3 Sajian India Popular Menu Hebat Dari Chef Sureshkumar
Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda sempena cui Deepavali ni..
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan jenahak | dihiris2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping10 gm daun kari | digorengBahan kuah:
50 gm cili padi hijau120 gm bawang kecil40 gm halia | hiris nipis-nipis5 gm halba10 gm serbuk kunyit200 ml santan kelapaGaram secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau.
2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak.
3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa.
4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api.
5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat.
6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang
Masa memasak :20 minit
Cara memasak :Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Masakan India
Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah
Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan50 gm daun ketumbar | diracik halusBahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa2 sm halia |ditumbuk halus2 sudu teh serbuk jintan putih2 sudu teh serbuk cili2 sudu teh serbuk lada putih1 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh garam1.5 sm halia | ditumbuk halus120 gm bawang putih | dicincang halus1/2 sudu teh biji sawiBahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam125 gm bawang besar |dicincang halus2 ulas bawang putih / dihiris halus1 biji cili hijau | dihiris haluss2 sudu teh serbuk ketumbar25 gm kulit kayu manis3 gm chat masala1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)120 gm tomato/dibelah baji40 gm gajus panggang1 cawan krim masakan1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halusgaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak
3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi
4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya
5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas
6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda.
7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit
8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Tumis dan panggang
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulangBahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda50 gm serbuk kunyit120 gm serbuk cili50 gm serbuk jintan putih80 gm halia120 gm bawang putihGaram secukup rasa30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)1 cawan minyak masakBahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar100 gm daun ketumbar30 gm serbuk jintan putih150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)Garam secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter
2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman
3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan
4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar
5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Lauk tradisional India
Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/3-sajian-india-popular-menu-hebat-dari.html