Ini Pesanan Penting Dr Burhanuddin Al Helmy Khas Buat Rakyat Kelantan


Dr. Burhanuddin Al-Helmy, pejuang kemerdekaan yang besar dan tokoh nasional yang agung dilahirkan dalam satu keluarga tani di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.
Bapanya, Hj. Muhammad Noor berasal dari Sumatera, dikatakan dari keturunan bangsawan. Dr. Burhanuddin Al-Helmy menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Baharu, Perak. Pada 1928, beliau melanjutkan pelajarannya ke Ismailliah Medical Collage New Delhi, India. Kemudian pernah pergi ke Turki dan ditahan kerana terlibat dalam gerakan anti-British di sana.

Beliau adalah seorang pemimpin yang disegani kawan dan lawan. Apabila Ibrahim Yaacob, Mustapha Hussein dan lain-lain menubuhkan KMM, beliau telah menyertai dan bersama-sama memainkan peranan memimpin dalam pertubuhan tersebut. Patut disebutkan bahawa KMM adalah parti politik Melayu yang pertama yang bercita-cita memperjuangkan kemerdekaan di atas dasar perpaduan aliran nasionalis, agama dan sosialis. Dr. Burhanuddin Al-Helmy kemudiannya bersama-sama Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam, Ishak Hj. Muhamad (Pak Sako) dan lain-lain menubuhkan PKMM yang merupakan sebuah parti progresif kesinambungan dari KMM yang juga berpegang pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis dan berjuang untuk kemerdekaan tanah air.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pejuang kemerdekaan yang tidak kenal tunduk dan juga seorang ulama besar dan berpandangan jauh. Dengan berpegang teguh pada prinsip nasionalis, agama dan sosialis, beliau telah menggembleng tenaga nasionalisme, agama dan sosialisme ke dalam wadah perjuangan untuk kemerdekaan ibu pertiwi. Demi perjuangan besar ini, beliau telah membentuk PUTERA pada tahun 1947. Gabungan badan-badan politik Melayu progresif ini telah membentuk front persatuan dengan AMCJA. Gabungan badan progresif Melayu dan bukan-Melayu ini menjadi satu badan front persatuan bersifat nasional yang kuat dan julung-julung kali berlaku dalam sejarah tanah air. Akan tetapi, kerana perkembangan kekuatan patriotik-demokratik ini telah memberi ancaman hebat ke atas kekuasaan penjajah, ia telah diharamkan oleh British dalam Undang-undang Darurat.

Ketika saya menganggotai KMM, saya hanya kenal namanya sahaja. Pada masa Perang Dunia Kedua, saya selalu pergi ke pejabat KMM di Taiping, tetapi tidak pernah bertemu dengan beliau. Saya menemui beliau di Ipoh setelah tamat perang, semasa kami sama-sama berusaha menjalankan propaganda dan menyebarkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat Melayu. Cita-cita yang sama ini telah mempereratkan hubungan kami seterusnya sebagai kawan seperjuangan. Kami telah berganding bahu mengharungi pahit manis dan suka duka dalam perjuangan untuk membangkitkan seluruh masyarakat demi kemerdekaan tanah air. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau ialah dalam masa menjelang perisytiharan darurat pada tahun 1948. Kami bertiga iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan saya membincangkan masalah perjuangan kemerdekaan yang menghadapi tekanan hebat setelah terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu oleh penjajah British. Dalam perbincangan itu kami bertiga berpendapat bahawa perjuangan melalui undang-undang sudah tertutup, maka haruslah melalui revolusi bersenjata. Oleh sebab itu kami memutuskan untuk bersiap melakukan revolusi bersenjata, melawan British. Saya dan Ahmad Boestamam akan melakukan perjuangan bersenjata, manakala Dr. Burhanuddin Al-Helmy pula akan bergerak di dalam masyarakat mengembangkan gerakan kemerdekaan dan menyokong perjuangan bersenjata.
MEMIMPIN PARTI ISLAM SE-TANAH MELAYU (PAS)
Dr. Burhanuddin Al-Helmy merupakan tulang belakang dalam penubuhan Partai Rakyat Malaya pada 1955 dan pada tahun 1956, beliau juga telah dipilih menjadi Yang Dipertua Agung PAS. Beliau telah memimpin PAS mencapai perkembangan yang cemerlang.
Beliau pernah beberapa kali ditangkap kerana kegiatan politiknya yang menginginkan kemerdekaan penuh nusa dan bangsa. Pada tahun 1937, beliau dipenjarakan oleh penjajah British kerana menerbitkan majalah Taman Bahagia yang menyebarkan semangat merdeka; pada tahun 1950-1953 dipenjarakan oleh penjajah British kerana memimpin masyarakat Melayu melancarkan perjuangan menentang keputusan mahkamah kerajaan British di Singapura dalam kes Natrah; dan pada tahun 1965-66 dipenjarakan oleh Kerajaan Tunku Abdul Rahman kerana dituduh melakukan kegiatan anti-Malaysia.

Akibat dari seksaan di dalam penjara, beliau telah mengidap penyakit dan meninggal dunia pada 10 Oktober 1969.
Pemergian beliau merupakan kerugian besar bagi gerakan patriotik-demokratik. Mengenang sumbangan beliau yang besar kepada kemerdekaan tanah air, Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmy, agar semangat dan cita-cita beliau sentiasa bersinar-sinar dari generasi ke generasi.
Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Tempoh berjawat
1956 – 1969
AMANAT DR BURHANUDDIN KEPADA RAKYAT KELANTAN
Dr Burhanuddin al-Helmy ketika Mesyuarat Agung Tahunan PAS Pusat (kini Muktamar) pada 1964 telah membuat ucapan penangguhan selaku Yang Di Pertua (kini Presiden) yang dianggap sebagai amat emosional dan tersentuh hati.
Dalam ucapan, beliau menyentuh banyak aspek demi perkembangan politik umat Islam di Tanah Melayu . Pada Mesyuarat Agung tersebut, beliau juga amat menekankan pentingnya memelihara Kelantan sebagai tempat yang perlu disuburkan POLITIK ISLAM.
Berikut adalah petikan ucapan Almarhum;

“…Antara keinginan kita ialah memelihara negeri Kelantan; sebagai satu-satunya negeri di Tanah Melayu ini. Negeri ini masih belum banyak dinodai dan ternoda oleh gara-gara kebangsaan Melayu (yang sempit), masih boleh dipupuk sebaik-baiknya. Kelantan itu masih satu teras kenegerian kebangsaan Melayu yang berisi dengan unsur-unsur keIslaman yang kuat. Inilah yang wajib dipelihara bersama segenap bangsa Melayu dan umat Islam di negeri ini…” – Dr Burhanuddin, 23 Ogos 1964.
Oleh itu, ayuhlah sama-sama kita memelihara negeri ini daripada ternoda dan dinodai oleh unsur-unsur dan anasir yang bercanggah dengan nilai adab Melayu dan akhlak Islam.
Allahu Akbar.
The post Ini Pesanan Penting Dr Burhanuddin al-Helmy khas buat rakyat Kelantan appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/ini-pesanan-penting-dr-burhanuddin-al-helmy-khas-buat-rakyat-kelantan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Bergasak Dengan Pembuli Aku Bagi Green Light Je Pesanan Daddy Ni Khas Untuk Pembuli

Kalau Anak Bergasak Dengan Pembuli Aku Bagi Green Light Je Pesanan Daddy Ni Khas Untuk Pembuli

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 349 hits
Kalau anak bergasak dengan pembuli aku bagi green light je Pesanan daddy Ni Khas Untuk Pembuli Enggan membiarkan perkara tersebut terus berlaku seorang bapa memuat naik kisah anaknya yang menjadi mangsa buli di Twitter sehingga tular dan me...
Pesanan Imam Al Ghazali Pegangan Hidup Yang Penting

Pesanan Imam Al Ghazali Pegangan Hidup Yang Penting

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 523 hits
assalamualaikum salam pagi Khamis jom mulakan hari dgn penuh semangat saya nak kongsi copy dari entri lama saya bertarikh 10yearsChallenge Imam Ghazali APAKAH YANG PALING DEKAT DGN KITA DI DUNIA INI Murid 1 Orang tua Murid 2 Guru Murid 3 Te...
Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

Ph Kalah Bukti Rakyat Tolak Kerajaan Rasis Dikuasai Dap

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 507 hits
Oleh Siti Fatimah IshakRakyat beri mesej jelas pilih PH adalah kesilapan yang perlu diperbetulBANGI Kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands membuktikan rakyat menolak kerajaan rasis yang dikuasai parti ...
Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

Bn Menang Prk Cameron Highland Tahniah Rakyat Tahniah Pas

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 416 hits
Dikala propaganda konon UMNO BN sudah tidak lagi diterima rakyat sedang memuncak terutama dalam media arus perdana yang kononnya lebih bebas berbanding dulu kita menang dalam PRK Cameron Highland semalam Lebih manis majoriti yang diterima k...
Kemenangan Bn Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat Khaled

Kemenangan Bn Di Cameron Highlands Permulaan Penolakan Rakyat Khaled

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR 27 Jan 8211 Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kemenangan Barisan Nasional di Cameron Highlands adalah permulaan penolakan yang jelas terhadap Pakatan Harapan selain menunjukkan rakyat Malaysia kini mul...
Kenapa Masih Ramai Rakyat Turki Menyanjung Mustafa Kamal Ataturk

Kenapa Masih Ramai Rakyat Turki Menyanjung Mustafa Kamal Ataturk

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 349 hits
Majoriti umat Islam kini terutamanya yang bukan rakyat Turki pasti akan membenci tokoh kontroversi bernama Mustafa Kamal Ataturk Dia dikatakan sebagai punca terhapusnya Khilafah Turki Uthmaniyyah namun hakikatnya hampir seluruh rakyat Turki...
Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

Rakyat Tak Boleh Hidup Hanya Dengan Kata Kata Manis

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 387 hits
Diterbitkan Hari ini 1 23 tengahariPRK CAMERON Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan pusat belum menunjukkan kepada rakyat negara ini mengapa mereka harus mengundi PH Dalam keadaan begitu kata Nik Nazmi PH haru...
Ph Kalah Amaran Rakyat Kepada Kerajaan

Ph Kalah Amaran Rakyat Kepada Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 395 hits
Aizat Sharifcnews nstp com myKEKALAHAN Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands adalah satu peringatan rakyat kepada Kerajaan Persekutuan supaya segera mengatasi masalah yang timbul masa ini Timbalan Presiden PH Tan Sri Muh...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner