Meniarap Penting Untuk Bayi Seawal 3 Bulan Dah Boleh Jika Belum Perlu Bantu Si Kecil


“Eh, pandainya anak mama nak pusing badan. Dah nak meniarap ke? Cepatnya dia membesar”
Perasan tak tingkah laku bayi anda yang masih kecil tetapi sudah bijak hendak cuba memusingkan badannya. Ketika usianya baru masuk tiga bulan, ada bayi yang mula berusaha untuk belajar meniarap. Hebatnya kuasa Allah kerana seorang bayi yang normal itu dengan sendirinya mempunyai keinginan untuk belajar kemahiran dirinya.
Meniarap adalah perkembangan kognitif awal seorang bayi selepas dia cukup kuat untuk mengawal pergerakan kepalanya. Selain atas usaha sendiri, papa dan mama juga boleh membantu bayi untuk mahir meniarap.
Anda boleh tolong meniarapkan bayi di atas perut, bayi mungkin boleh menaikkan kepala dan bahunya menggunakan lengan. Tekan tubi mini ini membantu bayi menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk bergolek. Si kecil akan memusing dari posisi baring meniarap kepada terlentang.

Ada sesetengah bayi akan rasa teruja dengan kebolehan barunya. Jadi anda boleh melatihnya dengan meletakkan dia dalam posisi meniarap untuk satu atau dua minit pada satu-satu masa.
Tetapi ada juga bayi yang akan menangis bila meniarap, jangan paksa bayi anda. Cuba duduk di lantai bersama-samanya dan tunjukkan mainan kegemaran bayi jauh daripadanya. Cuba tarik perhatian si manja dengan menunjuk-nunjukkan mainan tersebut. Dia pasti merasa geram dan cuba untuk meniarap.
Fahami dengan betul penerangan daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang perkembangan meniarap seorang bayi.

BILA BAYI MULA MENIARAP?
Kebolehan untuk bayi meniarap bergantung kepada kebolehan seorang individu. Ada bayi yang boleh meniarap seawal usia tiga bulan.
Tetapi kebanyakan bayi mengambil masa yang lebih lama kerana untuk meniarap ia memerlukan kekuatan otot leher dan lengan.
Tanpa kekuatan otot ini agak sukar untuk bayi kita memusing tubuhnya dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Ini hanya boleh dilakukan apabila mereka mencapai usia lima atau enam bulan.
MENIARAP ADALAH DETIK PENTING DALAM PERKEMBANGAN BAYI
Salah satu tanda bayi kita menjalani perkembangan fizikal yang mengikut umurnya, ialah apabila bayi kita mampu untuk meniarap.
Meniarap adalah waktu peralihan di mana seorang bayi telah dapat mengawal pergerakan kepala dan sejurus sebelum mempelajari kaedah duduk tanpa bantuan, kebanyakan bayi belajar cara meniarap. Bayi yang sudah mahir meniarap boleh memusing dari posisi terlentang, kemudian ke posisi meniarap semula, seolah-olah berguling-guling.
Ini juga merupakan salah satu cara yang membolehkan bayi kita bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain. Ia selalunya didorong oleh keinginan untuk mencapai satu mainan yang berada di luar jangkauan, atau hanya untuk mendekati ibubapanya.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
The post Meniarap Penting Untuk Bayi. Seawal 3 Bulan Dah Boleh. Jika Belum Perlu Bantu Si Kecil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/meniarap-penting-untuk-bayi-seawal-3-bulan-dah-boleh-jika-belum-perlu-bantu-si-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

Daya Tahan Tubuh Bayi Masih Lemah Elak 6 Punca Boleh Buat Si Kecil Anda Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 566 hits
Daya tahan tubuh bayi masih lemah dan memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan terkena jangkitan dan jatuh sakit Sebagai ibu bapa setelah menatang mereka bak minyak yang penuh apabila anak tiba tiba jatuh sakit adalah mimpi ngeri buat ma...
Suntikan Mematangkan Paru Paru Bayi Penting Sebelum Bersalin Boleh Selamatkan Nyawa Bayi Pramatang

Suntikan Mematangkan Paru Paru Bayi Penting Sebelum Bersalin Boleh Selamatkan Nyawa Bayi Pramatang

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 501 hits
Suntikan Corticosteroid diberikan kepada ibu sebelum bersalin terutamanya yang mungkin bersalin awal dari tarikh jangkaan Harap mama tidak menolak suntikan ini Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik Ginekologi suntikan amat penting untuk ibu y...
Bayi Sembilan Bulan M T Dipercayai D D R

Bayi Sembilan Bulan M T Dipercayai D D R

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 291 hits
Please follow and like us 1 IPOH Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan meninggal dunia selepas empat hari mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dipercayai didera hari ini Muhammad Firas Danial Muhammad Niza
Tersembam Dalam Baldi Berisi Air Bayi 18 Bulan Di Jumpai Maut Dalam Bilik Air

Tersembam Dalam Baldi Berisi Air Bayi 18 Bulan Di Jumpai Maut Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 372 hits
Luluhnya hati apabila anak bongsu berusia setahun enam bulan maut selepas tersembam dalam baldi berisi air di bilik air rumah dan ditemui sendiri oleh ibu bapanya Kejadian yang berlaku di Bukit Tunggal Kuala Nerus Kuala Terengganu tengah ha...
Petua Hilangkan Cacing Pada Anak Kecil Dan Bayi Hanya Gunakan 3 Bahan Asas

Petua Hilangkan Cacing Pada Anak Kecil Dan Bayi Hanya Gunakan 3 Bahan Asas

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 729 hits
Kecacingan sebenarnya lebih mudah berlaku kepada anak kecil dan bayi Jika tak dirawat segera bimbang boleh membawa kepada masalah penyakit lain seperti kekurangan mineral vitamin kelewatan tumbesaran anemia dan kerosakan usus Kebiasaannya a...
Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

Pusat Bayi Tidak Dijaga Betul Boleh Terkena Jangkitan Kuman Bernanah Ikut Panduan Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 554 hits
Pusat bayi baru lahir perlu dijaga rapi dan betul supaya tidak jangkitan kuman hingga bernanah 8 tip ini boleh dijadikan panduan Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi kebanyakan mama dan papa akan kekok Tali pusat bayi adalah berasal d...
Cara Dukung Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi Bukan Setakat Untuk Menenangkan Anak

Cara Dukung Boleh Pengaruhi Perkembangan Bayi Bukan Setakat Untuk Menenangkan Anak

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1052 hits
Cara pujukan bayi menangis paling popular dan konvensional adalah mendukungnya Sememangnya bayi sangat suka didukung terutama oleh ibu atau ayah Tahukah anda ketika mendukung anak kita merangsang tekanan yang membuatkan badannnya lebih tena...
Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

Bayi Tiga Bulan Ditemukan Tewas Di Pancoran Mas Depok

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 304 hits
Penemuan bayi ini dilaporkan sekitar pukul 14 00 WIB Kemudian penemuan jasad bayi ini dilaporkan ke Polsek Pancoran Mas Petugas pun datang untuk melihat kondisi bayi
Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak Jika Ok Tak Perlu Risau

Bermula 6 Hingga 12 Bulan Perkembangan Ini Penting Untuk Anak Jika Ok Tak Perlu Risau

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 311 hits
Seronok apabila melihat perkembangan anak daripada masa ke semasa Namun buat papa dan mama baru pasti tidak tahu apa yang akan berlaku apabila si manja menginjak usia enam tujuh lapan bulan dan seterusnya Ini antara yang boleh di jadikan pa...
Selangor Mb In Firing Line For Seeing Bandar Utama School Murder Tragedy From Racial Lenses

Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Mcmc Warns Against Sharing Content On School Stabbing

Gempa Bumi Lemah Landa Keningau Sabah Pagi Tadi

Pemandu Bas Dipenjara 22 Sebatan Kerana Amang Seksual 5 Pelajar

8lots 31 December 8lots Top 85 By Dell

Hal Hal Semasa 15 10 25


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Webmail Server Notification

Bila Kawan Suka Meminjam Duit

Best Healthy Banana Recipes No Sugar No Oats

The Usual Suspects Our Favorite Motorcycles For Customizing

Wings Di Persimpangan Chord

Mh370 Antara Fakta Dan Jiwa Yang Masih Mencari Jawapan