23 Rakyat Malaysia Dibebaskan Dalam Perjalanan Ke Turkiye


KUALA LUMPUR – Seramai 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Ramon, Israel sebelum diterbangkan ke Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka diterbangkan menggunakan pesawat khas ke Turkiye selepas rundingan diplomatik pelbagai hala dan mendapat persetujuan bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk menguruskannya.
Menurutnya, kesemua peserta kini sedang diselaraskan untuk transit di Istanbul bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan akibat trauma semasa dalam tahanan.
“Lebih baik mereka itu menginap di Istanbul antara satu hingga satu setengah hari untuk pemeriksaan kesihatan akibat trauma dan tekanan rejim zalim dan tentera Israel yang telah bertindak agak keras terhadap mereka.
Saya setuju dan mereka akan berlepas pulang mungkin esok malam ataupun lusa, itu kita sedang atur,” katanya dalam taklimat usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia serta Pelan Damai Gaza menerusi siaran langsung di Facebook pada Sabtu.
Anwar menyifatkan perkembangan terkini misi kemanusiaan itu sebagai sesuatu yang amat menyenangkan dan membanggakan rakyat Malaysia.
Rundingan Diplomatik
Menurut laporan Sinar Harian, hasil rundingan dijalankan bukan sahaja tertumpu kepada keselamatan rakyat Malaysia, tetapi turut melibatkan negara-negara lain yang menyertai misi tersebut.
“Dari sudut ini mereka tahu tidak begitu mudah untuk sampai di bawah rejim penjajahan Israel, tetapi mereka telah memberikan sumbangan yang besar, kesedaran kepada ratusan juta rakyat di dunia bahawa rejim ini tidak hanya menentang apa yang mereka ungkapkan sebagai kelompok ganas walaupun bagi kita ini gerakan pembebasan Palestin dan Gaza.
Tetapi mereka juga melarang, menghindar dengan keras apa juga bantuan kemanusiaan,” ujarnya.
Katanya, usaha itu turut memperlihatkan solidariti antarabangsa terhadap perjuangan kemanusiaan untuk membela nasib rakyat Palestin yang terus ditindas.
Solidariti Antarabangsa
“Negara yang bertamadun sekurang-kurangnya akan memberi ruang untuk bantuan kemanusiaan.
Ini pengajaran yang tersebar di seluruh dunia dan saya percaya rundingan terakhir yang digagaskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump itu juga berhasil sebahagiannya kerana sentimen yang menyeluruh dalam kalangan seluruh rakyat dunia.
Mengenai perjanjian itu, saya menyatakan dukungan terbatas kerana kita masih mahu melihat jaminan kebebasan kemerdekaan Palestin,” ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, keputusan kerajaan Malaysia Madani ini tentunya terikat dengan keputusan negara-negara Arab, Islam dan keputusan Hamas sendiri.
Fokus Kepulangan
Menurut beliau, fokus utama kini tertumpu kepada memastikan keselamatan dan kepulangan semua rakyat Malaysia dalam misi berkenaan.
“Setakat ini, saya pusatkan sepenuh perhatian untuk membebaskan rakyat Malaysia.
Alhamdulillah, kita doakan ALLAH SWT, mudah-mudahan perjalanan mereka itu selamat, sukses sampai ke Istanbul dan dibawa ke Kuala Lumpur, Insya-ALLAH,” katanya.
Perkembangan ini sekali gus menamatkan kebimbangan rakyat Malaysia yang menanti kepulangan mereka sejak ditahan rejim Zionis.
Kerajaan Malaysia Madani juga menegaskan komitmen penuh untuk terus memperjuangkan isu kemanusiaan Gaza bersama masyarakat antarabangsa. – The Malaysian Update
The post 23 Rakyat Malaysia Dibebaskan, Dalam Perjalanan ke Turkiye appeared first on The Malaysian Update.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2025/10/04/23-rakyat-malaysia-dibebaskan-dalam-perjalanan-ke-turkiye/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 156 hits
PUTRAJAYA Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza telah dibebaskan sepenuhnya hari ini Tiba Selamat Di Istanbul Menurut ke...
Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

Gsf Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 151 hits
GSF Pesawat Bawa Keluar Rakyat Malaysia Selamat Berlepas Ke Turkiye KUALA LUMPUR 4 Okt Sebanyak 23 rakyat Malaysia anggota delegasi Global Sumud Flotilla yang berada dalam tahanan sejak Khamis telah selamat dibawa keluar dari Israel Pusat G...
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 198 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 147 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Sembilan Aktivis Malaysia Misi Ffc Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini

Sembilan Aktivis Malaysia Misi Ffc Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 107 hits
Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini SERDANG 10 Okt Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza berkemungkinan dibawa ke Istanbul Turkiye petang i...
Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

Gsf Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Israel Terputus Hubungan Dengan Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 170 hits
Status terkini aktivis Malaysia yang ditahan rejim Israel atau terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara setakat jam 11 50 pagi 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Kemaskini senarai rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel dal...
Fueling Fairness Malaysia S Bold Step To Save Billions Without Hurting The Rakyat

Fueling Fairness Malaysia S Bold Step To Save Billions Without Hurting The Rakyat

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 191 hits
IN 2023 Malaysia s fuel subsidies reached an unsustainable RM38 bil with RON95 petrol alone costing the treasury RM20 bil While such subsidies are popular they are also unsustainable and often benefit those who least need them A case in poi...
Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera

Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 128 hits
Steven Sim Gesa Bebaskan 23 Rakyat Malaysia Segera Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong menggesa rejim Zionis untuk segera membebaskan aktivis dan sukarelawan kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza Palestin Be...
Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

7 Tip Pandu Kereta Ketika Jalan Raya Sesak

Akmal Slams Gov T For Allowing Alcohol At Chinese School Events

Awak Ok Hari Ni

Citizens Of The World Aroma Perjalanan Cerita Dan Impian Dalam Setiap Semburan

Masa Berjaya Jangan Sibuk Dengan Kereta Mewah

Sarapan Mihun Soto Di Gerai Soto Perdana Madu 4

Puas Dok Fitnah Macam Macam Orang Murtad Jangan Percaya Lantak Ko La


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Rightists Use Of Buddha S Five Precepts To Frighten Chinese Away From Alcohol Is Flawed

Trump Arrives In Malaysia For Asean Summit Shares Light Moment With Anwar On Red Carpet

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia