4 Info Mudah Kutu Kucing
Seronok belai - belai kucing kalau dapat yang bulunya lembut dan gebu. Namun AWAS jika anda sentuh, belai atau terjumpa kucing yang ada kutu pada bulunya, kemungkinan anda untuk jadi mangsa gigitan kutu tersebut amat tinggi.
Kutu akan menyerang apabila kucing peliharaan anda terdedah kepada jangkitan kutu. Jangan tertukar antara kutu dan pepijat, simptom lebih kurang sama namun punyai cara pencegahan dan rawatan berbeza. Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengenalpasti serangga yang ada di kediaman anda.
Kutu kucing ini bukan biasa - biasa punya serangga. Kadang - kadang kesan daripada gigitan tu boleh membawa kepada jangkitan kuman dalam darah. Tambahan pula jika terdapat anak kecil di rumah, lagi lah risau jika kutu gigit anak anda. Boleh menyebabkan kulit sensitif dan penyakit kulit
Terdapat juga pelanggan E Pest yang mengadu mengalami masalah kutu kucing gatal keseluruhan badan dan ada juga yang sampai dimasukkan ke hospital. Selepas treatment E Pest dijalankan, baru selesai masalah kutu yang dialami.
Pihak E Pest akan mencadangkan sebelum servis dijalankan, kucing yang ada di rumah perlulah dihantar grooming atau dimandikan dengan sabun khas untuk mematikan kutu. Hal ini untuk menghalang kucing tersebut terus menjadi 'host' atau perumah kepada kutu tersebut.
Berikut merupakan info mudah kutu kucing yang penting untuk anda ketahui:
1) Bentuk fizikal
Kutu merupakan serangga bewarna coklat kemerahan namun berbentuk kurus. Kutu lazimnya berukuran sedikit kecil dengan 1.5-4 mm panjang. Jika dilihat dari atas, bentuk badan kutu kelihatan panjang dan kurus. Oleh itu, dengan mengenali bentuk fizikal sahaja anda sudah dapat mengenali kutu jika terdapat serangga tersebut di kediaman anda.
2) Sumber makanan
Untuk pengetahuan anda, darah merupakan sumber makanan utama kutu. Kutu menjadikan manusia serta haiwan seperti kucing untuk mendapatkan darah sebagai sumber makanan. Jika anda ada memelihara kucing, anda perlu memastikan kucing anda bebas dari serangga parasit seperti kutu kerana ia bukan sahaja menjadikan kucing anda sebagai sumber makanan tetapi akan menjadikan anda sebagai target sumber makanan.
3) Habitat
Seperti yang anda sedia maklum, habitat kutu adalah di celahan bulu-bulu haiwan peliharaan anda. Jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing, anda harus memastikan kebersihan bulu-bulu kucing untuk menghindarkan kutu menjadikan kucing anda sebagai tempat tinggal mereka. Kucing perlulah selalu dihantar grooming atau mandikan dengan sabun khas anti kutu
4) Pergerakan
Untuk pengetahuan anda, kutu juga merayap namun kutu mempunyai kebolehan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Kebolehan kutu melompat menjadikan ia sangat cepat untuk menggigit manusia dan kesan gigitan juga dapat dilihat dalam waktu yang singkat.
Jika anda berada sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur, juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi.
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada kutu kucing di persekitaran saya ! 2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah kutu kucing di kediaman anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mypestnews.com/2019/11/4-info-mudah-kutu-kucing.html