6 Sajian Makanan Laut Masak Cara India Sedap Dengan Rempah Ratusnya


Sajian India ni ada banyak variasinya. Daripada daging lembu, ayam , sayur-sayuran, makanan lautnya juga sungguh sedap untuk dicuba. Resipi yang min kongsikan ini adalah dari negeri-negeri Utara dan juga Selatan benua India. Walaupun keduanya menggunakan rempah ratus , tapi ada bezanya.

.
Sebelah utara gemar memasukkan yogurt dan krim masakan sebagai antara ramuan.Jom kita cuba ‘follow
resipi dari Hotel Summit, Subang USJ ini yang diketuai oleh Chef Eksekutifnya , Chef Sakya Hamid. Memang terbaiklah. Beliau pernah meraih pengalaman bertugas di India.
1. UDANG MAKHNI (Utara India)

.
BAHAN-BAHAN :
15 ekor udang saiz sederhana | dibersihkanBahan perapan udang :
1 sudu bawang putih | ditumbuk halus½ sudu teh halia½ atau sudu kecil serbuk cili | ikut kepedasan yang disukai1sudu teh air perahan limau½ sudu teh jintan manis | ditumbuk dan disangai½ sudu teh ketumbar | ditumbuk dan disangai1 sudu teh bawang merah | ditumbuk halus*Perap udang selama 10-15 minit dengan bahan-bahan diatas, bahan-bahan di ambil (sedikit) dari sukatan bahan ramuan tumis di bawah.
Bahan tumis :
2 sudu makan tomato puri segar5 ulas bawang putih | dicincang halus300gm halia | dicincang halus300gm bawang merah | dikisar2 sudu makan serbuk cili | campurkan sedikit air, jadikan pes2 sudu teh air perahan limau2-3biji buah pelaga4-5 biji bunga cengkih2 sudu makan biji ketumbar | dikisar dan sangai1 sudu teh jintan manis | dikisar dan sangai2 kuntum bunga lawang2-3 helai daun salam1 sudu teh serbuk garam masalaMinyak masak secukupnyaGaram secukup rasaDaun ketumbar secukupnya | dihirisSedikit krim masak | jika mahuCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali . Masukkan biji ketumbar dan bunga lawang, pelaga, cengkih,bawang putih, halia, bawang merah dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk cili dan tumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan puri tomato diikuti daun salam.
4. Masukkan udang yang telah diperapkan dan sedikit air serta krim masam. Masak dengan api yang sederhana sehingga masak.
5. Masukkan garam masala dan garam secukup rasa, biarkan sebentar dan sajian siap dihidang. Taburkan dengan daun ketumbar.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa udang berempah dan sedikit rasa masam pedas yang enak.
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF: Jika inginkan aroma dan rasa yang lebih sedap, goreng dulu tanpa minyak (sangai) jintan manis dan ketumbar sebelum dikisar atau ditumbuk
2. KARI KETAM GOAN ( Utara India)

.
BAHAN-BAHAN :
4-5 ekor ketam | yang telah dibersihkan250gm cili giling @ kisar4 ulas bawang putih | dikisar3 biji bawang merah | dikisar200gm halia | dikisar1 ½ sudu makan serbuk ketumbar1 sudu makan serbuk kunyit1 ½ sudu makan serbuk jintan putih2 sudu teh serbuk kayu manis3 sudu makan air asam jawa1 sudu teh air limauMinyak masak secukupnyaGaram secukup rasa4 sudu makan santan pekat180ml airCARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan pijarkan minyak panas. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar iaitu halia, bawang besar dan bawang putih, tumis hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling (pes cili) dan biarkan sampai terbit minyak, masukkan kesemua serbuk rempah ratus dan bahan lain, biarkan hingga cukup masak.
3. Masukkan air asam jawa, air limau dan air dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ketam dan perlahankan api dapur kepada sederhana.
5. Selepas itu baru masakkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak :20 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Rasa ketam pedas berlemak santan dan kaya dengan rasa rempah ratus.
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 23
INFO CHEF : Jika mahu menambahkan lagi keenakan , ketam perlulah diperap terlebih dahulu dengan rempah dan halia.
3. SOTONG CALAMARI ROGEN JOSH (Utara India)

.
BAHAN-BAHAN:
400-500gm sotong besar (calamari) | dibersihkan2 biji bawang besar | dikisar2 ulas bawang putih | dikisar½ ibu jari kunyit hidup | dkisar @ tumbuk halus3 sudu teh serbuk cili | tambahkan sedikit air jadikan pes3 sudu teh serbuk jintan putih2 sudu teh serbuk jintan manis4 biji buah pelaga½ sm kulit kayu manis½ sudu teh biji jintan manis2 helai daun salamMinyak masak secukupnya180ml air4 sudu besar santanGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama biji jintan manis, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan pes serbuk cili dan tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan, dan masukkan serbuk rempah (jintan manis dan jintan putih) yang telah dicampurkan (digaul sekali).
4. Masak sehingga rempah dan bahan bahan lain sampai pecah minyak dan masukkan sedikit air dan santan pekat.
5. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Sotong segar menerbitkan rasa manis kuah
Jenis masakan : Sajian utama, sotong
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Usah memasukkan santan terlalu banyak 3-4 sudu makan sudah memadai, kerana masakan India ini memang sedikit kuahnya.
4. KARI IKAN MORINGA (Selatan India)

.
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan kekacang300gm batang moringa (kelur) | dipotong 5sm4-5 sudu makan serbuk kari ikan2 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu makan serbuk cili5 biji bawang kecil | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar1/2sm halia | dikisar1 sudu makan puri tomato2 sudu makan air asam jawaDaun kari secukupnya2 batang cili hijau | dibelah dua1 biji tomato | dibelah empatMinyak masak secukupnya3-4 sudu makan santan segarGaram secukup rasaMinyak masak secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan daun kari dan tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan serbuk kari yang telah digaul dan dan dijadikan pes. Dan pes serbuk cili merah tumis hingga pecah minyak. Masukkan puri tomato.
3. Kemudian masukkan buah tomato dan cili hijau, pastikan api tidak terlalu besar.
4. Masukkan air asam jawa, batang moringa (kelur) , santan dan akhir sekali ikan.
5. Biarkan hingga batang moringa dan ikan empuk, masukkan garam secukup rasa.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan segar dan batang moringa mencipta kelainan rasa yang enak
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 13
INFO: Di kalangan masyarakat India , daun dan batang moringa memang menjadi ramuan masakan dan dipercayai mempunyai manfaat kesihatan.
5. KUPANG MASALA ( Selatan India)

.
BAHAN-BAHAN :
15ekor kupang | dibersihkan1sm kulit kayu manis1 sudu teh biji ketumbar1 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga1 biji bawang besar | dicincang hingga halus3ulas bawang putih | dikisar1sm halia | dikisar1 sudu teh serbuk cili | campur sedikit air jadikan pes1 sudu teh serbuk kunyit½ sudu teh garam masala½ sudu teh asam jawa pekatGaram secukup rasaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan kayu manis, biji ketumbar, bunga lawang, buah pelaga.
2. Masukkan bawang besar, halia, bawang putih, kacau hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit air.
4. Masukkan garam masala kacau hingga pecah minyak, masukkan kupang dan kecilkan api ke nyalaan sederhana.
5. Masukkan air asam jawa pekat dan garam secukup rasa, biarkan beberapa minit dan hidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kelazatan kupang berempah tiada tandingan
Jenis masakan : Sajian utama, kupang
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Seperti juga makanan laut yang lain, usah dimasak atas api terlalu lama agar kupang kekal berjus.
6. KARI UDANG PEKAT ( Selatan India)

.
BAHAN-BAHAN :
400gm udang | dibersihkan
*Perapkan dengan sedikit kayu manis bunga lawang,biji ketumbar,buah pelaga yang telah dikisar halus dicampur bersama sedikit serbuk chili, garam masala
1 biji bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | ditumbuk halus
½ ibu jari halia | dicincang halus
1 sudu teh serbuk cili | dijadikan pes
1 1/2 sudu makan serbuk kari ikan
½ sudu teh garam masala
½ sudu teh air asam jawa pekat
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga Pijar.
2. Mula menumis bahan bahan seperti bawang besar, halia bawang putih yang telah dicincang, sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan serbuk chili, serbuk kunyit, serbuk kari ikan dan garam masala yang telah digaulkan bersama.
4. Tumis bahan-bahan ramuan sehingga pecah minyak , dan baru masukkan udang yang telah diperap tadi ke dalam masakan .
5. Masukkan sedikit air asam sedikit dan garam, tunggu 5 minit dan boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Kari udang pekat tanpa kuah ini kaya dengan rasa kari dan rempah
Jenis masakan : Sajian utama, udang
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Kari ini memang kering dan tidak berkuah, namun rempahnya cukup sebati dalam udang.
RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/10/6-sajian-makanan-laut-masak-cara-india.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Yang Sedap Macam Kat Gerai

Cara Masak Ayam Goreng Kunyit Yang Sedap Macam Kat Gerai

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 678 hits
Ayam goreng kunyit antara menu yang banyak dijual di gerai atau restoran sekarang Ringkas tapi sedap Cuma hairannya bila kita buat di rumah tak sesedap macam yang dimakan di restoran Kalau nak rasa sedap macam tu anda mungkin boleh cuba res...
Cara Masak Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick

Cara Masak Apam Balik Homemade Guna Kuali Non Stick

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 721 hits
Terasa nak makan Apam Balik panas panas tapi tak tau nak beli dekat mana Meh cuba buat sendiri Resipi ni memang mudah 30 minit je dah siap dan boleh makan Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri Masak pun guna kuali non stic...
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 478 hits
Resepi Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt Seminggu yang lepas adik mommy teringin nak makan ikan siakap masak 3 rasa yang paling sedap Kemudian adik mommy tadi pergi ke pasar dan membeli beberapa ekor i...
Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

Cara Mudah Buat Sos Kerabu Maggi Thai Paling Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 1047 hits
CARA MUDAH BUAT SOS KERABU MAGGI THAI PALING SEDAP Kerabu maggi ni dah sinonim dekat kedai kedai tomyam yang ada di serata Malaysia ni Sedap atau tidak bergantung kepada cara pembuatannya Jika pembuatannya bagus maka kerabu yang dihasilkan ...
Resepi Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza

Resepi Kuew Teow Kungfu Masak Cara Fiza

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 784 hits
Musim hujan setiap hari memang mengundang rasa lapar setiap masa Menu berkuah dan panas sangat sesuai lah dihidangkan pada musim musim macam ni Tapi yang tak bestnya bila kurang sihat ni kurang pula selera nak makan Makan apa yang rasa teri...
Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta

Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 514 hits
Di Sebalik Maksud Al Dente Dan Cara Yang Betul Untuk Masak Pasta Salam semua rasa semua orang pernah mendengar istilah al dente kan Bila ada kaitan dengan pasta akan adalah perkataan al dente Kali pertama wani dengar perkataan al dente masa...
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit Rambai

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 938 hits
Masakan Sedap Dari Kampong Resepi Masak Lemak Kulit RambaiHari ni masak sayur lemak kulit buah rambai sapa tahu ni suka kita geng memang rezeki betul pegi mall jumpa buah rambai ni terus beli tak fikir apa dah suke sangat2sis makan kulit ta...
Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 746 hits
Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap Ayam sup Apa bendanya tu Hehe ayam yang kita masak sup tu kita goreng kemudian masak sambal Lebih kurang macam tu la sedap woii lemak pedas dan perencah sup semua ada Tak pernah cuba meh lah cuba s...
4 Cara Mudah Buat French Toast Sedap Dan Menyelerakan

4 Cara Mudah Buat French Toast Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 551 hits
Apabila berfikir tentang roti bakar Perancis atau french toast kamu mesti memikirkan kepuasan kepingan roti tebal telur yang dicelup bersama sapuan mentega dan ditenggelamkan dalam sirap maple Ini menjadikannya salah satu pilihan sarapan pa...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya