4 Resipi Mudah Masak Soto Laksa Memang Sedap


Menu soto dan laksa, hidangan paling sesuai untuk menggantikan nasi. Sedap dan juga mengenyangkan.
Sesuai dimakan pada bila-bila masa saja, lagi-lagi sarapan dengan soto dan laksa, memang terangkat!
Soto dan laksa, sajian kaya rempah dan berperisa ni memang kegemaran zaman berzaman-zaman.
 
SOTO AYAM BLC

BAHAN BAHAN:
1 ekor ayam | potong 4
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk lada putih
(2-4 biji) bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 sm kayu manis
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIHIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
BAHAN UNTUK MENUMIS/DIKISAR :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam
BAHAN SAMBAL CILI KICAP:
Segenggam cili padi | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi (perah airnya)
(Goreng dulu cili + bawang putih dan kisar, satukan semua bahan dengan kicap)
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih.
4. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika.
5. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
7. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
8. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
9. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan ayam carik.
10. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
INFO CHEF: Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
 
LAKSA JOHOR

BAHAN-BAHAN:
400gm satu paket spageti
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
BAHAN A:
1 kg ikan kembung | direbus & ambil isi
500gm ikan parang | direbus & ambil isi
500gm udang basah | rebus & ambil isi
3 keping ikan kurau masin
5 sudu makan udang kering | direbus bersama 3-4 ekor udang basah
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
BAHAN B:
8 keping asam gelugur
3 biji kelapa parut (ambil santan pekat)
1 sudu makan gula melaka
1 mangkuk air rebusan udang & air rebusan ikan
BAHAN DIKISAR HALUS:
20 tangkai cili kering
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 batang serai
4 sm halia
4 sm lengkuas
2 sm kunyit hidup
3 sm belacan
9 sudu makan biji ketumbar
3 sudu makan biji jintan putih
3 sudu makan jintan putih
2 biji buah keras
4 sudu makan kerisik
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN ULAMAN:
Limau kasturi | dipotong untuk diperah
Tauge
Daun kesum @ daun selasih
Timun
Sambal belacan
Bawang besar | dipotong bulat
Kacang panjang
Lobak asin
CARA MASAK:
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
4. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
6. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
7. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
8. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi.
INFO CHEF: Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang, anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
 
SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN

BAHAN-BAHAN:
2 ekor sardin segar | asingkan isi dari tulang
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk
Minyak untuk menumis
1 ikat kangkung
1 lobak merah | dipotong jejari
50 gm kubis bunga
350 gm bihun | direndam dengan air biasa
Air secukupnya
4-5 keping keropok mentah
Garam secukup rasa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
2. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
3. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
4. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mee lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat.
 
KARI LAKSA UDANG YABBY

BAHAN PES LAKSA (DIKISAR):
300 gm cili kering | dibuang cili
150 gm halia | dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih | diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai| dihiris halus
½ cawan minyak masak
2 sm belacan | dibakar terlebih dahulu
1 ½ sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan (sudah dimasak)
¼ cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam | dibuang tulang & kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka @ gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus lembut
Gula & garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MASAK:
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
3. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
4. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
5. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya. Celur laksa dan tauge dalam air panas.
6. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama tauge, daun pudina, hirisan limau dan sambal (jika suka).
INFO CHEF: Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa: 
Mudah Rupanya Buat Sendiri Kuih Angku Tanpa Acuan

Ini Tipnya NakTelur Rebus Menjadi Dengan Cantik & Senang Dikupas

Sesekali Ubah Selera, Cuba Resipi Bakso Sedap & Simple

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: 



The post 4 Resipi Mudah Masak Soto & Laksa, Memang Sedap! appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/06/4-resipi-mudah-masak-soto-laksa-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Likat Memang Kaw Masak Laksa Utara Macam Ni Barulah Padu

Sedap Likat Memang Kaw Masak Laksa Utara Macam Ni Barulah Padu

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 107 hits
Ada yang teringin nak makan laksa Jom cuba buat Laksa Utara perkongsian saudari Mariana Zainal ni Sekali cuba pasti tidak menyesal Kuah yang enak pekat berperisa Sekali cuba memang layan habis Berikut adalah bahan bahan yang anda perlukan J...
Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

Resipi Sambal Goreng Jawa Sedap Cukup Rasa Masak Pun Mudah Je

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 98 hits
Wow Sedapnya Sambal Goreng Jawa ni Dimasak dengan campuran pelbagai bahan menjadikan hidangan ini jadi kegemaran ramai Lengkap dengan sayur protein dan karbohidrat kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan Nak cuba masa...
Cara Masak Simple Menu Nasi Ayam Briyani Memang Sedap

Cara Masak Simple Menu Nasi Ayam Briyani Memang Sedap

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 174 hits
Cuaca sejuk dan hujan ni sedap bila dapat makan hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Ayam Briyani ni Cara masak pun mudah je Inilah namanya menu simple yang berperisa Menurut tuan kongsi resipi ini Aisyah Humaira dia olah mengikut bahan ...
Buat Jemput Jemput Berinti Durian Resipi Mudah Terlajak Sedap

Buat Jemput Jemput Berinti Durian Resipi Mudah Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 67 hits
Suka makan Jemput Jemput Durian Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba Bila dimakan terasa inti isi durian segar ditengahnya Sangat sedap Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang Terasa nikmat...
Suka Makan Mangga Boleh Cuba 4 Resipi Ini Yang Mudah Sedap

Suka Makan Mangga Boleh Cuba 4 Resipi Ini Yang Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 83 hits
Mangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan Malah rasanya juga tidak mengecewakan enak dengan rasa masam manis Tak percaya ini ada empat menu yang mempunyai campuran mang...
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap Mudah

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Homemade Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 103 hits
Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni Kalau dibeli harga agak mahal Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA BUAT H...
Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

Lengkap Rasa Masam Manis Pedas Memang Perfect Resipi Ayam Masak Thai

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 90 hits
Masakan Thai antara resipi yang paling banyak diminati kerana rasanya yang lengkap dengan masam manis pedas Resipi ayam masak thai yang dikongsikan Liza Idris ini sangat senang untuk dimasak dan cepat siap untuk dihidangkan kepada keluarga ...
Pucuk Manis Masak Lemak Labu Kuning Yang Mudah Tapi Sedap

Pucuk Manis Masak Lemak Labu Kuning Yang Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 139 hits
Assalamualaikum Selamat Malam Pucuk Manis Masak Lemak Labu Kuning Yang Mudah Tapi Sedap Di luar hujan lebat petir sabung menyabung Anak anak dan suami dah tidur Fiza lepas iron baju boleh pulak mata tak nak lelap Teringat pulak tengahari ta...
Resipi Ikan Tepuk Asam Paling Mudah Sedap 3 Bahan Saja Confirm Nasi Bertambah

Resipi Ikan Tepuk Asam Paling Mudah Sedap 3 Bahan Saja Confirm Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 125 hits
Bosan dengan lauk pauk bersantan dan bertumis ikan asam dengan nasi panas sudah cukup buat nasi bertambah Apa resipi ikan asam power ni Resipi perkongsian ini anda kena cuba Simple tapi sedap Bahan bahan ikan tepuk asam Asam jawa Garam secu...
Senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan Pm Anwar Ibrahim

Saya Pemilik Myvi Alx 6996 Ingin Memohon Maaf

Malaysia Plans Another Megatower Taller Than Merdeka 118

Cecah Usia 27 Tahun Guinness World Records Iktiraf Flossie Kucing Paling Tua Di Dunia Yang Masih Hidup

Anwar Shouldn T Jeopardise Reformist Image

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Disember 2022

Rm600 Billion Sany Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Perbelanjaan Dana Tersebut

3 Kali Runding Umno Pahang Tolak Perpaduan Ummah Rela Ikut Dap



8 Aktiviti Malam Yang Sangat Mencurigakan

Demam PRU15 Ini Pendirian Sajat

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Terima Kasih Cinta Slot Akasia TV3

5 Pasangan Ayah Dan Anak Yang Beraksi di Piala Dunia

5 Model Yoyo Paling Mahal di Dunia


Mortgage Calculator Uk Membantu Kiraan Pasaran Hartanah

Platform Permainan Online Yang Selamat Untuk Kanak Kanak

Bayaran Google Adsense Kali Ke 24

Ishowspeed World Cup Chord

Denai Alam Recreational Park

Tanah Aina Fareena Cafe Bentong