5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku
5 Perkara Penting Dalam Misi Mencari 5 Kipas Siling Buat Rumahku Syurgaku | Huihh 5 kipas ek? ye la untuk setiap bilik dan kipas di ruang tamu yang perlu ditukar. Jenuh nak convince DH yang kami patut pasang kipas siling kat setiap bilik untuk penjimatan dan bukan alat penghawa dingin huh tapi kali ni memang Umi dah nekad dan nak pasang kipas siling kat semua bilik supaya lebih banyak ruang dari menggunakan kipas lantai. Cuba bayangkan yang DH ni punya alasan bimbang tangan anak terkena kipas siling sebab anak-anak dia semua tinggi belaka..hahaha. Jadi buat masa ni sesambil tu UF pun buat la survey tentang kipas ni dan nanti bila tabung dah cukup boleh la beli dua atau 3 unit dulu
Banyak faktor yang patut difikir sebelum membeli kipas ni tapi yang pasti setiap kipas tu pasti ada mengikut kesesuaian dan keluasan bilik. Ahh pening nak fikir tapi kalau rumah bukan besar mana dan rumah sekadar flat kos sederhana pastinya bila cuma sekadar berkeluasan standard yang cuma memerlukan kipas yang biasa dan bukan luarbiasa kan.
Antara aspek yang paling utama antaranya adalah
Harga - bak kata orang ukur baju di badan sendiri atau tengok poket dulu sebelum membeli heheTapak kipas- tak boleh yang panjang sebab siling rumah tak tinggi dan takut jadi insiden sebab penduduk dalam rumah ni tinggi-tinggi belaka Penggunaan kuasa - sekarang ni banyak barangan elektrik yang dijual dipamerkan kadar penggunaan kuasa untuk penjimatan. Lagi rendah tenaga (watt) yang digunakan, lagi bagus pilihan kipas tupengaliran udara - harus diambil kira penggunaan unit iaitu CFM (cubic feet per minute) dan berdasarkan keluasan ruang kipas yang mana sesuai mengikut keluasan bilik atau ruang kita tu, tapi pastikan kipas yang dipilih menghasilkan jumlah aliran udara yang banyak dengan penggunaan tenaga yang sedikit. Ada yang menyarankan 200CFM/Watt dan keatas.senang dicuci - mungkin bilah kipas yang licin kot, ni nak kena tanya salesman untuk syorkan.
Dalam dok survey tu Umi baca banyak input antaranya rekaan kipas juga mempengaruhi tahap sesebuah kipas. Pastikan memilih kipas dengan bentuk yang biasa dan punya empat bilah. Jangan pilih kipas yang terlalu moden dan unik bentuknya kerana mungkin hanya untuk perhiasan dan bukan untuk keperluan sebenar kita
Akhirnya ada 4 jenama yang menarik perhatian
KDK Ceiling Fan K14X2
Harga : RM248. frameless blade design, 3 speed control, sleep model and OFF timer, 3-6 hours sleep mode and 1-6 OFF timer, Enchanced with cut-off safty device and blade safety platesumber : https://www.senheng.com.my
Panasonic 56in 4 Blade ceiling Fan PSN-FM14C5DG
Harga : RM288 Bayu ceiling Fan (56"), 4 blade design, enchanced safety featurs. 3 preset speed selection, 1,3,6 hours off timer, 3,6 hours sleep timersumber : https://www.senheng.com.my
Faber FDF Lagenda WH Designer ceiling fan (white) FBR-FBR\F565WH
Harga : RM240 4 speeds selection, 85w powerful motor, 5star energy save sirim test, 56" diameter blaces, cooling reverse vntilation (suitale for Air cond Room) strong win guaranteed, 300 rpm & up to 9182 cfm, 5 blades design, silent and quite breeze, 1,3 and 6 hours timer controlsumber : https://www.senheng.com.my
DEKA Kronos F5P 5 blade ceiling fan with remote control
Harga : RM18656" diameter, remote control, 3 yrs door to door warranty by DEKA Malaysia, high power motor, extra 20% air flowsumber : https://anekahome.com/
Harga yang Umi nyatakan tu dari website yang tertera, kalau ada perubahan, boleh jengah terus kat laman sesawang tu dan sebenarnya Umi dah pun jengah kat kedai elektrik berhampiran juga dan harganya ada pelbagai mengikut jenama dan model. Sekarang ni kena tunggu kumpul duit dulu la kan
Harap perkongsian ni memberi sedikit sebanyak sebagai perbandingan apa yang perlu bila nak membeli kipas siling. Tapi terpulang pada sesiapa yang nak beli sebab tepuk poket tanya selera, ikut bajet dan berapa yang kita mampu
Ada sesiapa nak syorkan jenama lain?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.umifuzy.com/2019/01/5-perkara-penting-dalam-misi-mencari-5.html