Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Juga Dikenali Sebagai Masjid Terapung Likas


Hari terakhir bercuti di Sabah, saya lebih suka untuk luangkan masa bersiar-siar disekitar bandaraya Kota Kinabalu. Kalau kebetulan ternampak mana-mana tempat yang saya rasa menarik, saya akan singgah sekejap.
 
Yang penting, pada hari terakhir, saya tak nak berada jauh dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
 
Kemana destinasi yang saya nak kongsikan lepas ni? Saya ni asyik cerita tentang tempat-tempat menarik, tempat untuk jalan-jalan bila pergi bercuti ke Sabah, kali ni saya nak ajak pembaca semua untuk pergi ke masjid pula.
 
Jom kita pergi masjid!

Inilah dia masjid yang kita akan kunjungi.
 
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas dengan keluasan 14.83 hektar.
Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air.
Sumber wikipedia

Masjid ini merupakan salah satu destinasi tumpuan para pelancong yang datang ke negeri di bawah bayu ini. Semasa saya berada disini, jelas kelihatan ada ramai pelancong dari luar negara yang turut meluangkan masa untuk melihat keindahan seni bina masjid ini.

Kalau nampak ada pengunjung yang memakai jubah lengkap dengan songkok atau kopiah, manakala yang wanita juga memakai jubah dan tudung labuh yang agak senget, besar kemungkinan mereka itu sebenarnya bukan orang tempatan, dan boleh jadi juga mereka adalah non muslim.
 
Mereka tu sebenarnya adalah pelancong yang menyewa pakaian yang menutup aurat dari pihak masjid. Bagi non muslim, mereka perlu mengenakan pakaian yang menutup aurat jika ingin masuk ke kawasan perkarangan masjid.
 
Kita fikir begini. Kalau yang non muslim, sanggup susah payah nak singgah ke masjid ini, kita yang muslim, sepatutnya langsung tak ada masalah untuk ziarah ke tempat ini. Kan? Segan sikit dengan pelancong yang non muslim tu.

Langit mulai gelap semasa saya sampai di masjid ini.

Papan tanda untuk mengingatkan dan mengajak orang Islam supaya berzakat.

Untuk makluman anda, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini juga dikenali dengan nama masjid terapung. Kalau anda buat carian di laman web Google, anda boleh lihat pemandangan dari bahagian atas kelihatan seperti masjid ini terapung.
 
Saya nak kongsikan serba sedikit gambar-gambar yang saya ambil dibahagian dalam kawasan masjid.

Kita baca dulu doa masuk ke masjid.
“Wahai Tuhanku! Bukakanlah untukku segala pintu rahmat Mu”

Pada masa ini, azan asar baru selesai berkumandang. Para pelajar tahfiz sedang bergegas untuk mengambil air sembahyang bagi menunaikan solat fardhu Asar.

Saya pula datang ke masjid ini untuk buat solat jamak taqdim. Jadi tak dapatlah saya bersama-sama para jemaah, untuk menunaikan solat asar. Pada masa yang sama, saya juga perlu bergegas untuk ke destinasi seterusnya.

Para pelancong yang bukan beragama Islam dibenarkan untuk berlegar disekitar kawasan ini sahaja.

Seterusnya dibahagian dalam ini adalah dewan solat.

Kipas besar untuk menyejukkan udara dan persekitaran masjid.

Pada masa gambar ini diambil, belum masuk waktu solat fardhu asar lagi. Jemaah yang ada disini juga belum ramai pada masa ini.

Ruang dalam dewan solat ini juga luas.

Tabung masjid sangat mudah dijumpai dalam masjid ini. Atas tabung ini pula dibuat seperti rak yang boleh kita letak buku-buku, kitab dan juga Al-Quran.
 
Jika anda berpeluang untuk datang ke Sabah satu masa nanti, jangan lepaskan peluang untuk datang ke rumah Allah ini ya. Tak kisahlah sama ada anda akan mendirikan solat wajib atau sekadar ingin lakukan solat sunat.
 
Kemudian bila dah ada kat dalam ini, hulurkan sumbangan ke tabung masjid. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang anda hulurkan nanti, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, dan perjalanan anda sepanjang bercuti di Sabah ini akan dilindungi dan diberkati.
 
Seandainya kita rasa tak ada masalah untuk sediakan duit untuk masuk ke tempat-tempat menarik, (ada yang mahal ada yang murah), tak rasa terbeban untuk sediakan duit untuk shopping, atau berbelanja untuk makan makanan yang sedap-sedap di restoran di Sabah, apalah salahnya untuk peruntukkan duit bagi tujuan sedekah dan ibadah.
 
In Shaa Allah, ia akan jadi satu pelaburan dan bekalan kita apabila di akhirat nanti.
 
 
The post Masjid Bandaraya Kota Kinabalu – juga dikenali sebagai Masjid Terapung Likas appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/masjid-bandaraya-kota-kinabalu-masjid-terapung-likas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1077 hits
Masjid Bandaraya Kota KinabaluAsalamualaikum Salam sejahtera Semua Updated blog awal pagi 30 Dec 2018 29 December 2018 perjalanan ke Kota Kinabalu yang secara pemanduan berhemah hanya memakan masa kurang 2 jam pasti akan sampai di Bandaraya...
Aloha Suite Guesthouse Pilihan Semasa Bercuti Di Bandaraya Kota Kinabalu

Aloha Suite Guesthouse Pilihan Semasa Bercuti Di Bandaraya Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 607 hits
Semasa bercuti di Kundasang tempat penginapan pilihan saya ialah Urusan tempahan semuanya saya lakukan menerusi laman web Airbnb Dua malam yang pertama saya menginap di Kundasang manakala malam yang ketiga saya menginap di Kota Kinabalu pul...
Homestay Di Kota Kinabalu Pulutan Heritage House

Homestay Di Kota Kinabalu Pulutan Heritage House

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 1344 hits
Pulutan Heritage House Homestay di Kota Kinabalu 5 Bilik Baru baru ni masjlis perkahwinan aku berlansung dengan baiknya di Kota Kinabalu Memandangkan aku ni orang semenanjung jadi agak masalah jugalah nak cari Homestay di Kota Kinabalu yang...
29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah

29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 1064 hits
29 Dec 2018 Ada Apa Di Padang Merdeka Kota Kinabalu SabahAsalamualaikum Salam sejahtera Semua 29 Dec 2018 hari Sabtu hari ini di Padang Merdeka Bandar Kota Kinabalu ada apa di Padang Merdeka Kota Kinabalu terpampang banner sana sini menarik...
Festive Indulgence And Year End Celebration At Hilton Kota Kinabalu

Festive Indulgence And Year End Celebration At Hilton Kota Kinabalu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 353 hits
SABAH Malaysia December 19 2018 Celebrate the festive season with a line up of gastronomic delights specially prepared for the joyous season From 1 December 2018 until 1 January 2019 start the journey with Zest Caf s choices of festive past...
Perlantikan Rafizi Sebagai Naib Presiden Adalah Wajar

Perlantikan Rafizi Sebagai Naib Presiden Adalah Wajar

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 348 hits
ALOR SETAR Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR disifatkan wajar sebagai menghargai sumbangan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kepada parti dan Pakatan Harapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Datuk Johari Abdul berkata...
Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Melayu Baru

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 443 hits
Sepuluh jong masuk pelabuhan Melayu bercawat minda lagi Sudah 61 tahun Melayu berkuasa bawah UMNO akhirnya reput hilang kuasa akibat kerakusan para penyamun lanun koruptor dan munafik menguasai parti itu Jangan salah orang lain kerana Melay...
Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

Tun M Tersasul Panggil Perwakilan Bersatu Sebagai Ahli Umno

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 332 hits
Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya hari ini gamat apabila Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul memanggil perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu sebagai ahli Umno Insiden mencuit hati itu berlaku ketika Peng...
Intagram Feed Sebagai Footer Dan Kempen Marketing Di Web Blog

Intagram Feed Sebagai Footer Dan Kempen Marketing Di Web Blog

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 264 hits
Intagram Feed Sebagai Footer dan Kempen Marketing Di Web Blog Beberapa hari ni Latif ambil masa untuk ubahsuai paparan blog sambil sambil browse blog lain Semalam ada ternampak satu blog footer dia pergh cantik Konsepnya guna Intagram feed ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities