Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

Apa Nak Cakap Puk Mak Ni Bang Penarik Kereta Dedah Video Penuh Wanita Ridsect

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 940 hits
Sebelum ini pemandu kereta Honda City S mendedahkan dia dikasari oleh ejen penarik kereta dan mendakwa penarik kereta tersebut lagak tidak ubah seperti penyamun sehingga menyebabkan dia terpaksa menyembur racun seranggan ke arah mereka BACA...
Rasuah Alat Kereta Kebal Datuk Seri Direman 4 Hari

Rasuah Alat Kereta Kebal Datuk Seri Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 327 hits
Seorang lagi suspek direman berhubung siasatan kes menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara bernilai RM17 juta Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama empat hari...
4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 550 hits
KUALA LUMPUR Beberapa ejen pemilikan semula atau lebih dikenali sebagai ejen tarik kereta dikesan menggunakan pelekat khas bagi melindungi kenderaan yang ditarik tetapi tidak diserahkan kepada bank Pelekat kebal memaparkan logo kumpulan kon...
Terengganu Lelaki 79 Tahun Direman Disyaki Bakar Rumah Isteri Kedua

Jpj Kelantan Sita 13 Kereta Mewah Bernilai Hampir Rm5 Juta

Pantun Kurang Ajar Paling Pedas Tapi Berhemah

Kronologi Kes Zara Qairina Mahathir

Mayat Remaja Ditemui Terapung Dalam Tasik Putrajaya

Kecelaruan Permainan Internet Di Kalangan Belia Mengundang Risiko Psikologi Dan Kesihatan Oral

Pinjam Buku Di Perbadanan Perpustakaan Awam Johor

Funny18 Top 56 By Lucienne Pg Funny18a Com Funny18 Web Pgslot 25 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kalau Ada Yang Cancel Order Sebab Tak Menang Ka Okay Je

Sejauh Mana Sebenarnya Teleskop Paling Canggih Dunia Boleh Lihat Angkasa Ini Jawapannya

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Al Fateh Sahabat Chord

Those Who Defy Ruler Will Be Impaled Ti Tells Puad

Malaysian Netizens Mock Indonesia S New Animated Film Quality