3 Masakan Tradisi Terlajak Sedap


Jom lihat seleksi resipi tradisi yang RASA kongsikan kali ini. Ada pelbagai hidangan memikat selera warisan orang-orang lama yang boleh anda cuba. Cara penyediaannya tidaklah susah cuma ada sesetengah resipi menggunakan bahan masakan yang jarang kita gunakan dalam masakan seharian seperti daun gelugur, daun nipah, umbut pisang dan sebagainya.

GULAI IKAN DAUN GELUGUR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana | dipotong kecil
10 biji cili padi merah | dikisar
10 biji cili padi hijau | dikisar
2cm kunyit | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
8 helai daun asam gelugur
Santan cair secukupnya
250ml pati santan
250ml air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Daun asam gelugur dimayang halus dan dicelur di dalam air panas sekatika. Ramas dan buang sedikit airnya. Ketepikan.
2.Masukkan air dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan ikan dan santan cair secukupnya. Masak seketika sehingga ikan kelihatan agak masak.
4.Seterusnya masukkan pati santan. Kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
5.Setelah kuah kelihatan agak pekat, masukkan hirisan daun asam gelugur.
6.Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Daun asam gelugur berfungsi memberikan rasa masam pada hidangan. Jika tiada, gantikan dengan asam keping.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Isi ikan yang lembut serta kuah yang mempunyai harum daun gelugur
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Didih
Anggaran harga: RM12.00

DAGING SEMUR ALA SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging | dihiris sederhana tebal
12 tangkai cili kering | digunting serong
4 ulas bawang merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
5cm halia | dihiris memanjang
50gm biji ketumbar | disangai dan ditumbuk sedikit
2 sudu makan cuka
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam dan gula
Air untuk merebus secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH TUMIS:
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
1.Rebus daging sehingga empuk. Toskan airnya.
2.Kemudian goreng daging sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
3.Seterusnya masak bahan tumis, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia sehingga wangi.
4.Masukkan kicap pekat, kicap manis dan cuka diikuti daging yang telah digoreng tadi. Kacau hingga semua bahan sekata dengan daging.
5.Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
6.Akhir sekali, masukkan biji ketumbar. Kacau rata. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Elakkan menggoreng daging terlalu garing kerana daging akan menjadi liat dan kering.
Saiz hidangan: 6 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sedikit pedas dan berempah
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis
Anggaran harga: RM22.00

KARI UMBUT PISANG DAN TETEL
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg daging tetel | dihiris nipis
2 batang umbut pisang lembut | dibersihkan dan dipotong serong
50gm serbuk kari daging
4 sudu makan kerisik
5 ulas bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
250ml air
400ml santan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Gaul daging bersama serbuk kari dan kerisik. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing.
3.Masukkan sedikit air dan daging. Masak sehingga pecah minyak.
4.Seterusnya masukkan santan. Kacau sehingga sebati dan biarkan daging empuk.
5.Tambahkan umbut pisang dan perasakan dengan garam secukup rasa.
6.Setelah umbut kelihatan lembut, angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Penggunaan daging tetel yang berurat dan sedikit berlemak memberikan rasa yang lebih enak.
Saiz hidangan: 7 orang
Waktu memasak: 50 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Kombinasi daging dan umbut yang mempunyai rasa tersendiri
Jenis penyediaan: Menu tradisi
Cara memasak: Tumis dan didih
Anggaran harga: RM25.00


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/11/3-masakan-tradisi-terlajak-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Herba Ini Yang Jadikan Masakan Barat Sedap Ye

7 Herba Ini Yang Jadikan Masakan Barat Sedap Ye

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 534 hits
Masakan barat sudah tidak asing di kalangan Malaysia tetapi tahukan anda semua di sebalik keenakan masakan ini ada ramuan herbs yang menjadi penyedap masakan Mungkin juga sebahagiannya pernah anda gunakan dalam masakan sehari hari Nak tahuk...
Resepi Burger Bakar Yang Terlajak Sedap

Resepi Burger Bakar Yang Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 615 hits
Original Content Sebut sahaja burger tentu sekali terbayang roti yang diapit dengan kepingan ayam atau daging Tambah pula ada kepingan keju yang meleleh di tengah tengahnya Fuhh memang Sumber Dilarang Plagiat Tanpa Kebenaran
Sayur Kulat Sisir Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Masakan Kampung Yang Sedap

Sayur Kulat Sisir Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Masakan Kampung Yang Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 1511 hits
Sayur kulat sisir cendawan kukur ini biasanya di temui di atas batang pokok getah yang hampir reput d kawasan kebun getah Bagi penggemar lauk pauk kampung dan masakan kampung sudah pasti amat mengenali sayur kulat sisir cendawan kukur ini O...
Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

Buat Sendiri Minyak Bawang Putih Masakan Sedap Beraroma

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 711 hits
Selalu tak korang dengan minyak bawang putih jadi penyedap rasa dan memberikan aroma wangi yang sungguh mengoda selera Walaupun ia ada dijual tapi kalau buat sendiri lagi wangi dan segar Lagipun tak susah nak buat sendiri ni ye emak emak se...
Sedap Ke Menu Western Kat Loteng Teluk Cempedak

Sedap Ke Menu Western Kat Loteng Teluk Cempedak

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 1245 hits
Assalamualaikum Menjawab soalan di atas nak tahu sedap ke tidak kalau korang ke Kuantan jangan lupa singgah Pantai Teluk Cempedak Di situ korang akan ketemu dengan Restoran Loteng Restoran ini terletak di atas tingkat satu sebab itu namanya...
Rugi Tak Cuba 5 Menu Ayam Ni Sedap Wei

Rugi Tak Cuba 5 Menu Ayam Ni Sedap Wei

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 557 hits
Bijak mengolah menu pasti ahli keluarga tidak jemu menikmati apa juga hidangan yang anda sediakan Apa kata kali ini anda pelbagaikan menu yang anda warisi dari ibu atau nenek dengan olahan baru sesuai dengan cita rasa moden dan ia lebih mud...
Koleksi 13 Menu Pengantin Yang Sedap Boleh Buat Sendiri

Koleksi 13 Menu Pengantin Yang Sedap Boleh Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 733 hits
Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap Menu hari hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin teliur dibuatnya sebab tu korang semua kena cuba buat...
Jangan Fikir Sedap Tidur Je Bangun Sekali Dengan Isteri Untuk Susukan Anak

Jangan Fikir Sedap Tidur Je Bangun Sekali Dengan Isteri Untuk Susukan Anak

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 363 hits
Menyusukan anak bukanlah tugas mudah Ibu akan mengalami letih badan serta gangguan emosi Perlu sentiasa diberikan sokongan dan perhatian dari suami Jika isteri mengalami kemurungan kerana tidak cukup rehat ia memungkinkan kepada terjadinya ...
10 Koleksi Cupcake Kukus Yang Senang Sedap

10 Koleksi Cupcake Kukus Yang Senang Sedap

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 666 hits
Bentuk cupcake kukus yang comel pelbagai perisa dan dihiasi cantik membuatkan ia sering mencuri perhatian Cupcake atau kek cawan ini bukan sahaja digemari oleh kanak kanak bahkan orang dewasa juga ramai yang menggemarinya Kalau teringin nak...
St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella

Unifi Dah Boleh Guna

Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Fahmi Cabar Annuar Musa Jumpa Penduduk Kampung Sg Baru Saya Rasa Dia Tak Berani

Pemilihan Pkr Adun Nafi Tunjuk Pistol Pada Pencabar

Operasi Menara Kl Tiada Masalah Tak Rugi Kenapa Hendak Tukar Pengurusan Tun M

Musang King Dakwa Semua Penceroboh Di Mahkamah Dan Mereka Yang Melindungi Sejak 40 Tahun Lalu

Tips Bawa Power Bank Dalam Flight Untuk Korang Yang Nak Travel N


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siti Nurhaliza Sesal Chord

Zoom Meeting

V60 House By Warchitect A Nature Inspired Sanctuary In Bangkok

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Evolving From Digital Slaves To Digital Masters A Familiar Science Fiction