24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu No 8 Paling Tak Sangka


Pernah tak anda terfikir apa yang mungkin dilakukan bayi di dalam rahim sebelum dilahirkan? Jika sebagai ibu, anda akan mempersiapkan diri, begitu jugalah dengan si manja.

Bayi di dalam rahim, apa mereka lakukan?
Biasanya kita hanya akan berkongsi cerita mengenai pengalaman bersalin, kesukaran dan cabaran yang bakal ibu perlu lalui.
Namun, bagaimana pula kisahnya dengan si manja yang bakal dilahirkan. Apa yang mungkin mereka lalui semasa masih di dalam rahim?
Percayalah, ketika si ibu berperang dengan kontraksi, bayi di dalam rahim juga turut mengalami tempoh masa yang sangat memberi tekanan.
Adakah mommies ingin mengetahui apa yang si kecil buat dalam tempoh 24 jam sebelum dilahirkan?
11 perkara dilakukan bayi di dalam rahim
Anda mungkin akan dapat mengingat setiap detik perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas melahirkan si kecil.
Tetapi sudah tentu keadaan berbeza dengan si manja. Masakan mereka dalam mengingati apa yang mereka lalui dalam rahim dan berkongsi bersama anda.
Jadi sukar untuk menggambarkan apa yang mungkin dirasakan mereka. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan sains dan penyelidikan, dapat dibuktikan beberapa perkara dilakukan si kecil sebelum dilahirkan.
Mula turun ke bawah
Mungkin berlaku dalam tempoh beberapa minggu sebelum kelahiran dan yang pastinya ia petanda bayi bersedia untuk dilahirkan.
Dari segi fizikal, nampak seperti bayi berada di bawah abdomen ibu. Saat ini anda akan hilang rasa pedih ulu hati.
Bagi bayi di dalam rahim, mereka sedang berhubung dengan pelvis dan mencari saluran kelahiran.
Pada saat ini anda pasti mengharapkan kepala si manja berada di bawah bagi memudahkan proses bersalin nanti.
Berikan tekanan
Apabila bayi berada dalam posisinya di pelvis, mereka akan memberikan tekanan untuk proses kelahiran.
Tekanan tersebut akan melonggarkan palam mukus (mucus plug) dan akan menipiskan serviks sebelum tekanan mula membuka pintu rahim.
Berpusing-pusing
Sebelum dilahirkan, pernah terfikir bagaimana si kecil mencari jalan ke pintu rahim? Pakar berpendapat, mereka akan berputar seperti skru. Tetapi tidaklah laju.
Bayi akan berpusing dan mencari jalan terbaik untuk keluar.
Denyutan jantung naik & turun
Seperti denyutan jantung si ibu, denyutan jantung bayi juga akan melalui fasa naik dan turun apabila hampir tiba dengan saat melahirkannya.
Percayalah kadar denyutan jantung bayi tidak akan konsisten dalam proses kelahiran ini. Kadar normalnya adalah sekitar 110-160 denyutan setiap minit.
Berlatih bernafas
Sebelum dilahirkan, bayi anda akan membuat latihan pernafasan. Bagaimana mereka melakukannya?
Si kecil akan menyedut cecair amniotik menggunakan hidung dan mulut sepanjang proses latihan itu. Jangan risau, ia tidak berbahaya.
Perjalanan berliku
Jika kontraksi adalah 1 situasi yang memeritkan buat ibu, tanpa kita ketahui mungkin proses tersebut juga menjejaskan keadaan si manja di dalam rahim.
Setiap apa yang berlaku di dalam rahim adalah perkara yang tidak akan mampu untuk kita bayangkan.
Mendengar segalanya
Tahukah anda, apabila menghampiri waktu bersalin, bayi di dalam rahim mampu mendengar segalanya?
Fungsi pendengaran kecil si manja berkembang awal dan disebabkan itu mereka mampu mengesan bunyi dari awal.
Malahan, dikatakan selepas lahir bayi mungkin akan menoleh ke arah suara ibunya. Hmmm…tidak percaya? Cubalah panggil si manja selepas selamat lahirkannya nanti.
Sempat tidur
Sama ada di dalam atau di luar rahim, bayi akan tidur. Ini kerana seperti ibu, si manja juga memerlukan tenaga untuk proses kelahiran.
Pada ketika kontraksi berlaku, si kecil sempat tidur terutamanya pada awal-awal proses kelahiran.
Malahan, ketika si ibu sedang sibuk meneran, masa rehat yang ada antara kontraksi juga merupakan peluang kepada si manja untuk memejamkan mata sebentar.
Hilang tempat berlindung
Sepanjang tempoh kehamilan, kantung ketuban dan cecair amniotik adalah pelindung buat si manja. Pada ketika air ketuban pecah, persekitaran bayi anda akan mengalami perubahan.
Biasanya ketuban yang pecah akan mengalirkan air secara perlahan, jadi masih ada sedikit cecair amniotik untuk memberikan si manja perlindungan.
Amaran meconium
Sekiranya air ketuban pecah secara tiba-tiba, kenal pasti jika ia berbau atau berwarna. Jika ya, mungkin petanda si kecil di dalam rahim sudah membuang air besar.
Bahan buangan pertama itu dipanggil sebagai meconium, dan ini 1 situasi berbahaya jika berlaku di dalam uterus.
Hal ini kerana wujud kemungkinan untuk bayi memakannya dan boleh membuatkan mereka sakit.
Dipicit
Bayi dipicit, kedengaran kasar, bukan?
Tetapi sebelum dilahirkan dan pada ketika kontraksi berlaku, ia bermakna ruangan dalam rahim sedang mengalami proses pengecutan.
Sekali gus, tindak balas pengecutan ini akan membuatkan bayi seakan dipicit dan ditekan untuk ke bahagian pintu rahim.
Keadaan ini akan mengurangkan peluang bayi untuk berpusing sehingga berlakunya kelahiran bayi songsang.
Laluinya dengan tenang
Menanti saat keluarnya bayi di dalam rahim pastinya sangat mendebarkan. Seperti anda, sebelum dilahirkan, si kecil juga berdepan dengan pelbagai situasi dan keadaan.
Apa yang penting, sentiasa berada dalam keadaan tenang dan banyakkan bersabar. Semoga proses kelahiran si manja anda akan berjalan dengan lancar.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post 24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu, No 8 Paling Tak Sangka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/24-jam-sebelum-lahir-ada-11-benda-bayi-buat-dalam-perut-ibu-no-8-paling-tak-sangka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
26 Jam Tahan Sakit Contraction Fara Hazel Kini Bergelar Ibu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Berat 3 57kg

26 Jam Tahan Sakit Contraction Fara Hazel Kini Bergelar Ibu Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Dengan Berat 3 57kg

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 570 hits
Setiap ibu mempunyai pengalaman tersendiri dalam melahirkan bayi tambah pula ia merupakan pengalaman bersalin anak pertama Penyanyi Fara Hazel yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya pada 18 Oktober lalu berkongsi melalui fasa sakit kont...
Tiada Mata Amp Ditinggalkan Ibu Sejak Lahir Senyuman Bayi Ini Buat Semua Terharu

Tiada Mata Amp Ditinggalkan Ibu Sejak Lahir Senyuman Bayi Ini Buat Semua Terharu

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 290 hits
Seorang bayi lelaki yang dari Rusia dikenali sebagai Sasha merupakan seorang bayi yang comel dan cukup istimewa Apa yang menarik adalah wajah sikecil ini tidak lekang dengan senyuman apabila dia mendapat pelukan dan ciuman Bayi ini lahir ta...
6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

6 Barang Yang Ibu Bapa Wajib Sediakan Sendiri Untuk Anak Anak Sebelum Ke Sekolah Sewaktu Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 573 hits
Nampaknya ibu bapa ada yang sudah mula ambil ringan dengan keperluan anak anak yang bersekolah Jika diawal awal sekolah dibuka selepas 3 bulan sekolah ditutup ramai ibu bapa yang mengambil berat dengan keperluan anak anak Semuanya serba len...
Tega Seorang Ibu Jual Bayi Demi Beli Sepatu Rp57 Juta

Tega Seorang Ibu Jual Bayi Demi Beli Sepatu Rp57 Juta

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 242 hits
Seorang ibu muda bernama Luiza Gadzhieva mencoba menjual putrinya yang baru berusia satu minggu di pasar gelap Rusia Tindakan nekat tersebut ia lakukan dengan sengaja karena ingin membeli sepasang sepatu bot baru Perempuan berusia 25 tahun ...
Ahad Lalu Fara Hezel Selamat Bergelar Ibu Timang Bayi Lelaki

Ahad Lalu Fara Hezel Selamat Bergelar Ibu Timang Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 320 hits
Alhamdulillah saya selamat melahirkan putera sulung kami pada Ahad lalu pada pukul 6 05 pagi dengan berat 3 57 kilogram Macam macam perasaan yang saya rasa sekarang antaranya gembira dan pada masa yang sama penat Tapi bagi saya yang penting...
Anak Usia 6 Tahun Sempat Salam Ibu Sebelum Jatuh Flat

Anak Usia 6 Tahun Sempat Salam Ibu Sebelum Jatuh Flat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 371 hits
Ibu bapa mana yang tidak sedih dengan pemergian anak dan dalam kejadian yang berlaku di Terengganu ini melibatkan seorang kanak kanak berusia 6 tahun Ibunya tidak menyangka bahawa huluran salam daripada anaknya menjadi kenangan terakhir ber...
Jantung Ibu Dah Drop Ibu Muda Sarat Hamil Pergi Menghadap Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan

Jantung Ibu Dah Drop Ibu Muda Sarat Hamil Pergi Menghadap Ilahi Bersama Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 365 hits
Naluri keibuan dalam diri setiap wanita pastinya tidak sabar mahu merasai detik detik bergelar seorang ibu Menanti kehadiran cahaya mata pastinya momen indah yang tidak dapat dilupakan walaupun mereka terpaksa bertarung nyawa melahirkan ana...
Subhanallah Ajaib Pernah Diramal Hidup Hanya Beberapa Jam Bayi Tanpa Muka Kini Raikan Ulang Tahunnya Yang Pertama

Subhanallah Ajaib Pernah Diramal Hidup Hanya Beberapa Jam Bayi Tanpa Muka Kini Raikan Ulang Tahunnya Yang Pertama

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 648 hits
Ajaib Pernah diramal hidup hanya beberapa jam bayi tanpa muka kini raikan ulang tahunnya yang pertamaRodrigo tidak mempunyai mata hidung dan sebahagian terngkorak Foto NewsflashBAYI ajaib Itulah perkataan sesuai buat bayi ini apabila dia ba...
Ibu Buang Bayi Berusia 4 Bulan Positif Covid 19 Di Hospital

Ibu Buang Bayi Berusia 4 Bulan Positif Covid 19 Di Hospital

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 400 hits
The ReporterDoktor di Hospital Di Cristina di Palermo Sicily Itali membuat laporan polis berhubung tindakan seorang wanita yang meninggalkan bayinya di hospital selepas anak kecil itu disahkan positif Covid 19 Lapor La Repubblica wanita itu...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook