Pengalaman Menyaksikan Persembahan Kandora Di Aeon Falim Ipoh
Pengalaman Menyaksikan Persembahan Kandora di Aeon Midtown Falim Ipoh | Assalamualaikum semua, baru-baru ni kinah berkesempatan meluangkan masa menyaksikan persembahan Kandora di Aeon Midtown Falim Ipoh. Kebetulan ada di Ipoh pada masa tu, jadi singgah la sekali tengok persembahan kandora tu macam mana.
Kalau korang nak tahu, sebelum ni kinah pernah kongsi mengenai program Kandora di entri yang lepas. Jadi, di Aeon Falim adalah destinasi terakhir mereka.
Berbalik semula pada persembahan Kandora di Aeon Falim, kinah sampai awal juga pada masa tu, lagipun para peserta ada yang tengah register, ada yang tengah berlatih. Jadi dapatlah Yop bergambar sekejap dengan artis favourite dia, Andy Flop Poppy.
Kandora ! Memupuk Perpaduan Melalui Muzik Cerita RakyatBagi masih belum jelas apa itu Kandora, Kandora bermaksud satu pergerakan perpaduan dengan bermain drum. Melalui slogan "Drums of Unity" Kandora percaya perpaduan dapat dipupuk dengan kuasa irama muzik drum yang mampu dimainkan oleh orang ramai pada satu masa.
Kandora telah memulakan tirai bagi tahun 2023 dengan mengajak semua orang dari seluruh negeri untuk bersatu melalui "drumming" dan kalau korang nak tahu Kandora berjaya mengumpulkan seramai 2300 penyertaan dan 862 orang peserta telah hadir pada 21 Januari 2023 di Aeon Midtown Falim Ipoh, untuk bermain drum bersama-sama dengan hanya menggunakan baldi dan senduk.
Pada hari itu juga, kami menjadi saksi bahawa Kandora telah mencatat sejarah 'Malaysian Book of Records' sebagai satu acara perpaduan kita sebagai rakyat Malaysia melalui permainan drum baldi beramai-ramai.
Siri jelajah Hormat & Harmoni ini bertujuan bagi menyerlahkan lagi nilai-nilai murni dan masej yang terkandung dalam lirik cerita rakyat bagi membangkitkan rasa perpaduan dalam kalangan penonton di Malaysia.
Ingat lagi tak, masa kecil dulu, kita selalu didendangkan dengan lagu cerita rakyat seperti lagu Tepuk Amai Amai, Lagu Tiga Kupang, Can Mali Can, Anak Itik Tokwi dan pelbagai lagi. Haa ini lah masanya, kita perkenalkan anak-anak kita dengan lagu seperti ni, cuma bezanya kali ni diiringi dengan muzik band dan fasilatator drum dengan menggunakan baldi dan senduk. Unikkan?!!!
KANDORA! menyokong SDG 16 : Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial yang memberi tumpuan kepada pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan mampan, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat.
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” terdiri daripada tiga komponen — kerjasama kolaboratif dan program-program yang membentuk keupayaan untuk menyokong komuniti B40 dan terpinggir melalui pengedaran “Abundance Bags” kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak, meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk komuniti seni persembahan tempatan yang telah terjejas dek pandemik Covid-19 melalui jualan barangan KANDORA! dan akhir sekali, dalam semangat untuk berkongsi kegembiraan dan kemakmuran sempena Tahun Baru Cina, KANDORA! telah memberikan hadiah-hadiah menarik seperti iPad, ‘earbuds’ Huawei, jam tangan pintar dan banyak lagi kepada peserta-peserta bertuah!
Jelajah drum “Hormat dan Harmoni” ini disokong oleh ArtsFas, Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dan Majlis Belia India Malaysia Buntong (MIYC) dan AEON Big merupakan rakan kongsi utama dengan menyediakan tempat dan menaja baldi dan senduk. Akhir sekali, Penaja —Peaches N Pen, NIT Printing, Thinker Creative, Soul Mechanics, Rex Network Resources, Edsense, MENE Consulting dan Rosemary Floral and Gifts.
Ribuan terima kasih kepada para jemputan kehormat yang sudi hadir diantaranya adalah Yang Berhormat Mohd Azlan Helmi bin Helmi (Exco Komunikasi, Multimedia & NGO), Yang Berhormat Puan Thulsi Manogaran (ADUN Buntong), Yang Berbahagia Datuk Hariri (wakil Datuk Bandar Ipoh), Puan Nurmalis Musa (CEO Tourism Perak), Tuan Meor Rezal Fitri Dato' Dr. Hj. Meor Redwan (CEO Digital Perak), Tuan Khuswindera Singh (Ketua Cawangan Majlis Belia India Buntong), Dr.Kasuma Satria Mat Jadi (AEON-Ketua Pegawai Sumber Manusia & Pengarah Komunikasi Korporat), En Wan Adli, Co-founder Kandora! Kantan Drum Circle dan juga Tan Teck Yin (President JCI Kinta).
“Hormat and Harmoni is a unity message that brings audience together to experience drumming in harmony as ONE Malaysia regardless of age, gender, and race. We are building a community of percussion enthusiasts to preserve and popularize local folklore songs through interactive drum circle in a congregation. --- Zufar Adzahan, Co-founder of KANDORA!.” Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai berita terkini KANDORA!, sila log masuk ke halaman Facebook Rasmi KANDORA!, atau layari laman Instagram Rasmi Kandora!.
“Perpaduan adalah kekuatan… bila ada kerjasama dan kolaborasi, banyak perkara indah dapat dicapai. ”
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apekinah.com/2023/01/pengalaman-menyaksikan-persembahan-kandora.html