Luar Biasa Najib Arah Kwap Beri Pinjaman Sebelum Ada Surat Jaminan


KUALA LUMPUR, 10 Julai  — Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan supaya Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mempercepatkan pengeluaran wang pinjaman kepada SRC International Sdn Bhd, lebih awal sebelum surat jaminan kerajaan dikeluarkan yang merupakan amalan luar biasa.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang juga bekas Pengerusi KWAP Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, 67, berkata Najib mengarahkan demikian dalam satu panggilan telefon namun beliau tidak mengingati bila panggilan telefon itu dibuat.

Loading… Panggilan telefon itu merujuk kepada permohonan SRC untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion daripada KWAP pada tahun 2011.
“Saya telah menerima panggilan dari Datuk Seri Najib supaya Kementerian Kewangan keluarkan surat kepada KWAP supaya KWAP dapat keluarkan lebih awal pinjaman yang dipohon, dan akan disusuli dengan surat jaminan kerajaan secepat mungkin,” kata saksi itu.
Wan Abdul Aziz merupakan saksi pendakwaan ke-45 berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari ke-35 kes Najib melibatkan dana SRC hari ini.
Kepada soalan Suhaimi adakah pengeluaran pinjaman sebelum surat jaminan kerajaan dikeluarkan itu adalah amalan biasa, saksi itu berkata tidak, sebaliknya ia adalah satu “amalan luar biasa”.

Ketika ditanya kenapakah arahan luar biasa itu tetap dilakukan, Wan Abdul Aziz berkata ia kerana kerajaan telah menjadi penjamin kepada pinjaman terbabit dan ia telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
Suhaimi turut menyoal sama ada Bekas Setiausaha Bahagian Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan, Datuk Maliami Hamad mengetahui berhubung panggilan telefon dari Najib itu.
“Saya beritahu Maliami bahawa Datuk Seri Najib arahkan Kementerian Kewangan mengeluarkan surat bagi tujuan pengeluaran wang itu dan saya minta Maliami keluarkan surat pada hari sama panggilan dibuat,” kata Wan Abdul Aziz.
Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung. — Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/luar-biasa-najib-arah-kwap-beri-pinjaman-sebelum-ada-surat-jaminan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Src Najib Percepat Jaminan Pinjaman Bukan Amalan Biasa Maliami

Kes Src Najib Percepat Jaminan Pinjaman Bukan Amalan Biasa Maliami

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 457 hits
Datuk Seri Najib RazakKUALA LUMPUR Pertimbangan Jemaah Menteri untuk mempercepatkan jaminan kepada SRC International terhadap pinjaman RM2 bilion bukanlah amalan biasa Kementerian Kewangan Bekas Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kemen...
Rentasan Berita 527 Terbongkar Saksi Dedah Amalan Luar Biasa Dibawah Pimpinan Najib

Rentasan Berita 527 Terbongkar Saksi Dedah Amalan Luar Biasa Dibawah Pimpinan Najib

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 269 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 527 1 NAJIB LEBIH TERKENAL DARIPADA NIK AZIZ 2 HUKUMAN KE ATAS WAN JI UNDANG BANYAK SIMPATI 3 AKTIVIS HAK ASASI MANUSIA GESA HAPUS AKTA HASUTAN 4 MENGAPA ASYIK MENCARI MUSUH POLITIK Layari Facebook kami untuk mendapat...
Kasus Suap Di Pn Jakbar Kpk Terbitkan Surat Cegah 3 Orang Ke Luar Negeri

Kasus Suap Di Pn Jakbar Kpk Terbitkan Surat Cegah 3 Orang Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 261 hits
Febri mengatakan kedua jaksa tersebut akan diproses lebih lanjut secara internal KPK percaya Kejaksaan akan profesional menangani atau memproses dua orang tersebut
8 Manfaat Luar Biasa Yang Bisa Diperoleh Tubuh Dari Konsumsi Pisang Mentah

8 Manfaat Luar Biasa Yang Bisa Diperoleh Tubuh Dari Konsumsi Pisang Mentah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 315 hits
Ketika memilih pisang untuk dikonsumsi kita hampir selalu memilih pisang berwarna kuning yang tampak telah matang Hal ini lantaran rasa dari pisang tersebut yang sudah manis dan lezat
Pinjaman Rm4b Src Tanpa Projek Antara Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

Pinjaman Rm4b Src Tanpa Projek Antara Perbicaraan Kes Najib Minggu Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Ke mana perginya RM4 bilion yang dipinjam SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan Mahkamah Tinggi diberitahu tiada sebarang projek yang wujud menggunakan wang RM4 bilion yang dipinjam oleh syari...
17 Cara Tingkatkan Income Google Adsense Secara Luar Biasa

17 Cara Tingkatkan Income Google Adsense Secara Luar Biasa

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 461 hits
Aynorablogs Com 17 Cara Tingkatkan Income Adsense Secara Luar Biasa Ya Income secara luar biasa yang jarang jarang kita dapat Tapi gunakan cara yang biasa biasa je cara yang jarang kita buat Sebab apa jarang buat Kerana kita kurang ilmu unt...
Syafruddin Arsyad Dibebaskan Ma Kpk Akan Lakukan Upaya Hukum Luar Biasa

Syafruddin Arsyad Dibebaskan Ma Kpk Akan Lakukan Upaya Hukum Luar Biasa

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 224 hits
Syafruddin Arsyad Dibebaskan MA KPK Akan Lakukan Upaya Hukum Luar Biasa Saut mengatakan pihaknya akan melaksanakan putusan MA Saut menyebut KPK tetap menghormati dunia peradilan
Sir Jony Ive Dilaporkan Hilang Semangat Dengan Arah Tuju Apple Sebelum Meninggalkan Syarikat

Sir Jony Ive Dilaporkan Hilang Semangat Dengan Arah Tuju Apple Sebelum Meninggalkan Syarikat

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 259 hits
Berita selepas bertugas hampir tiga dekad adalah antara berita palingan hangat minggu lalu Beliau kini dilihat sebagai antara pereka paling berpengaruh dalam sejarah kerana menghasilkan iPhone iPad iPod iMac MacBook dan banyak lagi produk y...
Tok Pa Menteri Yang Paling Banyak Hulur Surat Kepada Ambo Najib

Tok Pa Menteri Yang Paling Banyak Hulur Surat Kepada Ambo Najib

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 438 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak buat pertama kalinya meluahkan perasaan kecewa beliau terhadap Datuk Seri Mustapa Mohamed yang keluar parti selepas UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Menurut Najib selain terkejut den...
Anna Jobling Dan Ibu Gaduh Besar Tergamak Buat Perintah Injuksi Kalau Masuk Penjara Saya Reda

Wanita Mengaku Tak Salah Langgar Cuba Bunuh Anggota Polis

Data Analytics For Business Decisions

Resepi White Macadamia Cake

Bistro Kia Peng Bakal Dibuka Dengan Pelbagai Menu Citarasa Malaysia

Kelantan Jenazah Empat Sekeluarga Dalam Bahadur Di Gua Musang Dikebumikan Dalam Satu Kubur

2 000 Attend Malaysia Bangkit Untuk Gaza Rally At Dataran Merdeka New Straits Times 09 08 2025

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setiap Kesilapan Boleh Ditegur

Apakah Maksud Perintah Injuksi

Orang Hilang Mereka Pergi Tanpa Jejak Kita Menunggu Tanpa Jawapan

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Mimpikita Cipta Revolusi Melalui Timelapse Rai Perubahan Gaya Pagi Ke Malam Maya

Situasi Apa Yang Perlu Rujuk Ke Unit Kecemasan Hospital Ini Panduan Buat Anda