Istiqamah Juga Kan Apa Masalah







SEMBANG BERSAMA HANIPA MAIDEN




Lebih kecaman daripada sokongan jauh sekali pujian.
Itu nasib dialami Nik Mohamad Abduh Nik Aziz apabila hantarannya di Facebook malam ini mendapat ‘sambutan hangat’ warganet.

Walaupun begitu, dilihat lebih banyak kecaman apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu memulakan dengan ayat tanya berkaitan pegangan agama.

“Jika ditanya, ‘Apa kelebihan dirimu?’

“Jawablah, ‘Dalam lebih 4,000 agama di dunia ini, saya dilahirkan dalam agama Islam.

“Tiada lagi kelebihan selepas itu selain mensyukurinya,” kata adik kepada pemimpin AMANAH Kelantan, Nik Omar Nik Aziz yang sebelum ini merupakan calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) lalu.

Susulan itu, warganet yang umum dikenali sebagai kreatif dalam menggunakan kata-kata pedas bernada sindiran dilihat telah ‘berjemaah’ membanjiri ruangan komentar pada status Facebook tersebut.

“Kelebihan lowbuy (lebai)? Ada Mercedes. Boleh nikah online, cerai melalui WhatsApp dan lain-lain,” perli Nordin Salim.

Tindakan Pas bersekongkol dalam pembentukan kerajaan ‘tebuk atap’ Perikatan Nasional (PN) pada tahun lalu juga dilihat sebagai ‘kelebihan’ parti itu.

“Kelebihan dalam menumbangkan kerjaan yang dilantik rakyat,” tempelak Muhd Faiz.

Pengakuan Nik Abduh sebelum ini pula yang “boleh bercakap” dengan pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat juga dicuit netizen.

“Kelebihan diriku? Aku ada kawan agen CIA,” sindir Ahmad Shahir antara lebih 500 komentar di Facebook Nik Abduh selepas empat jam hantaran itu dimuatnaik.

Dulu dulu depa rajin baca ayat 112 surah Hud bila seru ahli-ahli bawah depa untuk laung “Istiqamah bersama Islam”

Maka dalam usrah, tamrin dan lain-lain, para ostad depa akan habaq, “Adik kakok, kita kena istiqamah dalam perjuange Isle yang dibawa oleh parti kita ni sebab kita adalah parti Isle adik kakok!”

Lalu beredarlah tin milo!

Maka digendangkanlah gendang Fastaqim 1.0, 2.0 dan seterusnya…

Sekali lagi tin milo beredar.

Lepas tu dilaungkan “Presiden kita difitnah di London adik kakok, kita kena istiqamah membela Presiden kita! Perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad…”

Tin milo terus beredar menjalankan tugas!

Tidak lama selepas tu, muncul laungan baru, “Presiden kita dah menang kes di London…”

Tapi yang peliknya walau depa kata dah menang, Presiden depa pula yang pi tarik balik saman dan kes tidak dibicarakan dan Presiden depa pula yang kena pula bayar kos kat Sarawak Report. Ni menang lagu mana? Saya yang Tok Loya pun tak faham.

Biasanya, orang menang dapat duit, yang ni 360 darjah berubah. Yang dikatakan menang pula yang kena pi keluaq duit.

Sekali lagi, tin milo istiqamah beredar dan diedar!

Lepas tu depa pi sokong dan bersama “Langkah Syairaton” pula, pi sokong, dukung dan boleh bersama gomen tebuk atap yang KHIANAT mandat rakyat walaupun atas kepala depa istiqamah berkopiah!

Pemimpin depa ada yang jadi menteri, timbalan menteri, duta khas dan lain-lain.

Tin milo berehat sebentar…

“RUU 355 bukan lagi aulawiyyat (keutamaan), judi nombor ekor dari 8 pi ke 22, sonyap sunyi suara menteri dalam Kabinet. Tak ada nak ugut, “kami nak keluaq dari gomen!”

Kini, apabila dah mula nampak gomen tebuk atap retak seribu, depa mula pi gendang “ISTIQAMAH menyokong PM”. Pulak doh…

Tak pasti lepas ni tin milo akan berkerja semula atau tidak.

Depa ni ISTIQAMAH lah mengedit penggunaan istilah ISTIQAMAH. Caya lah !

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/07/istiqamah-juga-kan-apa-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Menteri Pertanian Mati Akal Ker Nak Selesai Masalah Petani

Mana Menteri Pertanian Mati Akal Ker Nak Selesai Masalah Petani

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 282 hits
Bekas menteri Rafidah Aziz mengkritik anggota Kabinet yang ramai tetapi masih tidak konsisten dalam merumus dan melaksanakan dasar Katanya terdapat contoh harian yang menunjukkan kurang kejelasan daripada kerajaan menyebabkan rakyat menderi...
7 Perkara Pemilik Bengkel Kenderaan Boleh Buat Atasi Masalah Aliran Tunai

7 Perkara Pemilik Bengkel Kenderaan Boleh Buat Atasi Masalah Aliran Tunai

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 313 hits
Artikel kali ni saya kongsikan khas untuk pemilik bengkel kenderaan yang ada masalah aliran tunai dalam bisnesnya Untuk anda pemilik bengkel kenderaan dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang melanda akibat The post appeared first on
Lelaki Kelar Leher Sendiri Kerana Alami Masalah Sukar Tidur Banyak Berfikir

Lelaki Kelar Leher Sendiri Kerana Alami Masalah Sukar Tidur Banyak Berfikir

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 235 hits
The ReporterSeorang lelaki nekad mengelar lehernya menggunakan pisau kerana mengalami masalah sukar tidur dan banyak berfikir Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata lelaki berusia 36 tahun yang menetap di Ba...
Selesaikah Masalah Negara Jika Diganti Kerajaan Tak Stabil Najib

Selesaikah Masalah Negara Jika Diganti Kerajaan Tak Stabil Najib

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 262 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan persoalan sama ada ketidakstabilan kerajaan hari ini akan selesai jika digantikan dengan sebuah lagi kerajaan yang tidak stabil Menurut beliau kerajaan tidak stabi...
Permukaan Lampu Depan Kenderaan Anda Kusam Hanya Dengan Bahan Murah Masalah Selesai Begini Caranya

Permukaan Lampu Depan Kenderaan Anda Kusam Hanya Dengan Bahan Murah Masalah Selesai Begini Caranya

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 267 hits
Lampu depan kenderaan kita akan beransur ansur menjadi kekuningan atau kusam kerana faktor cuaca pencemaran alam sekitar apabila lapisan coating wax dan sealant yang melindungi permukaan lampu tersebut mula menipis dan tertanggal Melalui pe...
Parlimen Bahas Masalah Rakyat Bukan Pentas Dengar Kuliah Menteri

Parlimen Bahas Masalah Rakyat Bukan Pentas Dengar Kuliah Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 253 hits
Parlimen bahas masalah rakyat bukan pentas dengar kuliah menteri Tujuan persidangan Parlimen diadakan pada 26 Julai ini adalah untuk mendengar dan memulihkan masalah rakyat bukannya sebagai pentas untuk mendengar kuliah menteri kata Majlis ...
Akar Masalah Utang Pemerintah Pada Rumah Sakit

Akar Masalah Utang Pemerintah Pada Rumah Sakit

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 268 hits
Tunggakan pemerintah itu terjadi sejak tahun lalu dan awal tahun ini
Hiburan Bila Ada Masalah Luahkan Aeril Zafrel Kongsi Tips Elak Stress

Hiburan Bila Ada Masalah Luahkan Aeril Zafrel Kongsi Tips Elak Stress

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 302 hits
Kerana bimbang kes bunuh diri di negara semakin meningkat pelakon Aeril Zafrel memberi cadangan agar individu yang merasakan dirinya diselembungi dengan masalah luahkan segalanya kepada rakan atau keluarga selain daripada mendekatkan diri d...
Penduduk Pilih Adu Masalah Kepada Penghulu

Penduduk Pilih Adu Masalah Kepada Penghulu

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh WAT KAMAL ABAS MUSTAPA Kamal menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada Rosmunah Hamdan di Bukit Gantang semalam UTUSAN WAT KAMAL ABASBUKIT GANTANG Penduduk di sini memilih untuk tidak mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memerlu...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro