29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah
29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu, Sabah
Asalamualaikum & Salam sejahtera Semua.
29 Dec 2018 hari Sabtu hari ini di Padang Merdeka Bandar Kota Kinabalu, ada apa di Padang Merdeka Kota Kinabalu, terpampang banner sana-sini menarik perhatian ramai orang. Majlis Rumah Terbuka bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam dan DI JEMPUT HADIR SEMUA. Inilah antara keterangan banner di tepi jalan Bandaraya Kota Kinabalu. Kami tertarik untuk datang melihat-lihat ada apa di Padang Merdeka hari ini. Pasti ada yang menarik.
Rupanya Majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Kristmas bersama pemimpin yang antaranya ialah Tim. Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Sabah Datuk Shafie Afdal. Selain itu diadakan juga pameran dan jualan sekitar Padang Mereka. Pada masa Etuza datang melihat -lihat acara kelihatan sedang berlangsung peragaan pakaian beragam kategori kanak-kanak di atas pentas yang akan digunakan sepenuhnya malam ini. Menurut sumber lain ada juga jamuan makan terbuka pada sebelah malamnya nanti.
Anak Etuza ada mengambil beberapa gambar kenangan kami di Padang Merdeka Kota Kinabalu hari ini. Mari kita saksikan.
Astaka Padang Merdeka Bandaraya Kota Kinabalu, telah siap di hias
Pintu Gerbang utama masuk ke arah Istana dan Padang Merdeka KK, Sabah
Banner Majlis Rumah Terbuka Krismas 2018
Melukis dan mewarna batik turut di sajikan di Padang Merdeka
Antara beberapa kraftangan etnik Sabah. Ada BARAIT berbentuk sikutan
Keychain boleh tulis nama sendiri lalu di sembur varnis
Siap dua keychan Etuza dan Alya..cantik pula nampak
Sedang pilih mana satu kepingan kayu nak di lakar depan belakang
Pelukis berbakat di Padang Merdeka..ni Etuza nak cuba, berapa dia minta bayar ja..
Siap lah lukisan wajah Etuza dalam konsep KARTUN. Tak berapa pasti sama atau tidak tu. Apapun kini dalam tangan Etuza untuk menjadi kenangan Etuza. Terima kasi Azmi yang sudi menymbang jasa bakti untuk melukis potret Etuza. Kata saudara Azmi, jenis lukisan ada berbagai jenis, ada lukisan berkonsepkan kartun, lalu Etuza pilih konsep kartun. Konsep lain ialah lukisan halus bak wajah sebenar yang di lukis.
Insan bernama manusia ni sebaik-baik makhluk Allah, apabila di giap kemahiran yang ada, pasti akan memperolehi kejayaan dan membawa rezeki hasil usahanya yang halal. Apapun asalkan di jalan yang halal pasti sentiasa ada rezeki yang mengiringinya. Kepada saudara di luar sana, cari lah rezeki di jalan yang benar. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan. Salam hormat.
Imej Kartun Etuza hari ini..Kenangan hari ini.Gambar sekadar hiasan blog.Top Pengkomen Unggul YEASLMN - Tahniah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/12/29-dec-2018-ada-apa-di-padang-merdeka.html