26 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Berkaitan Muet


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"
 

26 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan MUET. Perkara ini merupakan soalan yang sering dikemukakan oleh orang awam berkaitan Malaysian University English Test (MUET) kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Berikut merupakan soalan yang dikemukakan berserta jawapannya oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia:

1. Siapakah yang perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?
Calon yang ingin memohon memasuki institusi pengajian tingggi di Malaysia bagi mengikuti program ijazah pertama.
2. Berapa kalikah MUET dijalankan dalam setahun?
Mulai 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali setahun, iaitu pada bulan Mac, Julai, dan November.
3. Apakah syarat kelayakan untuk menduduki MUET?
Tiada apa-apa syarat dikenakan.
4. Ada berapa kertas dalam MUET?
Ada empat kertas, iaitu kertas 1 (Listening), kertas 2 (Speaking), kertas 3 (Reading), dan kertas 4 (Writing).
5. Berapakah bayaran yuran MUET?
Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00.
6. Bagaimanakah untuk membuat pendaftaran MUET?
Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Calon boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.
7. Setelah membuat pendaftaran, bagaimanakah saya boleh menyemak status pendaftaran saya?
Calon boleh menyemak status pendaftaran dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET INFO <jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.
8. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan slip daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mencetak slip daftar MUET (MUET/D) melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
9. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan menukar pusat ujian MUET?
Calon dikehendaki mengisi borang MUET/C2 yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my dan mengemukakan permohonan kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.
10. Adakah bayaran dikenakan untuk menukar pusat ujian?
Ya. Caj sebanyak RM25.00 dikenakan bagi setiap calon. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
11. Bolehkah saya membuat pertukaran tarikh ujian Speaking MUET?
Boleh, dengan syarat membuat surat permohonan rasmi kepada MPM seminggu sebelum tarikh ujian berkenaan bermula dengan memberi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, angka giliran, tarikh baru yang dipohon, alasan pertukaran (sertakan bukti), dan nombor telefon.
12. Bolehkah saya menangguhkan daripada menduduki MUET?
Tidak boleh.
13. Jika saya ingin menarik diri daripada menduduki MUET, adakah yuran ujian saya akan dikembalikan. Jika ya, adakah saya akan mendapat jumlah yang penuh?
Tidak, kecuali bagi kes yang berikut:
i. calon yang sakit berpanjangan dan dapat mengemukakan surat pengesahan tentang penyakitnya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
ii. calon yang meninggal dunia (salinan surat perakuan kematian hendaklah dikemukakan oleh ahli keluarga atau wakilnya)
Bagi kes di atas, jumlah bayaran akan ditentukan oleh MPM.
14. Bagaimanakah cara untuk memohon menarik diri daripada menduduki MUET?
Calon perlu mengisi borang permohonan penarikan diri yang boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
15. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan ejaan nama dan nombor kad pengenalan yang silap tercetak pada Slip Daftar MUET (MUET/D)?
Calon boleh mengemukakan surat kepada MPM dengan menyertakan salinan kad pengenalan. Pembetulan tidak akan dibuat pada Slip Daftar MUET, tetapi akan dibuat pada slip keputusan MUET.
16. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan slip keputusan MUET?
Calon boleh membuat permohonan secara bertulis kepada MPM. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my.
17. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan salinan slip keputusan MUET?
Ya. Caj sebanyak RM20.00 dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
18. Di manakah saya boleh memperoleh buku peraturan dan sukatan pelajaran MUET dan berapakah harganya?
Buku tersebut boleh dibeli daripada MPM pada harga RM15.00. Borang permohonan boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Buku ini juga boleh dimuat turun/dicetak secara percuma melalui Portal MPM.
19. Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?
Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.
20. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan MUET?
Calon boleh menyemak status keputusan MUET dengan dua cara:
i. melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my
ii. melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon boleh menaip MUET RESULT<jarak><nombor kad pengenalan> dan hantar ke 15888.
21. Bolehkah saya membuat permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Boleh. Borang permohonan rayuan semak semula keputusan MUET boleh dicetak melalui Portal MPM http://www.mpm.edu.my. Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan diumumkan.
22. Adakah bayaran dikenakan terhadap permohonan rayuan semak semula keputusan MUET?
Ya. Caj sebanyak RM70.00 dikenakan bagi tujuan ini. Bayaran mestilah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama “Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia”.
23. Bolehkah borang permohonan salinan penyata keputusan MUET diproses jika saya tidak mengisi ruang angka giliran kerana terlupa?
Boleh. Maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan (berserta salinan kad pengenalan), sesi dan tahun menduduki ujian MUET boleh digunakan untuk mengesan penyata keputusan MUET calon.
24. Berapa lamakah tempoh permohonan untuk mendapatkan salinan penyata keputusan MUET?
Penyata keputusan MUET yang dipohon melalui pos akan dikirimkan kepada pemohon dalam tempoh satu hari bekerja selepas permohonan diterima oleh MPM, dan yang dipohon di kaunter MPM akan disiapkan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan diterima.
25. Mengapakah saya mendapat keputusan X dalam ujian MUET, sedangkan saya hanya tidak hadir untuk satu kertas sahaja?
Dalam ujian MUET, calon diwajibkan menduduki keempat-empat komponen ujian MUET. Jika gagal menduduki salah satu komponen atau kertas, maka calon akan mendapat keputusan X untuk keseluruhan keputusan ujian MUET.
26. Mengapakah pendaftaran ujian MUET tiada lagi untuk memperbaiki keputusan?
MPM melaksanakan ujian MUET 3 kali setahun. Tujuannya adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memilih masa yang sesuai dan bersedia sepenuhnya untuk menduduki ujian MUET. Pelaksanaan ujian MUET 3 kali setahun bererti sela antara satu sesi hanyalah 4 bulan. Masa yang singkat ini menyebabkan MPM dan JPN akan mengalami kesulitan dari segi pendaftaran calon, pencetakan kertas soalan, penentuan pusat ujian, pemilihan pengawas, pengurusan pentadbiran peperiksaan, mesyuarat penyelarasan, penandaan skrip jawapan, pemprosesan keputusan, mesyuarat standard, dan mengeluarkan keputusan. Sehubungan dengan itu, pelajar yang mengambil MUET sesi semasa senantiasa mempunyai peluang memperbaikinya pada MUET sesi berikutnya kerana ditawarkan 3 kali setahun.
Penutup Semoga perkongsian ini iaitu 26 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan MUET sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada individu yang ingin mengambil ujian ini. Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.
 
 
26 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Berkaitan MUET
Cikgu Suhaimin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/02/26-perkara-penting-yang-perlu-anda-tahu-berkaitan-muet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mpm Stpm 4 Perkara Penting Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Mpm Stpm 4 Perkara Penting Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 606 hits
Laman MPM STPM 4 Perkara Penting Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia menawarkan pelbagai subjek Antaranya ialah Pengaajian AM Bahasa Melayu Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Arab Literature in English Kesusasteraan...
5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku

5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 994 hits
5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku Huihh 5 kipas ek ye la untuk setiap bilik dan kipas di ruang tamu yang perlu ditukar Jenuh nak convince DH yang kami patut pasang kipas siling kat setiap bilik untuk ...
Biarlah Dia Buka Yang Penting Hati Bersih

Biarlah Dia Buka Yang Penting Hati Bersih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 288 hits
Berikutan keputusan Emma Maembong membuka tudung Micheal Ang sekali lagi tampil memberikan komen Menurut Mike tidak mengapa Emma membuka tudung jika benar The post appeared first on
Biarlah Emma Buka Tudung Pun Yang Penting Hati Dia Bersih Michael Ang

Biarlah Emma Buka Tudung Pun Yang Penting Hati Dia Bersih Michael Ang

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 422 hits
APABILA pelakon Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung ramai yang menunggu respons daripada pengarah Michael Ang Michael adalah antara individu yang rapat dengan Emma turut mengakui menerima banyak mesej di Instagram untuk men...
Ini 4 Cara Masak Jering Cepat Empuk Paling Penting Bau Kurang

Ini 4 Cara Masak Jering Cepat Empuk Paling Penting Bau Kurang

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 1028 hits
Siapa yang suka makan jering mesti ramaikan Ulaman yang kuat baunya ini sebenarnya bukan sekadar ulam tetapi boleh dipelbagaikan jenis masakan dengan rasa yang sedap Malahan jering juga kaya dengan kandungan nutrisi seperti Vitamin A B C za...
Meniarap Penting Untuk Bayi Seawal 3 Bulan Dah Boleh Jika Belum Perlu Bantu Si Kecil

Meniarap Penting Untuk Bayi Seawal 3 Bulan Dah Boleh Jika Belum Perlu Bantu Si Kecil

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 350 hits
Eh pandainya anak mama nak pusing badan Dah nak meniarap ke Cepatnya dia membesar Perasan tak tingkah laku bayi anda yang masih kecil tetapi sudah bijak hendak cuba memusingkan badannya Ketika usianya baru masuk tiga bulan ada bayi yang mul...
Hiburan Biarlah Dia Buka Yang Penting Hati Kena Bersih Tak Hipokrit Michael Ang Komen Emma Maembong Buka Tudung

Hiburan Biarlah Dia Buka Yang Penting Hati Kena Bersih Tak Hipokrit Michael Ang Komen Emma Maembong Buka Tudung

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 406 hits
Susulan keputusan Emma Maembong membuka tudung pengarah Michael Ang sekali lagi tampil memberikan komennya Menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya Michael menghormati tindakan Emma itu dan berkata tidak salah untuk aktr...
Ini Pesanan Penting Dr Burhanuddin Al Helmy Khas Buat Rakyat Kelantan

Ini Pesanan Penting Dr Burhanuddin Al Helmy Khas Buat Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 1103 hits
Dr Burhanuddin Al Helmy pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang Perak pada 29 Ogos 1911 Bapanya Hj Muhammad Noor berasal dari Sumatera dikatakan dari keturunan ban...
Bos Bkpm Harmonisasi Kebijakan Penting Untuk Menaikkan Kembali Kemudahan Bisnis Ri

Bos Bkpm Harmonisasi Kebijakan Penting Untuk Menaikkan Kembali Kemudahan Bisnis Ri

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 251 hits
Thomas mengakui bahwa saat ini Indonesia masih memiliki masalah yang perlu dibenahi Yaitu dalam hal menyinkronkan kebijakan antara pemerintah pusat dan daerah serta daerah dan daerah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo