Sembilan Aktivis Malaysia Misi Ffc Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini


Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini
SERDANG, 10 Okt (Bernama) — Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza berkemungkinan dibawa ke Istanbul, Turkiye petang ini selepas ditahan Israel pada Rabu lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata maklumat yang diterima daripada pusat gerakan operasi FFC di Turkiye memaklumkan Kementerian Luar Turkiye menjangkakan satu penerbangan dari Israel akan mendarat di Istanbul sekitar 3 petang waktu tempatan hari ini.
“Difahamkan, pesawat berkenaan akan membawa sekumpulan aktivis Freedom Flotilla Coalition dari 22 negara, berkemungkinan termasuk sembilan aktivis Malaysia serta enam aktivis Global Sumud Flotilla (tiga dari Norway, dua dari Maghribi dan seorang dari Sepanyol).
“Kami juga masih menunggu maklumat terperinci dari Wisma Putra untuk mengesahkan status sembilan aktivis Malaysia dalam penerbangan tersebut sama ada ada atau tidak wakil Malaysia, kami tidak ada kepastian,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan misi kemanusiaan itu di sini.
Beliau berkata peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) telah berjaya berjumpa dengan semua aktivis Malaysia yang berada dalam keadaan sihat seperti dilaporkan sebelum ini.
BACA: Dr Fauziah, Wartawan Astro Awani & 7 Lagi Aktivis Malaysia Sah Ditahan Sembilan wakil Malaysia terbabit ialah Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar, Dr Maziah Muhammad dan wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata pihaknya merancang untuk menghantar wakil MyCARE ke Istanbul bagi membuat persediaan menyambut ketibaan aktivis berkenaan serta membawa pakaian dan keperluan lain untuk mereka.
Semalam, beliau memaklumkan aktivis-aktivis juga melaporkan barangan peribadi mereka seperti pakaian, power bank dan lain-lain telah dirampas namun tiada kecederaan serius setakat ini disahkan termasuk kemungkinan berlakunya insiden keganasan terhadap delegasi Malaysia.
Misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 150 aktivis dari 25 negara itu, yang menaiki sembilan kapal termasuk Conscience dan Umm Saad dipintas tentera Israel pada Rabu ketika berada kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 10.50 pagi waktu Malaysia.
Lapan rakyat Malaysia berada di atas Conscience manakala seorang lagi di atas Umm Saad.
Sumber: Bernama
The post Sembilan Aktivis Malaysia Misi FFC Mungkin Dibawa Ke Turkiye Petang Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/10/sembilan-aktivis-malaysia-misi-ffc-mungkin-dibawa-ke-turkiye-petang-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 183 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Turkiye akan terus bantu Malaysia dalam usaha membebaskan sembilan aktivis negara ini yang kini berada dalam tahanan rejim Israel Beliau berkata perkara itu disampaikan sendiri oleh Presi...
Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

Sembilan Rakyat Malaysia Sertai Misi Kemanusiaan Ffc Tmtg Dibebaskan Kini Selamat Di Istanbul

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 178 hits
PUTRAJAYA Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza telah dibebaskan sepenuhnya hari ini Tiba Selamat Di Istanbul Menurut ke...
Pm Anwar Suntik Semangat Doakan Misi 9 Aktivis Malaysia Sertai Ffc Dipermudah

Pm Anwar Suntik Semangat Doakan Misi 9 Aktivis Malaysia Sertai Ffc Dipermudah

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 168 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan kata semangat dan doa agar perjalanan sembilan lagi aktivis serta sukarelawan Freedom Flotilla Coalition dipermudahkan Alhamdulillah saya sempat menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukar...
Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

Ffc X Tmtg 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 188 hits
FFC X TMTG 9 Aktivis Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Air SEPANG 12 Okt Sembilan aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza selamat tiba di tanah air petang ini Mereka menaiki pesawat Turkish...
Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis Gsf

Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis Gsf

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 163 hits
Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis GSF Ketika ini tumpuan dunia terarah kepada ketibaan 137 daripada 462 aktivis Global Sumud Flotilla di Istanbul Turkiye selepas ditahan Israel Pesawat khas yang membawa kesemua a...
Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 208 hits
GSF Peguam ADALAH Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia SEPANG 3 Okt Peguam daripada Pusat Undang Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia y...
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 181 hits
Lima Aktivis Malaysia Seorang Warga Brunei Kembali Ke Tanah Air SEPANG 3 Okt Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang sebelum ini terlibat dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selamat tiba di tanah air semalam Ketua Penga...
Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza

Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 246 hits
Anwar Hubungi 9 Lagi Aktivis Malaysia Kini Sedang Menuju Ke Gaza Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi sembilan lagi aktivis dan sukarelawan Malaysia yang kini sedang menuju ke Gaza Menerusi video yang dimuat naik di me...
Video Aktivis Flotila Malaysia Tiba Di Terminal Vip Di Istanbul

Video Aktivis Flotila Malaysia Tiba Di Terminal Vip Di Istanbul

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 182 hits
MOHD RIDZAUDDIN ROSLANAntara aktivis Malaysia yang tiba di Terminal VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul di Turkiye hari ini PUTRAJAYA Seramai 23 aktivis Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla selamat mendarat di Lapangan Terba...
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ngo To File Macc Report Plans March Over Police Inaction In Indira Case

Ruji Who Villagers Puzzled By Pkr S Ex Esscom Chief Pick For Merotai

All Foreign Halal Certification Subject To Malaysian Standards Na Im

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Vast Forest Fire At Bukit Jelutung Captured In Viral Video

Beyond Oil Palm Sector Finds New Value In Bio Mass And Sustainability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 34

China Sudah Gantikan Cip Ai Nvidia Dan Kini Tak Perlukan Lagi Teknologi As

Ada Persamaan Ada Perbezaan

Monolog Jiwa Masih Kuat Walau Tak Terlihat

Abang Ipar Maut Ditetak Kepala Terputus Suspek Serah Diri Lepas 15 Minit Dipujuk

Hiburan Rasa Tak Puas Hati Boleh Bawa Ke Mahkamah Bekas Suami Nora Danish