31 Pelajar Terima Surat Tawaran Pinjaman Mara Daripada Perdana Menteri


Pada Maca 2019 yang lepas, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kepada pelajar yang layak bagi memohon pinjaman MARA bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia ( WORLD’S TOP UNIVERSITIES, WTU).
Selepas saringan dibuat, kini seramai 31 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik dunia (WTU) menerima surat tawaran pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Penerimaan surat tawaran pinjaman MARA ini lebih bermakna kepada pelajar yang layak. Ini kerana, mereka akan menerima surat tersebut sendiri daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.
Mereka akan melanjutkan pelajaran ke universiti seperti University of Oxford, Imperial College London, University College London dan London School of Economics and Political Science di United Kingdom, University of Michigan di Amerika Syarikat, Technical Ludwig-Maximilians Universitat Munchen di Jerman dan Nanyang Technological University di Singapura. 
Menurut pihak MARA, program WTU itu merupakan pinjaman pelajaran MARA kepada pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terbaik dunia.
Mereka mestilah tidak pernah memiliki sijil di Peringkat Sarjana Muda dan mestilah berumur di bawah 25 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.
Program pinjaman pelajaran MARA telah diwujudkan sejak 1966 dan telah menaja seramai 523,940 orang pelajar, katanya. MARA memaklumkan, bagi tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion di bawah program itu dan setakat Mei, sejumlah 37,909 pelajar telah mendapat manfaat mengikuti pengajian di institusi dalam dan luar negara. 
[Sudah Baca?] Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA
Program WTU adalah kesinambungan dan penambahbaikan daripada program sedia ada dan pada tahun ini, MARA memperluaskan pilihan universiti kepada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Jepun, China, Korea, Rusia dan Switzerland, katanya.
Pemilihan universiti-universiti berkenaan dirujuk kepada kedudukan universiti terbaik yang dikeluarkan oleh organisasi pengiktirafan peringkat antarabangsa setiap tahun, kata MARA.
Antara Pelajar Yang Menerima Tawaran Pinjaman MARA Salah seorang penerima tawaran tersebut ialah saudara Amir Khaled Farid. Adik Amir begitu teruja menerima surat tawaran itu daripada Dr Mahathir sendiri yang merupakan antara idolanya dalam bidang politik selain bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Beliau yang akan melanjutkan pelajaran dalam kursus Falsafah Politik dan Ekonomi di London School of Economics and Political Science itu berhasrat untuk menjadi ahli politik yang mampu mengubah landskap politik negara supaya lebih matang dan lebih fokus kepada isu berbanding sentimen emosi.
“Ini merupakan satu motivasi dan saya akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian untuk membantu membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas menerima surat tawaran itu.
Diharap kepada adik-adik yang menerima Pinjaman MARA ini supaya belajar bersungguh-sungguh di luar negara. Jagalah nama baik Malaysia dan bukti Malaysia juga mampu melahirkan pelajar yang berkualiti sekali gus dapat mengharumkan nama negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pendidikan4all.net/terima-surat-tawaran-pinjaman-mara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=terima-surat-tawaran-pinjaman-mara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pinjaman Perniagaan 2019 5 Tawaran Sehingga Rm5 Juta

Pinjaman Perniagaan 2019 5 Tawaran Sehingga Rm5 Juta

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 682 hits
Pinjaman Perniagaan 2019 Rebut 5 Tawaran Bantuan Pinjaman Sehingga RM5 Juta yang boleh lulus dengan mudah Mahukah anda kami Mypt3 tunjukkan kepada anda senarai bantuan perniagaan yang mudah untuk anda mohon Dan yang menariknya Dan yang mena...
Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

Husam Pilihan Anwar Untuk Jadi Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 276 hits
Bila Datuk Husam Musa mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri bila Datuk Seri Anwar Ibrahim naik sebagai Perdana Menteri terus saya teringat kepada pendedahan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution...
Gerindra Tegaskan Tolak Tawaran Menteri Dari Presiden Jokowi

Gerindra Tegaskan Tolak Tawaran Menteri Dari Presiden Jokowi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 157 hits
Syafi i meyakini Gerindra bakal condong menjadi oposisi Sebab dalam demokrasi oposisi dibutuhkan sebagai penyeimbang
Pm Serahkan Felo Perdana Dan Korporat 2019 Pada Menteri Ceo

Pm Serahkan Felo Perdana Dan Korporat 2019 Pada Menteri Ceo

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 254 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyerahkan Felo Perdana dan Korporat 2019 kepada menteri Kabinet dan ketua pegawai eksekutif syarikat korporat Seramai 76 felo perdana diserahkan kepada 28 jemaah menteri dan ketua...
Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

Datuk Seri Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri Mantan Ketua Staf Pejabat Dsai

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 272 hits
Semalam 12 Julai 2019 dalam ucapan beliau pada Sogo s 25th Charity and Business Partners Appreciation Nite 2019 di Hotel Shangri La sekali lagi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan betapa dasar dasar pro Melayu mesti dihapuskan ...
Luar Biasa Najib Arah Kwap Beri Pinjaman Sebelum Ada Surat Jaminan

Luar Biasa Najib Arah Kwap Beri Pinjaman Sebelum Ada Surat Jaminan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 380 hits
KUALA LUMPUR 10 Julai Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan mempercepatkan pengeluaran wang pinjaman kepada SRC International Sd...
Ppsmi Kpm Sambut Baik Saranan Perdana Menteri

Ppsmi Kpm Sambut Baik Saranan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 293 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia menyambut baik saranan yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengajaran dana pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris semsa sesi Waktu Pertanyaan Menter...
Presiden Pks Akui Terima Surat Dari Prabowo Soal Pertemuan Dengan Jokowi

Presiden Pks Akui Terima Surat Dari Prabowo Soal Pertemuan Dengan Jokowi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 140 hits
Betul Jumat sekitar jam 23 00 WIB utusan beliau antar surat ke rumah memberitahu bahwa besok atau lusa atau lain waktu beliau akan bertemu Pak Jokowi kata Sohibul
Mahathir Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Kata Anwar

Mahathir Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 271 hits
Mirzan pula membeli syarikat arak dari Filipina San Miguel dengan harga RM2 9 bilion dan setelah mengaut keuntungan berlipat ganda dari syarikat arak tersebut beliau beli pula Esso Malaysia dengan harga RM1 7 bilion lalu ditukar namanya kep...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih