30 Januari 1990 Pas Kelantan Lucutkan Jawatan Penggerak Kumpulan Islah


 
Hisham Fauzi


30 Januari 1990 : PAS Kelantan Lucutkan Jawatan Penggerak Kumpulan Islah




Oleh : Dr. Mohd Fadhli Ghani (Institut Al-Balaghul Mubin)


Pada hari ini dalam tahun 1990, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah bertindak melucutkan semua jawatan yang pegang oleh penggerak Kumpulan Islah, iaitu sekumpulan ahli PAS yang menentang kerjasama PAS dengan Semangat 46 (S46). Kumpulan Islah ini wujud pada awal 1989 setelah PAS bersetuju membentuk kerjasama politik dengan serpihan Umno.


Sepanjang rundingan antara PAS dan S46 yang dipimpin oleh Tengku Razaliegh Hamzah, kumpulan ini telah beranggapan bahawa serpihan Umno ini sebagai kelompok yang sesat, sedangkan pemimpin PAS melihat mereka sebagai sasaran dakwah (mad'u) yang mempunyai potensi membantu PAS dalam politik. Antara tokoh utama Kumpulan Islah ialah Ustaz Mohd Nor Idris dan Ustaz Mustapha Taib yang merupakan pimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat. Mereka berpegang bahawa kerjasama dengan S46 hanya melahirkan kemenangan tempelan, bukannya kemenangan sejati.


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegur sikap mereka yang mengkafirkan ahli-ahli Umno. Sedangkan Dewan Ulamak PAS membahagikan ahli Umno kepada tiga golongan. Kelompok yang menolak hukum Islam secara sedar sahaja dianggap sesat kerana perbuatan mereka, sedangkan yang lain menjadi sasaran dakwah PAS.


Sebahagian ahli utama Kumpulan Islah adalah ahli-ahli Badan Perhubungan PAS Kelantan iaitu Ustaz Mawardi Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya), Sabri Mohamad (Setiausaha Perhubungan), Ustaz Ismail Noh (Bendahari) serta Ustaz Mustapha Taib, Ismail Abdullah dan Wan Daud Wan Jusoh sebagai Ahli Jawatankuasa Perhubungan. Pada 26 Februari 1989, mereka telah diberikan amaran supaya menghentikan kegiatan ini atau mereka berhenti daripada Badan Perhubungan PAS Kelantan. Ekoran itu, dalam sesi 1989/1991, nama mereka telah digugurkan daripada badan tersebut.


Oleh kerana penentangan terbuka terus berlaku oleh Kumpulan Islah terhadap kerjasama PAS-APU, pada 7 Ogos 1989, satu pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Rusila, tetapi gagal meredakan keadaan. Sebaliknya mereka terus menentang PAS dengan mengadakan majlis di Bechah Mulong, Kota Bharu pada 17 Ogos 1989.


Setelah beberapa siri rundingan gagal, PAS Kelantan telah membuat laporan tatatertib terhadap 10 orang aktivis Kumpulan Islah iaitu Ustaz Mawardi Ahmad, Sabri Mohamad, Ustaz Ismail Noh, Ustaz Mohd Nor Idris, Ustaz Mustapha Taib, Ustaz Wan Ismail Ahmad, Ustaz Wan Daud Wan Jusoh, Ismail Abdullah, Kamarulzaman Ismail dan Mohamad Awang Mat.


Kesemua 10 orang ahli PAS ini telah diberikan surat tunjuk oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS pada 5 November 1989, yang diikuti oleh pemecatan tiga daripada mereka iaitu Ustaz Mohd Nor Idris, Ustaz Wan Ismail Ahmad (Wan Semail Machang) dan Ustaz Wan Daud Wan Jusoh. Untuk melicinkan perjalanan parti, PAS Kelantan pada 30 Januari 1990 telah melucutkan semua jawatan Sabri Mohamad, Ustaz Mustapha Taib dan Ustaz Ismail Noh dalam beberapa jawatankuasa peringkat Perhubungan PAS Negeri.


Sempena 7 tahun pemergian Murabbi Ummah.


(Saya menjadi AJK Pas Kelantan semasa Al-Marhum Tok Guru di penggal terakhir sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan. Gambar ini adalah salah satu mesyuarat terakhir penggal itu)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/30-januari-1990-pas-kelantan-lucutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Terbaik Untuk Pas Runding Perceraian Dengan Bersatu

Masa Terbaik Untuk Pas Runding Perceraian Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 346 hits
Ceramah Mahiaddin yang timbulkan kontroversi SUSUPAN PETANGBAK sebuah perkahwinan ia sesuatu yang tidak semestinya kekal abadi Bahkan mengikut fekah perkahwinan perkahwinan itu boleh dibatal atau dibubarkan apabila kedua dua pasangan sudah ...
Dadah Begitu Teruk Di Tiga Negeri Pas Ini Pendang Muncul Juara Daerah

Dadah Begitu Teruk Di Tiga Negeri Pas Ini Pendang Muncul Juara Daerah

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 103 hits
HarapandailyMasalah penyalahgunaan dadah begitu serius di Kedah Kelantan dan Terengganu dengan daerah Pendang apabila sudah melepasi angka 1 000 orang daripada nisbah 432 orang untuk 100 000 penduduk yang disasarkan sebelum ini Menteri Dala...
Lagi Pas Tarbiah Sukan Fu Ceen Peluk Islam

Lagi Pas Tarbiah Sukan Fu Ceen Peluk Islam

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 501 hits
Fu Ceen Put Thai atau nama Islamnya Fathurrahman 1 Raih pingat emas SUKMA 2024 Fu Ceen peluk agama IslamKUALA LUMPUR Atlet taekwando Terengganu Fu Ceen Put Thai yang meraih pingat emas dalam penampilan sulungnya di Sukan Malaysia 2024 di Bu...
Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

Dun Nenggiri Yang Kalah Bersatu Yang Dapat Malu Pas

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 138 hits
HarapandailyAHMAD MURSI nbsp PRK Nenggiri adalah PRK yang dirancang dari awal oleh Bersatu yang yakin boleh menang Strategi disusun dengan rapi untuk pastikan menang bergaya dan paling bermaruah Dengan bantuan Pas Nik Amar sebagai speaker D...
Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

Pas Keliru Pilih Antara Politik Dan Agama Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 20/8/2024 - jumlah : 133 hits
Pening Itulah kata kata seorang kawan dalam Pas apabila ditanya pandangannya berhubung isu kalimah Allah yang melibatkan parti itu Kawan penulis ini mengakui ahli ahli Pas di peringkat umbi kecewa dengan apa yang berlaku Keputusan Pas untuk...
Pas Mula Menjauhkan Diri Dari Muhyiddin

Pas Mula Menjauhkan Diri Dari Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 129 hits
Tuan Ibrahim sokong Muhyiddin disiasat atas dakwaan perlekeh Sultan PahangFMT ReportersPETALING JAYA Perikatan Nasional Pahang menyokong usaha menjalankan siasatan yang adil terhadap ucapan kontroversi Muhyiddin Yassin ketika berkempen di P...
Otak Dijajah Bahaya Presiden Pas Negara Ganjil

Otak Dijajah Bahaya Presiden Pas Negara Ganjil

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 266 hits
Tuan Guru Abdul Hadi1 Penjajahan fikiran yang paling berbahayaKUALA LUMPUR Kita sudah berjaya daripada terus diduduki oleh para penjajah dan penjajahan fikiran itu yang paling berbahaya Itulah kata kata hikmah daripada Presiden PAS Tan Sri ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

When The Jackals Rule

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More

Baucar Buku Guru Usaha Kerajaan Kukuhkan Budaya Ilmu