Menu Low Iodine Diet Nasi Lobak Merah Ayam Grill Dan Sos Lada Hitam
MENU LOW IODINE DIET - NASI LOBAK MERAH, AYAM GRILL DAN SOS LADA HITAM - Harini hari ke-3 aku berpantang. Tapi dua hari lepas aku tersasul juga makan tak jaga. Hari ini dalam berjaga pun, kantoi juga makan biskut. Baru niat nak konsisten pantang iodine ni. Bab makan ni memang aku tak kuat sikit
So, pagi tadi aku breakfast cucur bawang. Bila dah masuk tengahari, mulalah fikir nak masak apa. Lost je aku rasa. Blur kepala otak. Aku banyak search dekat group tiroid, antara makanan yang boleh dimakan adalah lobak merah. Terus terdetik idea nak masak nasi ala Kenny Roger's
Saja aku nak kongsi resepi Nasi Lobak Merah, Ayam Grill dan Sos Lada Hitam versi Low Iodine Diet. Yang penting kena guna garam tanpa iodine. Aku cuba minimalkan penggunaan garam dalam masakan aku kali ni. Aku lebihkan perasa natural dari bawang, lobak, ayam dan lemon
RESEPI NASI LOBAK MERAHBahan-bahan :2 pot berasLobak merah - potong daduBawang putih - cincang halusBawang merah - potong daduCili merah - potong kecilMinyak masakGaram tanpa iodineDaun pandan4 cawan sup ayam - rebus ayam dengan air (tak perlu letak garam)
Cara-cara :Panaskan lebih kurang 3 sudu besar minyak masak. Boleh juga gunakan minyak zaitun. Tumiskan lobak merah, bawang merah, bawang putih dan cili merah. Tumis hingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan beras dan garam. Goreng sehingga sisa air dari beras kering. Ketepikan. Biarkan beras sejuk
Setelah beras mula sejuk, masukkan beras dalam periuk diikuti dengan sup ayam. Masukkan pula daun pandan. Masak nasi macam biasa
RESEPI AYAM GRILLBahan-bahan :AyamLada hitam bijiHaliaBawang putihGaram tanpa iodineMinyak
Cara-cara :Kisarkan lada hitam, halia dan bawang putih dengan minyak masak. Lumur ayam dengan garam dan bahan kisar tadi. Perap sekurangnya 2 jam. Kemudian grill atas non-stick pan sehingga masak
RESEPI SOS LADA HITAMBahan-bahan :Lada hitam bijiHalia - hiris halusBawang merah - hiris halusBawang putih - hiris halusMinyakStok @ sup ayamGaram tanpa iodineGulaJus lemonTepung jagung - bancuh dengan sedikit air
Cara-cara :Panaskan 2 sudu minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga layu. Kemudian masukkan dalam pengisar, campur lada hitam biji dan stok @ sup ayam. Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula, dan jus lemon. Akhir sekali masukkan tepung jagung
Aku tahu, resepi ini agak renyah sikit. Mungkin okay bagi korang yang rajin. Aku pun tengah rajin so aku buat la sesedap sikit di hari Jumaat yang mulia ini. Harap bermanfaat ya. Selamat mencuba :)
The writer
Auni Muthal'lib
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aunitalib.com/2019/10/menu-low-iodine-diet-hari-ke-3.html