3 Warna Najis Bayi Ini Tanda Si Manja Mungkin Ada Masalah Kesihatan Awas


Apabila si manja buang air besar, warnanya berbeza-beza, bukan? Mari kenali jenis najis bayi, barulah boleh pantau jika mereka mengalami masalah kesihatan.

 
Jenis najis bayi: Apakah warna normal? Hasil buangan bayi sama ada kencing atau berak, adalah sesuatu perkara biasa yang perlu dihadapi oleh ibu bapa.
Tetapi adakah anda tahu terdapat variasi bagi jenis najis bayi?Antaranya najis si kecil anda mungkin berair atau keras, warna hitam, hijau mahupun kuning.

Menukar lampin bukanlah sekadar rutin harian ibu bapa. Sebaliknya, ia boleh menjadi cara untuk mengawasi tahap kesihatan si manja.
Setiap perbezaan warna, konsistensi dan kekerapan bayi membuang air besar boleh menjadi petunjuk kesihatan dan perkembangan mereka.
Keadaan normal najis bayi Setelah si manja mengeluarkan mekonium, perubahan keadaan najis mereka adalah sangat besar. Ia bergantung kepada pemakanan bayi.
Bagi yang belum mengetahui, mekonium adalah najis pertama bayi baru lahir.
Ia merupakan kotoran berwarna hijau gelap dan pekat terdiri daripada sel, protein, lemak serta rembesan usus seperti hempedu.
Najis mekonium ini biasanya dikeluarkan dalam beberapa jam pertama atau hari selepas dilahirkan.
Pun begitu, ada juga bayi yang membuang mekonium ini ketika masih dalam kandungan semasa tempoh lewat kehamilan.
Berikut antara jenis najis bayi yang mungkin anda lihat pada lampin si manja:
Bayi menyusu badan Najis untuk tempoh beberapa bulan pertama mungkin kelihatan seperti mustard Dijon dengan konsistensi agak berair.
Ia juga mungkin disertai dengan ketulan kecil lemak berwarna putih.
Jangan tidak tahu, warna najis bayi juga boleh berubah bergantung kepada apa yang si ibu makan!
Sebagai contoh, sekiranya ibu makan sayuran seperti bayam, anda mungkin akan melihat warna hijau pada lampin si kecil.
Bayi menyusu susu formula Sekiranya bayi diberikan susu formula, jenis najis mereka adalah berbeza berbanding dengan bayi menyusu badan.
Konsistensinya seakan pes dan tidak sekeras sapuan mentega kacang dengan warna kuning gelap atau coklat.
Jenis najis bayi peringkat bercerai susu Apabila si manja mula diperkenalkan dengan makanan pejal yang disyorkan apabila bayi berusia sekitar 6 bulan – keadaan najis mereka akan mengalami beberapa perubahan besar.
Biasanya najis mereka akan lebih keras dan mempunyai warna yang berbeza-beza.
Jika anak mula mengambil finger food, anda mungkin akan melihat cebisan makanan tidak tercerna seperti kulit kacang pea.
Ini kerana sistem pencernaan bayi masih belum dapat memproses semua makanan baharu ini.
Najis si manja yang sedang dalam proses bercerai susu juga akan berbau dengan lebih kuat.
Ia disebabkan oleh lemak dan gula tambahan yang terkandung dalam makanan yang diberikan kepada mereka.
Jenis najis bayi: Keadaan BAHAYA! Sesetengah warna najis boleh menjadi tanda mereka mengalami masalah kesihatan.
Anda perlu membawa bayi berjumpa doktor sekiranya keadaan najis mereka berwarna:
Merah Berwarna merah disebabkan darah pada najis bayi. Oleh sebab itu, sangat penting untuk doktor mengetahui keadaan yang mendasarinya.
Tetapi adakalanya, perubahan warna itu disebabkan oleh faktor yang tidak mendatangkan bahaya.
Untuk bayi yang baru dilahirkan, ia terjadi mungkin kerana mereka tertelan sedikit darah semasa proses bersalin.
Seandainya anda menyusu badan, situasi puting berdarah boleh mengakibatkan najis anak mempunyai warna merah.
Sesetengah makanan pejal yang diberikan kepada si manja, seperti bit, turut boleh menjadi punca najis mereka bertukar kepada warna merah.
Hitam Dalam beberapa kes, jenis najis bayi hitam mungkin didasari oleh perubahan warna darah daripada merah kepada hitam.
Ibu juga perlu mengetahui bahawa najis berwarna hijau gelap juga ada masanya tampak seperti warna hitam.
Warna najis hijau gelap biasanya bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Misalnya seperti najis mekonium.
Jenis najis bayi: Putih atau kelabu Najis bayi yang berwarna putih pucat atau seakan tanah liat adalah yang paling kerap berlaku.
Walau bagaimanapun, jika anda melihat sesuatu seperti ini lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Ini kerana ia boleh menjadi tanda si manja mungkin mengalami masalah kesihatan berkaitan hati yang memerlukan rawatan.
Kekerapan pergerakan usus bayi Jumlah kekerapan bayi membuang najis akan berubah apabila mereka membesar dan sistem pencernaan semakin berkembang.
Namun, ia juga akan dipengaruhi oleh cara penyusuan yang diberikan.

Jika menyusu badan.. Si manja akan cenderung membuang air besar lebih kerap berbanding rakan sebaya yang diberikan susu formula.
Selepas beberapa hari dilahirkan, anda mungkin akan berdepan dengan pergerakan usus bayi antara 2 hingga 5 kali sehari.
Keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayi berusia sekitar 6 minggu.
Perlu diingatkan bahawa selepas usia 3 hingga 6 minggu, bayi menyusu badan mungkin tidak akan mengalami sebarang pergerakan usus untuk tempoh beberapa hari.
Keadaan ini disebabkan oleh sistem pencernaan bayi dapat memproses susu ibu dengan lebih berkesan dan meninggalkan sisa pepejal yang sedikit.
Selepas 6 minggu, kekerapan bayi untuk membuang najis akan berkurang setiap hari.
Salah satu sebabnya adalah pada masa ini susu ibu biasanya tidak lagi mengandungi kolostrum – yang bertindak sebagai julap (laxative).
Jika menyusu susu formula… Bagi bayi yang diberikan susu formula, selepas tempoh beberapa hari pertama, mereka biasanya akan membuang najis sekurang-kurangnya sekali sehari.
Ia juga satu keadaan normal jika bayi tidak melakukan pergerakan usus antara 1 atau 2 hari. Tetapi ibu perlu memastikan tekstur najis adalah lembut.
Jika ada sebarang kebimbangan mengenai jenis najis bayi anda, berbincanglah dengan pakar pediatrik dalam kadar segera.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post 3 Warna Najis Bayi Ini Tanda Si Manja Mungkin Ada Masalah Kesihatan, Awas! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/3-warna-najis-bayi-ini-tanda-si-manja-mungkin-ada-masalah-kesihatan-awas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warna Najis Bayi Dan Maksudnya Jangan Ambil Mudah

Warna Najis Bayi Dan Maksudnya Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 3810 hits
Maksud Warna Najis Bayi Ada banyak warna najis bayi ya bukan satu atau dua yang anda pernah nampak Kalau ikut pengalaman saya bayi saya dulu najisnya 2 warna je samada kuning atau coklat gelap Hehe anda pula bagaimana Ada pengalaman mengeri...
Sering Mengalami Kebas Di Kaki Mungkin Tanda Penyakit Jangan Ambil Mudah Tau

Sering Mengalami Kebas Di Kaki Mungkin Tanda Penyakit Jangan Ambil Mudah Tau

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 497 hits
Menjadi kebiasaan apabila duduk terlalu lama kaki menjadi kebas atau di panggil sesemut oleh sesetengah orang Namun sering mengalami kebas di kaki mungkin tanda penyakit itu yang kita wajar ambil tahu Kondisi kebas di kaki ini turut dikenal...
Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

Dua Kes Bunuh Diri Setiap Hari Dilaporkan Ingat Bunuh Diri Tidak Menyelesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 229 hits
Bagi tempoh lima bulan pertama iaitu tempoh Januari hingga Mei tahun 2021 pula sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan Ini menyaksikan secara purata sebanyak dua kes bunuh diri berlaku setiap hari antara tahun 2019 sehingga Mei 2021 Se...
Inilah Punca Masalah Dadah Tak Boleh Nak Selesai

Inilah Punca Masalah Dadah Tak Boleh Nak Selesai

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 260 hits
DSP polis direman 5 hari bantu siasatan kes rasuah RM200 000BernamaDifahamkan perintah reman terbaharu itu dikeluarkan selepas penahanan reman seorang lagi pegawai polis berpangkat ASP semalam yang disyaki terbabit meminta suapan RM200 000 ...
Bimbang Anak Ada Masalah Delay Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Penting

Bimbang Anak Ada Masalah Delay Mak Ayah Jangan Lupa Semak Check List Perkembangan Anak Ni Penting

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 311 hits
Adalah amat penting untuk kita sebagai mak ayah ada kesedaran untuk memeriksa check list perkembangan anak kita dari usianya sejak lahir hingga enam tahun Ini bagi memastikan kita dapat menilai samada anak kita lambat perkembangannya atau b...
Istiqamah Juga Kan Apa Masalah

Istiqamah Juga Kan Apa Masalah

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 240 hits
SEMBANG BERSAMA HANIPA MAIDENLebih kecaman daripada sokongan jauh sekali pujian Itu nasib dialami Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila hantarannya di Facebook malam ini mendapat sambutan hangat warganet Walaupun begitu dilihat lebih banyak ke...
Saya Tak Ada Masalah Dengan Presiden Tajuddin

Saya Tak Ada Masalah Dengan Presiden Tajuddin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 187 hits
Saya tak ada masalah dengan presiden tapi kalau dia ada tak tahulah Walaupun disingkirkan secara tiba tiba daripada jawatan penting parti Tajuddin Abdul Rahman berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Zahid Hamidi Malah Ahl...
Alami Pendarahan Di Kehamilan 5 Bulan Felicya Angelista Dilarikan Ke Ugd Karena Masalah Plasenta

Alami Pendarahan Di Kehamilan 5 Bulan Felicya Angelista Dilarikan Ke Ugd Karena Masalah Plasenta

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 214 hits
Janin dalam kandungannya sempat dalam kondisi berbahaya Feli pun diharuskan untuk beristirahat total
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp