40 Tahun Ukir Tulisan Jawi Pada Batu Nisan Lelaki Cina Ini Disenangi Masyarakat Muslim


“JIKA dulu ramai boleh menulis Jawi, tapi orang sekarang sudah ramai tidak tahu. Sayang jika tulisan Jawi makin pupus.”
Tersentak seketika mendengar kenyataan itu, apatah lagi kenyataan itu diluahkan oleh seorang lelaki tua berketurunan Cina yang juga pengukir batu nisan.
Kata-kata pengukir batu nisan itu, pelik dan agak mendalam namun itu adalah hakikatnya. Kuah Leong Chuan, berusia 60-an, adalah seorang pengukir batu nisan yang sudah berpuluh tahun menjadikan batu nisan sebagai sumber pencariannya.
Tidak sekadar memahat batu nisan dari seketul batu granit bulat, beliau juga mahir mengukir tulisan Jawi – kemahiran yang hanya dipelajarinya daripada pelanggan.
“Moyang saya juga pembuat batu nisan. Ini perniagaan diwarisi turun temurun. Tulis Jawi, itu bukan masalah. Pada awal dulu, saya sendiri tidak kenal huruf Jawi.
“Tapi kerana mahu cari makan, kita kena belajar. Kami minta pelanggan tulis atas kertas, lepas itu kami tiru perlahan-lahan. Lama-lama boleh, kadang kala orang Melayu sendiri suruh kami periksa tulisan Jawi mereka betul atau tidak,” katanya.

Di sekitar Kuala Selangor, sebut saja apek batu nisan, pasti ramai akan mengenali keluarga Kuah, kerana mereka bukan saja menjadi pembuat batu nisan paling lama bertahan di Kuala Selangor malah kini menjadi antara satu-satunya pembuat batu nisan berketurunan Cina di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.
Ketika ditanya bagaimana keluarga boleh terbabit dalam pembuatan batu nisan, Kuah menyatakan moyangnya dulu berasal dari China, datang ke Tanah Melayu dan mempunyai kemahiran dalam mengukir batu.
“Kami ukir tempat sembahyang Cina dulu, lepas itu baru bermula buat batu nisan sebab sini ramai orang Melayu. Selepas itu bermulalah warisan keluarga kami sebagai pembuat batu nisan.
“Dulu kawasan Kuala Selangor ada juga dua tiga keluarga Cina turut terbabit mengukir batu nisan. Tapi akhirnya hanya tinggal saya bersama abang saya saja dan sekarang saya seorang saja kerana abang sudah tidak sihat,” katanya.

Pengukir batu nisan seperti Kuah sebenarnya mementingkan soal kemahiran dan kegigihan. Kedua-dua aspek itu sama penting sebelum mereka layak mengukir dan menyiapkan batu nisan yang ditempah pelanggan.
“Soal mahir dan gigih sangat penting sebab membuat batu nisan bukan mudah. Ia membabitkan batu granit dan untuk memecahkan batu granit bukan perkara mudah. Di kuari, orang guna dinamit, tapi bagi saya ia mesti dilakukan menggunakan tangan.
“Walau sebesar mana pun batu yang akan dipecahkan, saya akan lakukan sendiri sebab itu saya kata penting kita memiliki kegigihan dan kemahiran,” katanya.
Kuah sangat mementingkan kualiti batu yang diukirnya dan katanya walaupun kini ramai lebih gemar menggunakan batu nisan acuan, baginya walaupun cantik, ia tidak mampu bertahan lama.
Jika menggunakan batu granit, dia sendiri akan memecahkannya menjadi bentuk batu nisan sebelum diukir bahagian atas batu nisan agar menjadi cantik tetapi membiarkan bawah batu nisan berkeadaan seperti batu asal (tanpa dilicinkan).
“Ramai tanya kenapa tak cantikkan bahagian bawah sekali. Saya cakap ini bahagian bawah ‘kasi’ cucuk dalam tanah sebab itu dia perlu nampak seperti batu asal. Rahsianya adalah bila berkeadaan sedemikian, ia mampu berdiri tegak sehingga puluhan tahun kerana bahagian bawahnya mengikut alunan tanah.
“Cuba bandingkan dengan batu nisan acuan, pasang tidak sampai enam bulan sudah senget. Sebab semua licin dari atas sampai bawah. Ia pun tidak boleh bertahan lama. Batu granit boleh bertahan hingga ratusan tahun.
“Satu lagi bahagian ukiran nama si mati. Jika ‘trend’ sekarang adalah cetak dan tampal. Tapi saya masih mengukir nama si mati dan tarikh kematiannya. Mula-mula saya tulis guna dakwat sebelum memahat nama itu,” katanya.

Kuah menyatakan bukan senang untuk memahat dan mengukir batu. Ia memerlukan tenaga dan dalam usianya kini sudah tidak banyak yang boleh dilakukan olehnya.
Kerancakan Kuah bercerita semakin perlahan apabila menyatakan industri ini akan berkubur kerana ketiadaan pewaris untuk meneruskan legasi apek pengukir batu nisan.
“Saya dan abang saya pewaris terakhir. Anak-anak tidak mahu teruskan warisan ini kerana tiada siapa mahu kerja berat ketuk batu. Lagipun pekerjaan ini tidak boleh menjadi kaya, siapa mahu teruskan,” katanya.
Mungkin selepas ini tiada lagi keistimewaan apek pengukir batu nisan. Legasinya akan terus tinggal sejarah kerana tiada pewaris selain ketiadaan minat daripada generasi muda meneruskan atau menuntut ilmu mengukir batu nisan ini.
“Saya tak pilih orang. Siapa saja boleh belajar asal ada minat. Saya bimbang kalau tidak ada pelapis. Ini industri yang diperlukan orang sehingga zaman akhir nanti,” katanya.
The post 40 tahun ukir tulisan Jawi pada batu nisan, lelaki Cina ini disenangi masyarakat Muslim appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/40-tahun-ukir-tulisan-jawi-pada-batu-nisan-lelaki-cina-ini-disenangi-masyarakat-muslim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Bangsa Cina Jadi Pengukir Batu Nisan Tulis Jawi Untuk Muslim Kuala Selangor Lebih 40 Tahun

Lelaki Bangsa Cina Jadi Pengukir Batu Nisan Tulis Jawi Untuk Muslim Kuala Selangor Lebih 40 Tahun

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 363 hits
Ohmedia cukup tertarik untuk kongsikan dekat korang semua tentang perkara yang berkaitan dengan tulisan Jawi ni Maklumlah ada banyak pihak yang takut sangat nak belajar tulisan Jawi ni dengan alasan boleh jadi orang Islam Tapi sebenarnya bu...
Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

Zahid Dakwa Pakatan Utamakan Isu Hiasan Tahun Baru Cina Berbanding Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 470 hits
Zahid dakwa Pakatan utamakan isu hiasan Tahun Baru Cina berbanding tulisan Jawi Dikemas kini 13 minit yang lalu Diterbitkan p
Lelaki Cina Tua Ini Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Seriuslah

Lelaki Cina Tua Ini Tidak Takut Dengan Tulisan Jawi Seriuslah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 837 hits
Hi gais kali ini Ohmedia bawakan kepada korang yang trending di OhMedia hari ini iaitu seorang lelaki cina tua yang tidak takut dengan tulisan jawi Tak takut Seriuslah Kalau korang nak tahu ulasannya korang kena tonton video ini Sumber Oh M...
Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan Tulisan Jawi Pula Dikata Kuno Sampah

Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan Tulisan Jawi Pula Dikata Kuno Sampah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 535 hits
Menjelang Tahun Baru Cina yang akan diraikan tidak lama lagi Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menganjurkan sebuah bengkel seni kaligrafi Cina semalam 4 Jan 2020 YB di Beng...
Disebalik Kemelut Melanda Remaja Cina Ini Tarik Perhatian Luah Minat Tulisan Jawi

Disebalik Kemelut Melanda Remaja Cina Ini Tarik Perhatian Luah Minat Tulisan Jawi

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 314 hits
Sebelum ini panas mengenai isu pelaksanaan Jawi di sekolah vernakular yang mendapat tentangan hebat terutamanya dari NGO sekolah sekolah cina Dong Zong sehinggakan sebuah kongres diadakan bagi menentang pelaksanaan tersebut Perkara ini tela...
Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

Malaysia Dibakar Isu Tulisan Jawi Hiasan Tanglung

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 369 hits
January 13 2020 9 00 AMTatkala Australia sedang menghadapi kebakaran hutan yang berleluasa negara kita Malaysia juga sedang terbakar dengan isunya tersendiri Ketegangan dan kontroversi yang ditimbulkan kerana 3 muka surat tulisan Jawi dan h...
Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

Tpm Menteri Lawat Sekolah Terima Aduan Perhiasan Melampau Tahun Baharu Cina

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 555 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetuai deligasi melawat dan memberi sokongan terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong 1 di Selangor selepas sekolah itu menerima aduan daripada ibu bapa yang meminta hi...
Notis Cuti Tahun Baru Cina

Notis Cuti Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 2228 hits
Untuk makluman semua kami mula bercuti pada 23 1 2020 Hari ini 21 1 2020 LAST PROSES LOAN Mulai esok Team Iza tidak dah stopproses dan akan bersambung semula seperti biasa 29 1 2020 TEAM EXPRESSLOANBYIZA
Tulisan Jawi Umno Baru Sedar Pentingnya Tulisan Ini

Tulisan Jawi Umno Baru Sedar Pentingnya Tulisan Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 374 hits
Tulisan jawi adalah tulisan yang sebati buat orang orang Melayu sejak zaman datok nenek moyang kita lagi Ini tulisan yang digunakan di dalam Al Quran tetapi Al Quran ditulis di dalam Bahasa Arab maka dikenali sebagai tulisan Arab Tidak perl...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator