4933 Pimm Dedah Sindiket Kereta Piang Guna Logo Kpdnhep Pelekat Kebal Malaysia Gazette 15 5 19





KUALA LUMPUR – Satu sindiket menyalahguna logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dipercayai bergiat aktif menjadikan pemilik kenderaan yang ditarik sebagai mangsa.Ia bukanlah satu perkara baru sebaliknya, sindiket itu telah lama beroperasi dan kini menggunakan taktik lebih licik apabila menggunakan ‘pelekat kebal’ dengan menampalnya pada kenderaan yang mempunyai hutang tertunggak agar tidak ditarik oleh pihak bank.Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut memberitahu, badan bukan kerajaan (NGO) itu telah menerima lebih 800 aduan daripada orang ramai berhubung kenderaan mereka hilang selepas ditarik oleh sindiket terbabit.Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan menggesa supaya pihak berkuasa mengambil perhatian terhadapnya kerana ia bukan sahaja menganiaya pemilik kenderaan yang ditarik malah, juga kepada pihak bank.Menurutnya, ‘pelekat kebal’ itu digunakan oleh kumpulan penarik kereta dengan tujuan melindungi kereta yang pemiliknya telah gagal membayar ansuran bulanan, namun kenderaan itu tidak pula diserah kepada pihak bank.“Sindiket ini akan menjadikan kereta yang kononnya ditarik itu sebagai kereta piang (kereta lari bank) dan menjualnya pula kepada orang awam.“Dengan adanya pelekat tersebut, repo team lain tidak akan menarik kenderaan tersebut walaupun jika ianya dijumpai.“Penjualan kereta piang ini semakin berleluasa terutamanya melibatkan kenderaan mewah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.Mengulas lanjut, Nadzim menjelaskan kenderaan yang menggunakan ‘pelekat kebal’ tersebut turut menggunakan insurans palsu serta kenderaan itu diinsuranskan dibawah nilai pasaran kenderaan.Katanya, terdapat juga kes di mana kenderaan yang masih dalam pinjaman sewa beli diinsurankan dengan menggunakan insurans pihak ketiga.Ujarnya, pemilik kenderaan akan menerima kesan sekiranya berlaku musibah kerana mereka akan berdepan dengan masalah tunturan insurans.Sementara itu, seorang pemandu Grab, Wan Perang Wan Mat Noor, 37, berkata, dia pernah menjadi mangsa sindiket terbabit setahun yang lalu.Menceritakan pengalamannya, beliau berkata, dia didatangi tiga lelaki yang mengaku sebagai penarik kereta daripada bank yang memberikan pinjaman pembelian kenderaannya.Katanya, penarik kereta itu memberitahu dia telah tertunggak bayaran kereta jenis Alza yang dinaikinya itu selama setahun dan jumlah tunggakannya sudah mencecah RM11,000.Jelasnya, dia juga diminta supaya membayar sejumlah wang kepada mereka untuk mengelak keretanya itu disimpan di dalam stor milik bank.Meskipun, mengetahui jumlah tunggakannya tidak sebanyak yang dinyatakan namun, beliau menyerahkan juga kereta Alza tersebut kepada individu berkenaan ekoran akur dengan kehendak bank.Bagaimanapun, selepas seminggu beliau datang ke bank berkenaan untuk menuntut semula kenderaan dengan membawa wang berjumlah RM4,000 yang sudah dikredit ke akaun kenderaannya itu.“Selepas membuat bayaran saya berjumpa dengan pegawai bank tersebut untuk mengeluarkan kereta.“Saya terkejut apabila dimaklumkan oleh pihak bank bahawa kereta saya tidak ada dalam simpanan mereka.“Tetapi yang peliknya pegawai bank itu ada menunjukkan kepada saya gambar ketika kenderaan saya ditarik,” katanya yang kemudian membuat laporan polis selepas curiga dengan penjelasan yang diberikan oleh pegawai di bank berkenaan.Tambahnya, dia telah membuat laporan polis sebanyak tiga kali namun sehingga kini kenderaannya masih juga belum ditemui.Dalam pada itu, Nadzim menegaskan beliau tidak menolak kemungkinan sindiket terbabit bersekongkol dengan ‘orang dalam’ di bank untuk menjalankan aktiviti kereta piang.Malah, beliau mendakwa sindiket terbabit mempunyai jaringan dengan beberapa orang dalam di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak meluluskan proses penukaran nombor plat kenderaan yang dibuat secara haram tanpa pengetahuan pemiliik dan juga tanpa mengikut prosedur yang betul.“Adakalanya sebuah kenderaan itu dibuat proses pertukaran sehingga beberapa kali dan ini akan menyukarkan pihak bank untuk menarik kenderaan ini kerana data yang dikeluarkan dalam surat tarik adalah nombor bagi plat asal.“Sindikt juga berkemungkinan akan menjual kereta piang ini ke negara jiran, paling mudah Thailand sekiranya kenderaan ini telah disenarai hitam oleh PDRM yang akan menyebabkan cukai jalan tidak dapat diperbaharui,” ujarnya.Katanya, berdasarkan risikan oleh pihaknya sejak tiga bulan lalu, sebanyak 15 kumpulan sindiket terbabit dikesan dengan masing-masing menggunakan pelekat yang berlainan.Justeru, beliau menggesa orang ramai agar tidak sesekali tertipu dengan helah yang digunakan oleh sindiket terbabit bagi mengelak mereka menjadi mangsa penipuan. – MalaysiaGazette
Artikel oleh : Malaysia GazettePPIM DEDAH SINDIKET KERETA PIANG GUNA LOGO KPDNHEP, PELEKAT KEBALhttps://malaysiagazette.com/blog/2019/05/14/ppim-dedah-sindiket-kereta-piang-guna-logo-kpdnhep-pelekat-kebal/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2019/05/4933-pim-dedah-sindiket-kereta-piang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

4944 Ppim Dedah Penggunaan Pelekat Khas Elak Kereta Piang Dikesan Berita Harian 15 5 19

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 526 hits
KUALA LUMPUR Beberapa ejen pemilikan semula atau lebih dikenali sebagai ejen tarik kereta dikesan menggunakan pelekat khas bagi melindungi kenderaan yang ditarik tetapi tidak diserahkan kepada bank Pelekat kebal memaparkan logo kumpulan kon...
4932 Pelekat Kebal Penarik Kereta Metro 15 5 19

4932 Pelekat Kebal Penarik Kereta Metro 15 5 19

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 351 hits
BERSELINDUNG di sebalik logo tertentu sindiket penarik kereta di seluruh negara dikesan menggunakan pelekat kebal bagi melindungi kereta daripada diserahkan kepada bank untuk mengaut keuntungan peribadi termasuk menjualnya di pasaran gelap ...
Rasuah Alat Kereta Kebal Datuk Seri Direman 4 Hari

Rasuah Alat Kereta Kebal Datuk Seri Direman 4 Hari

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 310 hits
Seorang lagi suspek direman berhubung siasatan kes menerima suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara bernilai RM17 juta Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama empat hari...
Bukan Guna Untuk Ensem Ensem Je Lelaki Ini Dedah Kegunaan Minyak Rambut Ramai Orang Tak Tahu

Bukan Guna Untuk Ensem Ensem Je Lelaki Ini Dedah Kegunaan Minyak Rambut Ramai Orang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 477 hits
Bukan Guna Untuk Ensem Ensem Je Lelaki Ini Dedah Kegunaan Minyak Rambut Ramai Orang Tak Tahu Mendaki bukit atau gunung sudah menjadi trend wajib sejak dari tahun 2016 Ya sekadar memenuhi telefon bimbit mereka dengan gambar gambar dan memuat...
10 Koleksi Video Artis Malaysia Guna Gender Swap Filter Baru Snapchat Serius Tak Pecah Lobang

10 Koleksi Video Artis Malaysia Guna Gender Swap Filter Baru Snapchat Serius Tak Pecah Lobang

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 606 hits
Aplikasi Snapchat nampaknya memperkenalkan filter terbaru mereka iaitu Gender Swap Buat kaum lelaki filter tersebut mampu transformasikan wajah korang menjadi wanita begitu juga buat kaum wanita yang akan mempunyai wajah mirip lelaki Di Mal...
4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

4947 Ppim Terkesan Kisah Tujuh Beranak Berlaukkan Garam Malaysia Gazette 18 5 19

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 413 hits
KUALA LUMPUR Nasib ibu beranak tujuh marsyila Zakaria 35 yang dihimpit kemiskinan teruk sehingga terpaksa bersahur dengan nasi berlaukan garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang mengadakan kunjungan mengejut melawat keluarga malang berk...
4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 596 hits
KUALA LUMPUR Siapa sangka kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihat...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej