4 Hari 3 Malam Di Fukuoka Japan



Penerbangan dari Busan ke Fukuoka mengambil masa satu jam. First time naik Air Busan, departing and landing smooth je. Sepanjang penerbangan tak sempat nak tertidur pun sebab I AM SOO EXCITED! Fukuoka ni sangat dekat dengan Busan, lebih dekat dari Jeju. Tetapi cuaca sedikit berbeza, Busan sejuk lagilah masa ni. Aku sampai di Fukuoka sudah petang. Beli portable wifi dekat airport then kami (aku dan parents) menuju ke train untuk pergi ke penginapan yang kami book through agoda.com

Kami pilih untuk menginap di guesthouse japanese style di Hakozaki. Belakang guesthouse ni ada sungai besar. Pagi-pagi punya view memang cantik gila, aku tak tipu weh! So cerita kami sesat nak cari guesthouse ni memang epik gila la. Kami berjalan kaki dari station yang kami turun ke guesthouse hampir 10km tau. So nasihat aku, please study map betul-betul. Train di Japan ni banyak line. Mark betul-betul guesthouse yang korang book tu dekat dengan station apa, then tengok line train betul-betul, baca betul-betul (refer color atau nombor). Nak mudah download App map di Appstore (ie. Fukuoka Rail Map Lite) because its helps a lot!

Download App Fukuoka Rail Map Lite
Kesilapan aku adalah aku tak tahu yang Hakozaki itu ada 3 station. Hakozaki (orange), Hakozaki-Miyamae (pink) dan Hakozaki-Kudyaimae (pink). Kalau sudah salah mark peta atau salah ambil train atau salah turun station, maka berjalanlah kamu dimuka bumi tuhan dengan hati yang tenang dan lapang. Huhuhu. Nak buat macam mana, dah salah sendiri. Tapi tenang-tenang je. Benda boleh settle kan. 
Drup drap drup drap. Sampai je di guesthouse sudah magrib. Sumpah dowh kakiku sakit. Kesian orang tua aku. Tetapi nasib baik diaorang steady je. Aku je tak chill. Hahaha.

View perjalanan kami menuju ke guesthouse
Owhyeah, nak cari teksi dikawasan Hakozaki ni agak susah. No grabcar no Uber. All places di Fukuoka ni aku tengok citizen sini banyak menggunakan basikal dan bas. Baru aku tahu, nak own basikal disini tu kena ada lesen tau. Kena follow undang-undang macam motorbiker punya undang. Kalau tak ikut undang-undang, pengguna basikal boleh kena saman. Di fukuoka ni, kat mana-mana kau akan nampak orang bawa basikal 🚴🏻‍♂️🚴🏻‍♀️🚴🏻‍♂️🚴🏻‍♀️ Lalalala~ What a view

Aku sampai di Fukuoka pada hari cuti kebangsaan mereka (esoknya), patutlah aku pelik kenapa sunyi gila bandar Fukuoka ni. Aku dah rasa macam seram-seram gitu. Bandar cantik tapi tak ada orang lalu lalang, lagi-lagi kawasan guesthouse aku tu. Cengkerik pun takut nak berbunyi. Sunyi gila sesunyi hatiku. *Gitew* Rupanya, diaorang sedang bercuti. Entah apa diaorang buat dalam rumah tu. "Weh, jiran sebelah, keluarlah rumah, ni orang malaysia datang ni." *Cehh* Gambar dan video kat bawah ni adalah gambar guesthouse dan sekitarnya.

H A K O Z A K I
(video)



Machine gedegang ni akan jumpa merata-rata di Fukuoka

Hari kedua kami masih lagi sesat. Salah beli tiket train, salah naik train, salah turun station semuanya salah. *Huhh* Tapi, ayah aku kata inilah namanya jalan-jalan. Lebih banyak sesat, lebih kita mahir to deal it for the next time. Ye bah benar banget. Marilah kita berjalan jalan. 
Hari kedua kami berjaya sampai di Sasaguri dan Pulau Nokonoshima. Dua tempat ni betul-betul terletak hujung dunia dengan hujung dunia. Sasaguri terletak dipendalaman fukuoka, so dapatlah tengok view kampung japan dan tanaman padi di kiri kanan laluan kereta api. Yes, it is soo breathtaking. Untuk pergi ke Pulau Nokonoshima, kena naik feri di Nokonoshima Ferry port. Dari Sasaguri, aku change train dekat Hakata. Take subway to Meinohama-eki, then ambil bus Nishitetsu Bus pergi ke Nokonoshima Ferry port.

O F F    T O    S A S A G U R I


S A S A G U R I






O F F    T O    N O K O N O S H I M A    I S L A N D




N O K O N O S H I M A   I S L A N D




Balik dari nokonoshima Island kami naik bas Nishitetsu all the way to hakozaki. Barulah aku tahu yang Nishitetsu bus ada app online yang boleh track pergerakan bas, boleh tahu bas apa nak kena naik, bus stop apa yang paling dekat dengan kita dan boleh tahu macam mana nak move from one destination to another destination dengan naik bus Nishitetsu ni. Iya hanya dengan app yang sama. Nishitetsu Bus is widely used in fukuoka. So, sebelum sampai fukuoka, download lah app ni siap-siap. Ia sangat sangat membantu.
Hari ketiga kami pergi Ohori park, jalan-jalan di Tenjin, pergi ke Fukuoka tower, melawat shrine di Hakozaki dan naik bus keliling bandar.

Fukuoka dan Busan walaupun hanya sejam penerbangan (to estimate jarak = jeju lebih jauh dari busan berbanding fukuoka) tetapi culture, architecture, bahasa, system dan attitude totally berbeza. Perception aku terhadap fukuoka gugur disaat hari pertama aku menapak kaki di airport Fukuoka. Aku fikir Fukuoka ni sama je macam Busan. Tetapi, tidak ya teman-teman semua! It is a very nice, clean and systematic country. Aku mula membanding-bandingkan diantara dua negara ini. Diantara Korea Selatan dan Japan. Diantara Geoje Island dan Nokonoshima Island. Diantara Busan dan Fukuoka. Tetapi, apa yang aku boleh konklusikan, kedua-duanya ada identiti dan keunikan tersendiri

O H O R I    P A R K





F U K U O K A    T O W E R



H A K O Z A K I    S H R I N E




T E N J I N



Esok (hari keempat) kami akan pulang ke Busan. Flight kami waktu pagi so kiranya hari ini adalah hari terkahir untuk kami berjalan-jalan di Fukuoka. Tak tahu nak cari souvenir kat mana tetapi alhamdulillah sepanjang melawat tempat-tempat menarik di hari sebelum-sebelum ni, aku dah siap-siap beli souvenir. So, tak adalah fikir sangat nak cari apa-apa lagi.

Overall, I am so happy and grateful because Allah allows me to be here. Lebih banyak tempat aku pergi, lebih aku appreciate perbezaan manusia. Lebih aku faham kenapa tolak ansur itu perlu ada dalam diri setiap manusia. Raikan perbezaan kerana perbezaan itulah menjadikan manusia itu manusia.

Bila aku pergi banyak tempat dan jumpa banyak jenis manusia, aku semakin kurang men-judge orang dan fikiran aku lebih terbuka. Bertemu dengan orang mesir bernama Muhammad, pemandu bus Nishitetsu yang tak lekang senyuman, sister christian yang jumpa di bus stop Ohori dan rakyat japan yang penuh budaya ketimuran menjadikan perjalanan aku di Fukuoka lebih terisi dan bererti. Jika diizinkan untuk sampai dibumi matahari terbit lagi, aku mengharap dapat belajar lebih banyak lagi dari mereka.

Love, Adios!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ainieyshah.com/2019/04/4-hari-3-malam-di-fukuoka-japan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Real Count Kpu Terbaru Jokowi Vs Prabowo Jelang Malam Hari

Inilah Real Count Kpu Terbaru Jokowi Vs Prabowo Jelang Malam Hari

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 241 hits
Hasil sementara real count KPU pada pukul 16 30 WIB Senin sore siapa yang unggul
Sering Kencing Di Malam Hari Juga Tanda Hipertensi

Sering Kencing Di Malam Hari Juga Tanda Hipertensi

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 480 hits
Anda termasuk orang yang sering kencing atau beser pada malam hari Biasanya kebiasaan ini diidentikkan dengan gejala diabetes mellitus Namun kini sebuah penelitian terbaru menyebutkan bahwa beser pada malam hari juga tanda hipertensi Benark...
Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

Protected 3 Hari 2 Malam Trip Geli Geli Di Pulau Mantani Sabah Sponsored By Coca Cola

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 338 hits
This content is password protected To view it please enter your password below Password The post appeared first on
Pendistribusian Logistik Pemilu Ke Wilayah Kapuas Hulu Memakan Waktu 2 Hari 1 Malam

Pendistribusian Logistik Pemilu Ke Wilayah Kapuas Hulu Memakan Waktu 2 Hari 1 Malam

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 259 hits
Agar logistik aman dari air logistik di bungkus dengan plastik serta saat perjalanan lewat jalur air logistik ditutup menggunakan terpal
3 Hari 2 Malam Di Sentosa Island Singapore Sponsored By Resort World

3 Hari 2 Malam Di Sentosa Island Singapore Sponsored By Resort World

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 546 hits
Baru baru ni aku teringin nak bercuti tapi masalahnya nak travel jauh jauh macam malas sebab kerja banyak Jadi destinasi yang aku rasa paling sesuai untuk aku pergi adalah Singapura Dekat dan happening Bagi mereka yang tinggal di lembah kla...
Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

Percutian 5 Hari 4 Malam Di Seoul Korea Part 1

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 617 hits
Hi Siapa sini layan drama korea Kita geng Aku baru sahaja khatam episode drama bersiri Touch Your Heart lakonan Lee Dong Wook Aku bukan nak cerita tentang drama tersebut cuma pandangan aku tertumpu pada kepesatan dan kesibukan ibukota Seoul...
Rajin Bekerja Di Siang Hari Dan Giat Beribadah Di Malam Hari Orang Ini Diberi Hadiah Tak Terduga

Rajin Bekerja Di Siang Hari Dan Giat Beribadah Di Malam Hari Orang Ini Diberi Hadiah Tak Terduga

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 432 hits
Kisah ini menceritakan tentang kecintaan seorang budak kepada Tuhannya yang tetap ia perjuangkan walaupun ia harus bekerja kepada tuannya Budak ini bukan sembarangan budak Karena budak ini menjadi salah satu kekasih Allah SWT Kisah ini terd...
Hari Jumaat Banyakkan Selawat

Hari Jumaat Banyakkan Selawat

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 2084 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Pada hari yang mulia ini mari kita bersama sama mengucapakn salam serta selawat Semoga kita menjadi umat Nabi Muhammad yang terbaik di sisi Baginda
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket